Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

T18D20 Logik Kabur mudahkan kehidupan

Imej
Logik Kabur? Fungsi fuzzy pada mesin basuh Maksud Fuzzy Lain-lain Logik Kabur? Apa benda tu? Mungkin itulah persoalan yang bermain di minda kalian kan? Logik kabur tu Tedi terjemah terus daripada Bahasa Inggeris perkataan "fuzzy logic". Apakah dia  fuzzy logic tersebut? Ia adalah satu jenis kepintaran buatan yang membolehkan peralatan atau mesin untuk membuat keputusan berdasarkan kepada beberapa input yang tidak jelas (kabur). Jika kawan-kawan tidak biasa dengan istilah kepintaran buatan ia adalah terjemahan kepada artificial intteligence atau selalunya disingkatkan kepada AI  yang secara pendeknya Tedi simpulkan sebagai kebolehan mesin meniru keupayaan manusia berfikir.   Fungsi fuzzy pada mesin basuh Contoh terbaik penggunaan  fuzzy logic ni adalah pada mesin basuh automatik seperti mesin basuh HAEIR yang kami gunakan sekarang. Apabila kita masukkan baju dalam mesin basuh automatik dengan ciri  fuzzy logic ni, apakah perkara pertama akan dilakukannya? Ia...

[t12f18] Kids, they... Scan, Save, Copy, and Paste!

Imej
Lukisan kartun mengisahkan perbuatan seorang kanak-kanak perempuan meniru perbuatan kakaknya memakai tudung. Kartun yang amat menarik dan mempunyai mesej mendalam, terutamanya buat ibu-bapa. Kanak-kanak memang suka memperhati dan mencuba sesuatu yang baru dikenali. Sumber inspirasi mereka tentulah insan yang rapat dengan mereka yang boleh dijadikan idola. Jadi jika ada perangai yang para ibu bapa tidak berkenan pada kanak-kanak itu boleh jadi adalah cerminan kepada perangai atau sikap ibu bapa kepada kanak-kanak itu sendiri. Jika tidak masakan ada peribahasa ketam menyuruhkan anaknya berjalan betul yang bermaksud "Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu" . Sumber: tidak dapat dikenalpasti.

[t14g31] Restoran Naimah Adik-Beradik

Imej
Restoran yang terletak di Bandariang, Gerik ini merupakan kedai makan pertama kami temui selepas menembusi Lebuhraya Timur Barat pada tengah malam Kehadirannya membawa berita gembira setelah berjam-jam (2 jam lebih) menempuhi Lebuhraya Timur Barat yang gelap gelita dan tiada hentian rehat. Ralat: sebenarnya ada hentian rehat di Lebuhraya Timur Barat tetapi pada waktu malam dalam suasana gelap gelita dan sunyi mungkin tidak dibuka atau kami yang tidak perasan kehadirannya dan jika perasan pun adakah kami akan berhenti? Mungkin tidak. Ketika ini kami dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Sepang , di mana sebelum meniggalkan Kota Bharu kami sempat singgah di  Kedai Serbanika ECO . . Restoran Naimah Adik Beradik KM 5.2 Jalan Raya Timur Barat, Bandariang, Gerik, Perak, Malaysia.   Kelihatan banyak kereta berhenti di sini menandakan kedudukan kedai makan ini amat strategik bagi pengguna Lebuhraya Timur Barat.   20140731

[t13e23] PM Najib tolong mansuh tol ...

