[t22j28] SourceTree GIT fatal bad objects remote did not send all neccessary objects
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Seperti yang telah diceritakan dalam kiriman bertajuk [t22j18] loose object stored in git objects is corrupt , GIT menemui pelbagai masalah setelah dipindahkan ke komputer riba baru. Masalah yang kedua adalah mesej "fatal: bad object" ketika operasi seperti fetch, pull, atau check out dilaksanakan. Kadangkala disertai dengan mesej "did not send all neccessary objects" . Setelah diperhatikan kami mendapati bahawa object yang dikatakan bad object itu ada terpampang dalam SourceTree tetapi tiada di GitLab remote . Ini bermaksud mungkin apa yang ada dalam local tidak terkini seperti dalam server . Jika sebelum ini kami gantikan semua dalam folder .git/objects, kali ini kami search nama object yang dipaparkan dalam mesej bad object itu, dan kemudian kami delete fail-fail yang berkenaan. Tetapi ikhtiar itu hanya berkesan kepada sebahagian bad object sahaj...