Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

Tedi pernah menangis

Imej
Sesiapa pun pernah menangis, seekor Tedi pun tak mustahil untuk menangis. Tidak salah untuk menangis jika kena tempatnya. Menangis yang benar, akan melembutkan hati. Menangis kerana cintakan dunia hanya membawa sengsara. Beza yang jelas dapat dilihat di antara tangisan ketika sujud menyembah Allah subhanahu wa ta'ala, atau tangisan ketika menonton cerita cinta hindustan. Tuhan Tedi pernah menangis Apabila terkenangkan dosa-dosa lalu Tuhan Tedi pernah menangis Apabila terkenangkan perjuangan, kesusahan, ketabahan Rasul-Mu Tuhan Tedi pernah menangis Apabila terkenangkan pengorbanan mereka yang Tedi kasihi Sama ada mereka ahli keluarga atau saudara satu aqidah Tuhan Tedi pernah menangis Apabila terfikirkan ajal yang sudah pasti tapi tak tentu Tuhan Tedi mahu menangis Menangis selalu menagis semahu-mahu Bukan semata menangis kerana mahu Tapi menangis kerana Rahmat-Mu Tuhan Tedi telah lama tidak menangis Adakah kerana kurang ilmu? Atau kerana hati yang mem...

Tedi belajar: Barisan Kabinet Persekutuan Malaysia 2013

Imej
Alamak, nak kena study barisan kabinet pula. Gambar sekadar hiasan, hehehe. Tidak mewakili pendapat Tedi, tapi setakat nak baca tu bolehlah. Baca biar daripada pelbagai sumber, barulah boleh "letakkan kaki di dalam kasut mereka". jomkitabaca.wordpress.com: Kabinet Malaysia tidak sah memalukan agong dan negara Jom kita belajar bersama-sama. Tak kena tak mengapa, bukan untung pun kalau kita kenal mereka. Lainlah kalau mereka kenal kita, barulah boleh buat bisnes. Perdana Menteri:  Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri:  Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik senator) Datuk Seri Idris Jala (Senator) Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim Nancy Shukry Datuk Joseph Entulu Belaun Datuk Paul Low Seng Kuan (akan dilantik senator) Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri: P.Waytha Moorthy (akan dilantik senator) Kementerian Kewangan Me...

Psittacosaurus: Daripada 4 kaki kepada 2 kaki

Imej
Kajian menunjukkan dinosaur mungkin berubah gaya berjalan apabila meningkat dewasa. Dinosaur, seperti haiwan moden, ada yang berjalan dengan 2 kaki, ada menggunakan 4 kaki, & ada juga yang berjalan dengan kedua-dua gaya. Cuma ada sekelompok yang menukar gaya berjalan mereka semasa mereka membesar. Gamaknya dinosaur pun belajar merangkak dahulu? Perubahan daripada quadrupedal (berkaki empat) semasa remaja kepada bipedal (berkaki dua) semasa dewasa, & juga sebaliknya merupakan pengetahuan umum. Model seekor Psittcosaurus menunjukkan ia dalam posisi seekor quadrupedal (berkaki empat). Tetapi kajian menunjukkan ia mungkin berubah kepada bipedal (berkaki dua) ketika membesar. Foto: Dave Hone. Apa yang menarik kali ini ada penghasilan 1 laporan yang mencatatkan perubahan teliti kepada tulang seekor herbivor (maun/makan daun) yang digelar Psittcosaurus ("cicak-kenari" sempena muncungnya). Tengkorak seekor Psittcosaurus atau "Cicak-Kenari". Rupa ...

Ujian Asap pada hujung minggu

Imej
Tiba-tiba petang semalam mendapat informasi mengenai satu ujian yang akan diadakan. Ujian yang dinamakan Ujian Asap kepada Ujian Penerimaan Pengguna untuk subjek CBO itu akan diadakan pada hari ini. Tedi dan kawan-kawan terpaksa turun padang pada hari ini untuk membantu perlaksanaan ujian tersebut. Maka terpaksalah Master menghantar Tedi ke Kerinchi pada hari ini, sekaligus melupakan hasrat beliau untuk ke Pusat Selenggara PROTON yang berdekatan. Cadangnya Master nak tukar cakera klac kerana proses penukaran gear agak tidak lancar dan prestasi pecutan kereta Proton SAGA BLM IAFM 1.3MT milik Mommy semakin berkurangan. Berkenaan ujian yang dinamakan Ujian Asap itu, Tedi sendiri pun tidak pasti apa tujuannya dan Tedi pun tidak pernah mendengarnya. Adakah ia memang nama ujian itu? atau ia satu istilah? Yang pasti ramai yang berasap kerana kena datang ke sekolah pada hujung minggu. Kawan Tedi kata Ujian Asap itu adalah sejenis Ujian Tekanan . Tapi Tedi rasa mungkin ia adala...