Imej
    Bukan semua tol perlu dimansuhkan , tapi tol dalam bandar itu memang sungguh tak logik! (Sebenarnya bila difikirkan, logik juga, kalau Tedi fikir sebagai bos konsesi tol la.) Susah orang nak pergi kerja, nak shopping , kadang2 nak u-turn pun kena dah 2 tol!   Cuba Dato' Seri Najib baca petikan akhbar di bawah berkenaan pemansuhan tol yang diperjuangkan oleh hulubalang2 UMNO & BN sendiri. Ini membuktikan orang bawahan Dato' Seri memahami permasalahan rakyat.   Malangnya siapakah yang menghalang Dato' Seri daripada menerima maklumat yang betul?   Adakah mereka di sekeliling Dato' Seri merupakan pemimpin yang bersih, cekap & amanah? Atau mereka hanya mementingkan perut buncit masing2?   Dato' Seri jangan risau, perut Tedi pun buncit juga, tapi Tedi tak buncit sekor2, Tedi ajak kawan2 sekali. Sinar Harian, 02 Dis 2011: UMNO Selangor minta mansuhkan tol Batu Tiga Sinar Harian, 12 Mei 2012: UMNO Shah Alam desak hapus tol Batu Tiga & Sungai Rasa...

[t17a20] Piala Sumbangsih: JDT vs Kedah

Imej
Malam ini jam 8.30 malam akan berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim dan Kedah FA. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Larkin. Siaran lansung pula boleh ditonton di TV3. Tedi doakan semoga pasukan kesayangan Master itu akan memperolehi kemenangan pada malam ini. Di samping itu telah berlaku perang saraf di antara pasukan JDT dan Kedah. Di bawah ini adalah poster yang amat cool oleh seorang penyokong Kedah bernama Budak Merbok. Sungguh win suntingan beliau ini. Di bawah ini pula adalah poster dari penyokong Kedah, Bandar Baharu Kedah Selatan dan Padang Serai. Di bawah ini adalah Piala Subangsih yang bakal dimenangi oleh mana-mana pasukan yang menang pada malam ini. Kedah menang !!! Tahniah kepada Kedah FA kerana memenangi Piala Sumbangsih. Walaupun agak terkilan kerana Kedah hanya seri dan mendapat satu mata untuk Liga Super Malaysia, namun sedikit terubat kerana menang piala. Seronok Tedi tengok gol jaringan Badrol Bakht...

[t08d08] Ambil kit larian MMU E-Bee Run di D'Pulze Cyberjaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda.   Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini. Leicester City 1 - 2 Newcastle United ,  Hafizh Syahrin di MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo ,  Rakan Sepejabat Master sertai Standard Chartered KL Marathon ,  Makan di Restoran Saba Cyberjaya ,  Ambil kit larian MMU e-Bee Run di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya ,  Singgah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan Untuk catatan pada hari ini, 8 April. Leicester City 1 - 2 Newcastle United Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perda...

[t17f28] Dari Kota Bharu ke TBS naik bas Transnasional

Jam 7.30 malam Kami bertolak dari Kampung Delima, singgah di Masjid Wakaf Bharu untuk tunaikan solat Isya. Jam 8.20 malam Kami sampai di Hentian Bas Tesco Kota Bharu, tapi apabila sampai di depan kaunter Transnasional, ia tutup dengan notis, semua bas dari Kota Bharu kena naik di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu. Jam 8.30 malam. Kami bergegas ke sana, Master menelefon Transnasional Kota Bharu dan dimaklumkan bahawa bas kami belum tiba dan dijangka sampai jam 9 malam. Jam 8.40 malam Kami tiba di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu. Tok Abah meninggalkan kami di situ. Master tunaikan solat Isya di surau stesen tersebut. Keadaan stesen bas yang menjadi pusat baa Transnasional, Nice, dan City Liner itu agak kecil dan serabut, Kota Bharu tampak memerlukan stesen bas yang lebih sempurna. Jam 9.00 malam Bas kami masih belum tiba. Master pergi minum neacafe panas gelas kecil di sebuah restoran Thai. Harga mahal RM 1.80, mentang-mentang dia aja niaga pada masa tersebut. Jam 9.30 mal...

QS: Jaminan Allah terhadap keamanan Tanah Suci

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Surah al-Ankabut (Labah-labah), 67 - 69: merdeka.com: Pandangan udara di tanah suci Mekkah usai perayaan idul adha   Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Mekah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman ; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh)? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah? (67)  Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya . Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (68) Dan orang-orang yang berusaha dengan bers...

