Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2025

[t11j08] Panorama: Bandar Warisan Taiping, Perak

Imej
Inilah koleksi gambar yang ditangkap oleh Mummy semasa beliau menghadiri satu sesi teambuilding di sana. Penjara Taiping Pintu masuk utama Penjara Taiping yang terletak di Bandar Warisan Taiping, Perak , iaitu sebuah institusi bersejarah yang menurut catatan pada dindingnya telah dibina pada tahun 1879 . Terdapat papan tanda besar yang tertera ucapan "Selamat Datang ke Taiping Bandar Warisan" berserta dua lencana rasmi di bahagian atas menara kawalan yang berwarna kuning air dan putih tersebut. Gambar yang dirakam oleh interpretZZ: 08.10.2011 ini menunjukkan struktur tembok tinggi yang kukuh di persimpangan jalan, melambangkan identiti bandar ini sebagai pusat warisan yang penting di Malaysia. Takyah cakap banyak la, info Penjara Taiping: Wikipedia: Penjara Taiping Wikipedia: Taiping Prison Facebook: Penjara Taiping Wisma Perbandaran Taiping Dewan Perbandaran Taiping Pokok Resak Selain bangunan bersejarah, Mummy turuy merakam gambar beberapa pok...

[t16d12] Separuh Hari Pun Bolehlah

Imej
Terjaga dari lena, jam sudah menunjukkan jam 7.33 pagi. Aduh... macam mana boleh tak sedar ni? Kami semua tidak terjaga pada pagi ini Bayangkan, tiada seorang pun yang sedar! Ish ish ish... Ironinya pula sebelum Subuh tadi dalam jam 5 pagi Mommy dah kejutkan Master, tapi awal benarlah pula. Nampak gaya Master kena ambil cuti mengejutlah pagi ini, kali kedua dalam minggu ni, sudahlah cuti tak berapa nak ada. Bila difikirkan memanglah marah kenapa boleh jadi begini? Tapi ini semua ketentuan Allah SWT. Kita dah usaha macam-macam, tidur awal, set penggera, tapi kalau dah takdir-Nya begitu, kenalah terima. Apabila difikirkan apakah sebabnya semua itu berlaku, kita takkan terfikir sebabnya kerana  pernah dikatakan oleh cikgu Tedi, "perancangan Allah SWT itu adalah pelik" Kita hanya akan mampu fahami rasionalnya apabila kita mendapat jawapan sama ada melalui wahyu (al-Quran & hadith) atau kita sendiri menerima kesannya (pengalaman). Macam kes kami ini, adakah Allah SWT menggesa ...

Positif dalam Negatif

Imej
Seorang wanita sedang termangu di dapur, memikirkan cukai-cukai yang perlu dibayar, kerja rumah yang menimbun, dan yang paling merunsingkan hatinya adalah keluarganya mahu melawat untuk satu perayaan pada keesokan harinya. Dia mengeluh, dan tidak rasa ada satu apa pun yang menguntungkan dirinya. Sejenak dialihkan pandangannya, terlihat anak perempuannya sibuk mencoret sesuatu dalam buku notanya. Anak perempuannya berkata, "Hari ini guru meminta saya mengarang tentang 'Syukur atas kesusahan'" . "Guru mahu kami coretkan apa-apa yang kami fikirkan tidak bagus, tetapi rupanya ia punyai banyak kebaikan." Si ibu berasa ingin tahu, lalu dia membaca apa yang anak perempuannya itu coretkan. Aku bersyukur adanya peperiksaan akhir tahun kerna itu maksudnya cuti sekolah bakal menjelma. Aku bersyukur terpaksa menelan ubat yang tidak sedap kerna dengannya aku berasa lebih sihat. Aku bersyukur terpaksa bangun apabila jam loceng berbunyi kerna itu maksudnya aku m...

Aina 8 bulan 10 hari

Imej
Perkembangan bayi perempuan Nor Aina semasa berusia 8 bulan 10 hari. Kolaj gambar aksi Aina sedang duduk atas kerusi bayi semasa di Hentian Rehat Seri Kembangan di Lebuhraya MEX. # 20171030 # Monday, 30 October 2017, 20:00 # IMG_20171030_195958_BURST002-COLLAGE.jpg # Kamera telefon pintar HUAWEI H30-U10 # Rehat Dan Rawat Seri Kembangan South Bound, Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya, 43400 Seri Kembangan, Selangor # Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, (11) Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, (12) Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), (13) Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. (14) (Surah at-Tariq QS 11:11-14) 20171030

[t10c10] Kenapa Tunggang Motosikal?

