Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

Master periksa mata di Hospital Putrajaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam. Hari ini Master keluar rumah sekitar jam 7 pagi untuk ke Hospital Putrajaya kerana Master ada temujanji dengan ophthalmologist di sana. Master sampai di Hospital Putrajaya sekitar jam 7:40 pagi dan dapat nombor pada jam 7:50 pagi. Master dipanggil untuk pemeriksaan sekitar jam 8:30 pagi, dan habis temujanji dengan ophthalmologist sekitar jam 9:15 pagi. Ophthalmologist adalah gelaran bagi doktor pakar mata. Ini adalah temujanji kedua Master dengan pakar mata di Hospital Putrajaya, sebagai pemeriksaan susulan kepada pemeriksaan pertama dalam bulan Disember 2017 yang dilakukan kerana kemalangan kereta yang kami sekeluarga alami. Kali ini Master turut membawa hasil pemeriksaan mata yang diperolehi dari Hospital Kuala Lumpur. Merujuk kepada laporan pemeriksaan tersebut, doktor pakar mata tu menyatakan bahawa mata Master adalah normal dan tiada...

[t17i24] Baby Aina Dibenarkan Keluar Hospital Putrajaya

Imej
24-September: Aina ditahan di Wad 2C Mungkin kawan-kawan semua tidak mengetahui bahawa baby Nor Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Ahad, 24-September  yang lalu pada jam lebih kurang 8:30 pagi setelah bayi Nor Aina kami bawa ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya beberapa jam sebelum itu. Bayi Aina telah diberikan neb sebanyak 4 kali ketika di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya tersebut, dan akhirnya setelah diperiksa oleh doktor pakar paedatrik, Aina diarahkan untuk ditahan di Wad Paedatrik atau Wad 2C. Setelah Master membayar deposit RM 100 , bayi Aina dibawa ke Wad Paedatrik 2C. Sejak itu bayi Aina telah menerima rawatan di Wad 2C Paedatrik sebagai suspek bronchillitis atau pneunomia kalau Tedi tak silap eja nama. Kedua-dua penyakit ini adalah berkaitan dengan jangkitan virus pada paru-paru. Bronchillitis adalah radang pada saluran pernafasan yang lebih kecil pada paru-paru manakala pneunomia adalah jangkitan virus pada bahagian saluran pernafasan yang lebih be...

Selimut Tetangga memoir perantau?

Imej
Lagu "Selimut Tetangga" selalu dimainkan DJ setiap kali kami dalam kereta ke menuju dan pulang dari sekolah." Lagu ini merupakan salah sebuah lagu yang berjaya menarik minat Tedi kerana liriknya yang sukar difahami, malahan Tedi punyai terjemahan sendiri berkenaan lagu ini. Namun setelah Tedi cari maksud lirik lagu ini, ternyata ianya memang tak bagus langsung! Hahahaha, suka hati Tedi je... Selimut Tetangga itu apa? Mungkin seperti gambar, lirik punyai seribu interpretation ... dan ini interpretation interpretZZ, di mana jika dibandingkan dengan maksud lirik sebenar, ternyata tafsiran Tedi jauh berbeda, tapi mungkin lebih naif dan comel. Lagu ini bagi Tedi adalah berkenaan seorang perantau dari Indonesia yang merantau meninggalkan keluarganya, di mana Tedi berharap "sayang" dalam lagu ini adalah bermaksud isteri. Di mana pemergiannya itu adalah dalam tempoh yang lama kerana ada ayat "Meski ku tak selalu di sampingmu" , seperti kebiasaannya mereka me...

[t24d22] Aidan wheezing tengah malam

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Keterangan  Aidan wheezing semasa tidur jadi Master membawanya ke klinik berhampiran rumah kami di mana dia ambil nebulizer untuk melegakan paru-parunya. Bila?  Monday, 22 April 2024, 23:15 Kamera  Xiaomi M2101K7BG Gambar  IMG_20240422_231508 Teks  Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak kecil bernama Aidan sedang duduk di kerusi berwarna biru dan memakai topeng nebulizer. Aidan memakai baju lengan panjang dengan logo Batman, seluar berwarna gelap, dan kasut putih Transformers dengan sentuhan warna merah. Nebulizer itu disambungkan dengan tiub lutsinar kepada sebuah peranti yang tidak kelihatan sepenuhnya dalam bingkai. Aidan memegang topeng itu pada mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Latar belakang adalah dinding kosong di dalam klinik. Lokasi  BBST   ~20240422~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kas...

[t23l25] Gaharu Tea Valley Gopeng Perak Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ I love Gaharu Tea Valley Gopeng Keterangan  Imej ini menunjukkan Aidan dan Aina bergambar bersama logo dan nama "Gaharu Tea Valley" atau "务边沉香山茶园" (dalam bahasa Cina), yang terletak di Gopeng. Ia juga memaparkan perkataan "Agarwood" atau "沉香" (dalam bahasa Cina), "じんこう" (dalam bahasa Jepun), "العود" (dalam bahasa Arab), dan "침향" (dalam bahasa Korea), yang semuanya merujuk kepada kayu gaharu. Bila?  Monday, 25 December 2023, 13:02 Kamera  OPPO Reno8 Pro 5G Gambar  IMG20231225130203 Teks  i love agarwood Lokasi   Gaharu Tea Valley, Gopeng, Perak, Malaysia   10 Minit Berjalan Kaki Keterangan  Gambar ini menunjukkan papan tanda yang diletakkan di antara pokok-pokok di dalam hutan. Papan tanda tersebut dicat dengan warna hijau limau dengan tulisan berwarna hitam yang berbunyi: "10 minit be...

Prev Next

Popular