[t18l17] Mama Dobi di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli wassalamu ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajama'in. Assalamu'alaikum, karangan mengenai catatan harian Tedi ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian:  Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing ,  Kedai Dobi bukan layan diri, Mama Dobi , dan  Jom naik atas, takut . 17 Disember 2018, 20:51, Isnin Mama Dobi - Wash and Dry Specialist Nombor telefon: Manja 017-3386723, Shawal 014-3995598 Cucian biasa RM 2.50 per kg, cucian karpet RM 1 per kaki, comforter atau toto RM 15 sehelai. chemical, plastik dijual di sini penghantaran dan pengambilan disediakan Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing Tedi baru sahaja selesai sidai baju di ampaian dan buang sampah sedikit. Gamaknya jiran sebelah pun cuak semacam je apabila dengar bunyi bising di tong sampah. Badan tak berapa sihat, macam nak selsema tapi tak jadi, adalah sedikit  running nose kata orang putih, kalau kata orang Melayu hingus meleleh, mungkin panas dalam ...

[t21h04] Pokok Betik Sudah Patah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pokok betik di belakang rumah patah. Buahnya banyak manakala batang pokok betik itu halus. Master telah menyokong pokok betik itu dengan kayu sebelum ini kerana pokok betik itu tumbang mungkin kerana buahnya terlalu berat, namun lain pula yang jadi apabila batang pokok di bahagian yang disokong dengan kayu itu patah. # Wednesday, 4 August 2021, 18:54 # Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20210804_185411 # Rumah BBST # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Cikgu yang canggih

Imej
Benarkah kecanggihan dalam pengajaran akan menambah impak keberkesanan penerimaan ilmu oleh murid-murid? # Guru diingatkan guna peralatan canggih mengajar Matematik # walaupun wajahmu tidak ku kenali, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku # Dah lama Tedi tidak melalut di sini, dan seperti biasa kesibukan di sekolah menjadi alasan. Tadi Tedi sengaja melihat gambar-gambar lama guru-guru Tedi, mengimbau kenangan. Dan satu perkara ini menarik perhatian Tedi... iaitu mengenai teknik pengajaran yang canggih. Bagi Tedi, perkara paling penting adalah keikhlasan hati si guru untuk menyampaikan ilmu. Apabila si guru itu ikhlas, maka tentu akan terbit idea-idea bernas bagaimana beliau mahu menyampaikan ilmu di dadanya. Tentu jugalah di antara idea bernas itu akan ada idea-idea canggih yang sesuai dengan keadaan semasa dan peredaran zaman. Ada masanya mungkin cikgu-cikgi terpaksa pula belajar dengan murid-murid berkenaan perkembangan teknologi semasa, maklum sahajalah... lain generasi...

[t17f11] Kenal Aweera sebab Caliph Buskers

Imej
Selepas berulangkali menonton Romancinta yang dipersembahkan Mojo dan Caliph Buskers di final Anugerah Juara Lagu melalui YouTube, Tedi mula menonton video-video lain yang berkaitan. Ada video pasal asal penglibatan Caliph Buskers dalam persembahan tersebut. Kemudian melarat pula ke video "pertikaman lidah" di antara Aweera dan Edry KRU di mana Aweera lebih banyak menyerang manakala Edry serahkan segalanya kepada peguam. Aweera tak puas hati kerana dia anggap dirinya yang patut dijemput nyanyikan lagu tersebut dengan hujah dia yang membawa lagu tu layak ke final. Padahal pada masa tu dia dah keluar dari kumpulan Mojo. Ini adalah contoh tajuk yang membuatkan Tedi marah setiap kali membacanya kerana Tedi berasakan bahawa siapa yang cakap macam tu sebenarnya yang cuba buat drama... Tedi berasakan perangai Aweera ni bak hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Kalau orang dah tak jemput tu janganlah sibuk nak join juga. Hodoh perangai macam tu. Itu komen sebelum persemba...