Imej
Ini bukan cerita pasal milo ais Isteri Merajuk Dijemput Menaiki Motosikal Serik Menunggang Motosikal Pada petang tadi, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, Tedi ternampak seorang lelaki dewasa membawa dua kanak-kanak sekolah rendah membonceng  motosikal yang dikendarainya. Adik yang di belakang sekali tu sedang sedap minum air milo ais bungkus. Wajahnya gembira, tiada apa yang dirisaukan. Sumber foto: Lebih 200 ahli Kelab Vespa Malaysia berhimpun dalam program ‘The Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2014’ Ini bukan cerita pasal milo ais Tiba-tiba Tedi berasa sebak, mungkin agak terharu melihatkan gelagat mereka itu. Mereka berhimpit di atas sebuah motosikal, manakala Tedi selesa duduk di dalam sebuah kereta. Tapi mereka masih gembira. Tedi terharu melihat jerih-perih seorang ayah menjemput anak-anaknya balik sekolah menaiki sebuah motosikal. Adakah itu sahaja pilihan yang dia ada? Mungkin ya. Sejak bulan Februari tahun 2017 yang baru berlalu, Te...

[t24l03] Catatan Whiteout Survival

Imej
[Kandungan Catatan Whiteout Survival] Panduan lombong Frostfire Apakah Sepatutnya Dibeli di Foundry Shop sebagai F2P Apakah Sepatutnya dibeli di Mystery Shop sebagai F2P? Panduan lombong Frostfire Pokok kemahiran: Lv.1 Kanan: Bunuh pengawal peronda memberikan 1500 orichalcum setiap pembunuhan Lv.2 Kanan: Tingkatkan kelajuan perarakan Lv.3 Kiri: sekali seminit anda mendapat 5000 orichalcum dengan menduduki vena Lv.4 Kiri: tingkatkan 15% kelajuan pengumpulan Lv.5 Kanan: Tingkatkan kelajuan pengumpulan Lv.5 Kiri: Tingkatkan buff serangan Permainan: Teleport ke kawasan yang tidak sesak di mana anda boleh membunuh ramai pengawal peronda Gunakan semua perarakan untuk membunuh pengawal peronda Apabila anda mencapai tahap 3 kemahiran Kiri, gunakan 1 perarakan untuk menduduki vena dan panggil mereka pulang setiap 1 minit, sebelum menduduki vena semula. Sambil itu teruskan membunuh pengawal peronda. Apabila letusan urat keluar fokus semua perarakan ke letusan urat sehingga hilang juga gunakan ke...

[t21h07] Singkatan Bahasa Melayu

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Banyak betul kata singkatan Bahasa Melayu ketika membaca Kamus Dewan Edisi Keempat dan Tedi selalu lupa apakah maksud singkatan perkataan Bahasa Melayu tersebut. Semoga nota ini akan membantu mengingatkan akronim tersebut pada masa depan. Glosari Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Singkatan / Kependekan  Definisi  Nota Ar, Arb Arab pinjaman daripada Bahasa Arab APT automatic picture transmission Pemancaran gambar automatik.  Bidang: meteorologi. Subbidang: Meteorologi Perhubungan. ark kata lama / kuno  arkaik bh bahasa halus Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (contoh: meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya). Maka bahasa halus boleh digunakan dalam ayat bagi ...

[t25l03] Koleksi Peribahasa Melayu: Rotan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan Ada rotan, ada duri. Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka. Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar. Berpatah arang berkerat rotan. Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. Kerat rotan, patah arang. Kerbau bertanduk, rotan beronak. Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus. Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang. Meminta rotan yang sekerat. Orang tua jangan dipe­rut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat). Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah. Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong. Tiada rotan, akar pun berguna / Tiada rotan, akar pun jadi [Kembali ke Kandungan] Ada rotan, ada duri. Maksud peribahas...

Prev Next

Popular