[t20l24] Kedah tagih pengalaman Khairul Azman
ALOR SETAR: Kehadiran legenda penjaga gawang negara, Khairul Azman Mohamed diharap dapat membantu menjadikan penjaga gol Kedah lebih tangkas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilantik menjadi jurulatih penjaga gol skuad Lang Merah bagi menggantikan Mohd Effendy Kamsah dan sudah mula menjalankan tugas, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Khamal Idris Ali, berkata skuad Kedah kini lebih fokus melakukan penambahbaikan dalam membentuk pasukan yang mantap di semua posisi. "Selamat datang legenda penjaga gol Khairul Azman ke Kedah. Kemasukan beliau satu strategi terbaru kerana kita mahu melakukan penambahbaikan dari semua aspek, termasuk kejurulatihan pada musim depan berbanding musim sebelum ini." "Berdasarkan pengalamannya, saya rasa kita akan dapat mendapat manfaat dalam memperkukuhkan pasukan terutama di benteng terakhir," katanya. Khamal juga meluahkan rasa syukur kerana usa...