Menginap di Parapat di Danau Toba di Indonesia
Jenuh Tedi nak menyusun gambar kenangan Mommy dan Master bersama Tok Ma dan Maksu serta dua orang kawan Mommy semasa mereka bercuti di Medan. Tambahan pula kamera yang Master gunakan iaitu Cameron EOS 500D tiada GPS jadi kita akan susah nak tahu di manakah gambar itu diambil? Nasib baik Master mempunyai tabiat pelik iaitu suka ambil gambar papan tanda. Cerita kali ini adalah pengalaman mereka berada di Parapat di Danau Toba di Sumatera Utara di Medan di Indonesia, di mana mereka menginap di Siantar Hotel Parapat. Daftar Masuk Siantar Hotel Perapat Gambar: Mula nampak papan tanda Siantar Hotel Parapat. Kamera: Canon EOS 500D. Bila: 2013-03-22-17:16 hari Jumaat Sebaik sahaja mendarat dari van yang kami naiki, wow... tak terkata melihat keindahan alam ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala. Pemandangan yang menyambut kami sebaik sahaja tiba di Siantar Hotel Parapat. Beruntung warga Indonesia dikurniakan keindahan alam seperti Danau Toba ini. # Gambar: tasik, bot laju, masjid # 22 ...