Balik atau tak balik?
Dilema betul memikirkan di antara kehendak dan keperluan... Hari ini di pejabat Master rata-rata manusia berbicara mengenai kepulangan ke kampung yang dilanda musibah banjir. Mereka akan pulang dengan membawa barang-barang keperluan terutamanya makanan. Selain itu ada juga yang mengumpul derma untuk membantu kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir. Kami pula masih berkira-kira hendak pulang atau tidak? Kerana tiket kapal terbang sangat mahal. Jika hendak beli yang murah, tentu saja pada hari yang agak tidak sesuai. Boleh saja beli tiket yang mahal itu, dengan harapan kepulangan kami nanti akan berbaloi. Tapi kadangkala terfikir juga jika harga tiket itu disalurkan kepada saudara-mara yang menjadi mangsa. Alternatif lain mungkin sahaja pulang dengan kereta tapi dengan jalan yang rosak selepas banjir, ia agak merbahaya... Tedi berasa, baiklah pulang sahaja, kurang-kurang menjenguk keluarga, walaupun Tok Ma melarang kerana bekalan air bersih tiada di sana. Kalau Master dapat cuti...