Akhirnya siap juga tugasan yang Master assign kepada Tedi selama ni.

Tajuk tugasan: 
Estimate jarak (kilometer) sebuah Proton Saga BLM 1.3M Midline boleh pergi untuk 3 bar pertama

Disediakan oleh:
Tedi yang comel

Disediakan untuk:
Master

Tarikh hantar:
Bila-bila Tedi suka

----------------------------------------------------------

Masalah:

Master ingin mengetahui jangkaan jarak (dalam kilometer) yang boleh dicapai oleh sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3M Middle Line bagi 3 bar pertama pada tolok sukatan petrol.

Laporan Keputusan:

Melalui kajian yang telah dilaksanakan mengikut kaedah sukahati Tedi la, Tedi mendapati bahawa:
  1. bar pertama boleh mencapai sehingga 160 KM
  2. bar kedua boleh mencapai sehingga 100 KM
  3. bar ketiga boleh mencapai sehingga 60 KM
  4. jumlah purata jarak bagi ketiga-tiga bar pertama adalah 320KM
  5. Guna petrol jenama apa pun, lebih kurang macam itulah keputusannya
  6. Semakin lama sangkut dalam traffic jam maka lebih pendek jarak yang boleh dicapai
Ni sebagai contoh, petrol tinggal 3 bar lagi. Jarak yang boleh ditempuhi setiap bar adalah tak sama. Tedi estimate untuk 3 bar yang pertama jer sebab Master akan refuel setiap kali petrol berbaki 3 bar.
Sumber gambar: saga2u: Odometer atau Tripmeter?

Gaya pemanduan:

  • Kelajuan memecut: 100KM/j - 120KM/j
  • Kelajuan cruise: 80KM/j  - 100KM/j
  • Membrek: lembut awal2 sebelum berhenti
  • Penggunaan gear: malas tukar gear, kalau boleh nak gear 5 selalu.
  • Drifting: tak pernah dibuat, angan-angan ada la.
  • Gerak dari keadaan pegun: rev sehingga 4000RP/m


Kesimpulan:

Master perlu refuel apabila jarak perjalanan melebihi 320KM pada satu2 masa bersandarkan catatan pada Tripmeter.

Penafian:

Ini adalah anggaran sahaja berdasarkan gaya pemanduan Master. Jika sebarang kerosakan timbul hasil daripada penggunaan keputusan kajian ini, Tedi tak terlibat dan tak mahu bertanggungjawab sama sekali. No no no.

Data terkini (untuk rujukan Tedi sahaja):

1st bar: 120KM