Tedi coret: Macam-macam

Imej
Tedi terjaga pada awal pagi. Jam baru menunjukkan 03:46. Awal benar Tedi terjaga pada hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari. Tedi ambil kesempatan mencoret dalam interpretZZ, menggantikan helaian yang tidak diisi semalam. Fesyen yang sungguh cool, kalau buat fesyen Tedi mesti lagi cool. *** Pegawai bank AmBank USJ 2 ditembak di muka Tedi tahu mengenai kes ini pagi semalam, apabila kiriman Tedi yang bertajuk, " Staff AmBank Amcorp Mall yang sungguh bongkak " tiba-tiba sahaja dilawati pembaca baru melalui enjin carian. Ini rupanya sebab ramai pembaca singgah di interpretZZ! Gabungan tajuk "Staff AmBank Amcorp Mall yang sungguh bongkak" ditambah dengan "Sang Kibas mati ditembak manusia durjana" ... manakala "Jangan ambil pak guard tidak fit" itu entah datang dari mana, Tedi pun tak tahu. Rupa-rupanya melalui berita daripada corong radio, barulah Tedi tahu ada kakitangan AmBank yang ditembak oleh security guard  (penga...

Otak dibersihkan ketika tidur.

Imej
Manusia mungkin tahu betapa pentingnya tidur pada waktu malam, namun para saintis masih tidak tahu mengapa? Kini para penyelidik dari University of Rochester di New York mengemukakan satu teori baru. Teori ini dikemukakan hasil kajian mereka ke atas Sistem Glimfatik ( glymphatic ). Sistem ini mungkin ada hubungan bau-bau bacang dengan Sistem Limfa ( lyphatic ) yang terkenal membantu tubuh manusia mempertahankan diri mereka daripada anasir-anasir asing (virus/ bakteria). Sistem Glimfatik baru sahaja ditemui pada tahun lepas . Ia berfungsi menyingkirkan bahan kumuh daripada otak sebelum membawanya ke hati . Semasa tidur, para pengkaji mendapati Sistem Glimfatik ini mempunyai kekuasaan 10 kali lebih kuat (atau aktif). Kenapa? Mereka belum ada jawapannya namun mereka spekulasi bahawa pada masa tidur, kurang tenaga digunakan oleh tubuh , dan tenaga ini dapat disalurkan kepada Sistem Glimfatik tersebut. Nampak gaya persoalan Tedi selama ini mungkin akan menemui jawapannya ...

NUFC: Rafa Benitez kekal di SJP

Berita yang ditunggu para penyokong Newcastle United FC akhirnya menjelma juga. Setelah melalui proses perbincangan yang agak lama, akhirnya Newcastle United mengumumkan bahawa Rafa Benitez akan kekal di Newcastle United dengan perjanjian baru selama 3 tahun. Benitez diambil bekerja menggantikan Steve McLaren pada bulan Mac lalu dengan sasaran mengelakkan Newcastle United daripada tersingkir. Walaupun beliau gagal mencapai sasaran tersebut dalam baki 10 perlawanan terakhir, namun impak yang dibawa beliau dalam mewujudkan pasukan yang lebih tersusun di Newcastle United telah berjaya memikat hati para penyokong The Magpies. Tambahan pula Benitez berjaya membuatkan Newcastle membelasah Tottenham Hotspur 5-1 pada perlawanan terakhir. Ia seolah memberi mesej kepada pengurusan pasukan apa yang beliau boleh capai jika lebih masa diberi kepadanya. Pengurusan Newcastle khabarnya telah memberi kuasa penuh kepada Benitez dalam urusan bolasepak, satu hal yang agak janggal di Newcastle United...