[t13h03] Selamat sampai di Kelantan melalui Gerik

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Pertama kali sampai Kelantan tak sampai 8 jam Alhamdulillah, Tedi dan Mommy dan Master telah berjaya sampai ke Kelantan waktu Isya malam tadi. Kami gerak lewat, sekitar jam 1 petang atau lebih tepatnya pada waktu Zohor semalam. Kelewatan itu telah dijangka memandangkan Master mahu tukar timing belt dan juga outer-belt  kereta Proton SAGA BLM 1.3MT IAFM milik Mommy. Panjangnya la nama kereta Mommy tu kan? hehehe. Kutip kacang botol Mummy hantar Mak Long dan Cik Su ke Lapangan Terbang Subang Cari bengkel untuk tukar timing belt Proton SAGA BLM Laporkan kepulangan ke kampung di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang Jemput Mommy di Bangsar Cuaca panas sebabkan Master mengantuk Banyak kerepek di jalan Kuala Kangsar - Gerik Melalui Gerik Melalui Royal Belum Pulau Banding Master elakkan jalan Rantau Panjang   Kutip kacang botol Paginya sekitar jam 7, Tedi mengutip semua Kacang Botol a.k.a Kacang Kelisa yang ada di kebun. Banyak juga hasil kal...

Apa Masalahnya Kedai Dobi Muslim Sahaja?

Imej
Terkilan juga dengar komen orang yang kritik kedai dobi di Johor yang meletakkan papan tanda Muslim Sahaja. Pada papan tanda tersebut juga dinyatakan bahawa ia untuk menjaga kesucian pakaian yang dicuci di sana. Tedi rasa tiada masalah sebab dah dinyatakan dengan jelas apa tujuan larangan tersebut. Tapi ada juga yang duk hentam termasuklah ketua negeri Selatan Semenanjung Malaysia tersebut. Siap dikaitkan dengan Taliban? Tedi tak kisahlah jika pendapatnya berbeza, seperti juga pendapat Dr. MAZA yang takut akan menjerumuskan kepada Islam sempit sedangkan Islam itu memudahkan. Nanti jadi nak basuh baju pun was was, lebih kurang begitulah maksudnya. Perkara was-was ini adalah perkara hati bagi Tedi dan ianya akan berbeza buat setiap orang. Ada orang yang sangat was-was dan bila was-was kan dah timbul syubhat bagi dia? So, kalau dia nak pilih kepada jalan yang menenangkan hati dia tu biarkanlah. Contohnya ada orang Islam yang bila nampak kedai jual arak, dihindarkannya, manakala ada...

[t22e28] Beraya di Rawang, Pantai Permai dan Bangsar

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini jauh juga kami beraya. Kami ke  Rawang - rumah kawan sepejabat Mummy Pantai Permai - rumah pengasuh Aina dan Aidan. Bangsar - rumah sepupu Mummy Decathlon Jalan Klang Lama - beli-belah sempena berkelah ke Sunway Water Theme Park esok. Aidan bersiap untuk keluar beraya. # Saturday, 28 May 2022, 11:40 # OPPO Reno2 # IMG20220528114027 # Rumah BBST # Aidan dan Aina sedang menikmati hidangan rumah terbuka kawan Mummy di M Aruna Rawang # Saturday, 28 May 2022, 14:00 # Xiaomi M2003J15SC # IMG_20220528_140016 # https://goo.gl/maps/tyjoduVtZsMMo1XT9  # Berhenti sebentar di Hentian Sungai Buloh arah Selatan untuk tunaikan solat jamak taqdim qasar Zuhur dan Asar ketika dalam perjalanan dari Rawang ke Pantai Permai. # Saturday, 28 May 2022, 16:10 # 20220528 # Xiaomi M2101K7BG # https://goo.gl/maps/XRRsA5cmWd7bS7du5  # Aidan sedang makan dan minum d...

Prev Next

Popular