N untuk Nougat

Imej
Android N - versi seterusnya untuk sistem operasi Android yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Google pada musim panas nanti telah diberi nama: Android 7.0 Nougat. Sebelum ini Google memilih sendiri nama untuk Android OS, tetapi kali ini mereka serahkan kepada orang ramai untuk memilih nama yang sesuai, namun Google menyatakan mereka berhak untuk memutuskan nama yang sesuai. Nougat disebut nu:ga:. Orang Amerika menambah huruf 't' di belakang perkataan itu dan ia juga disebut n-u-gut. Mengikut kamus Oxford, nougat adalah manisan daripada gula atau madu, kacang-kacang dan putih telur. Ia dikatakan berasal dari Itali beberapa kurun yang lalu. Bar coklat Toblerone dari Swiss adalah sejenis nougat, jika kawan-kawan tak boleh bayangkan bagaiman rupa nougat. Tetapi nougat boleh ditemui dalam pelbagai rupa dan jenis. Sebenarnya ramai peminat Android lebih gemari nama Nutella, tetapi ia mungkin tidak dipilih oleh Google kerana nanti Google akan terpaksa membayar royalti kepada ...

Gelaran Haiwan Terhodoh Dunia kini menjadi milik Blobby.

Imej
Ugly Animal Preservation Society  (Persatuan Perlindungan Haiwan Hodoh) telah mengadakan pertandingan untuk mencari maskot rasmi persatuan mereka. Pengundian telah dijalankan dan secara rasminya Blobfish menjadi maskot rasmi mereka. Kemenangan ini secara tidak rasmi telah menjadikan Blobfish sebagai haiwan terhodoh di dunia. Blobby telah menewaskan burung kakak tua gergasi, Kakapo dengan kelebihan 10000 undi. Kempen ini adalah salah satu usaha manusia untuk menimbulkan kesedaran mengenai haiwan terancam yang tidak comel dan seronok dipeluk seperti diri Tedi ini. Blobby tidak memberikan apa-apa komen di atas kemenangannya. Tedi perkenalkan, Encik Blobby, maskot rasmi Ugly Animal Preservation Society yang kini secara tidak rasminya menjadi haiwan terhodoh di dunia. Eh, kenapa Encik Blobby tak mahu senyum? Senyum la sikit... Biodata Encik Blobby Menetap di bahagian Tenggara pantai Australia dan Tasmania pada kedalaman 600 meter sehingga 1200 meter, di mana tekanan at...

Bagaikan enau dalam belukar, begitulah manusia di hutan besi.

Imej
Dunia di hutan konkrit dan gelas ini penuh dengan pancaroba. Ia mencorakkan insan menjadi egois dan hanya mementingkan diri masing-masing. Ketika Master sampai di Kuala Lumpur dahulu, dia agak menghormati orang tua. Jika menaiki bas dan Master dapat duduk, akan diserahkannya kepada mereka yang lebih memerlukan. Namun lama kelamaan sikap itu terhakis. Lama kelamaan sifat Master bertukar rona. Gamaknya pada masa sekarang Master akan lebih rela menduduki tempat duduk itu sendiri tanpa menyerahkannya kepada sesiapa. Adakah ia kerana sombong? Tedi tidak berasa demikian. Dalam mengharungi kehidupan seharian di kota kaca ini, kita mungkin kelelahan dan mengalami tekanan. Kelelahan dan tekanan itu mencorak diri kita sehingga kita lupakan kelelahan dan tekanan pada orang lain. Ketika itulah kita hanya mementingkan diri sendiri. Perkara ini membuat Tedi terfikir seketika, mengenangkan satu peribahasa yang agak cerdik tinggalan mereka yang terdahulu daripada kita. "Bagaikan enau ...

Microsoft hentikan pengeluaran Surface 2

Imej
Microsoft hentikan pengeluaran Surface 2 berasaskan Windows RT Microsoft secara rasminya menghentikan pengeluaran Surface 2, gadget yang takkan menampung Windows 10. Produk ini dikeluarkan pada 2013 dan khabarnya merugikan Microsoft apabila terdapat stok bernilai $900 juta tidak terjual. Masalah utama pada Windows RT adalah perisian legasi Windows tidak dapat dioperasikan di atasnya. Selain itu penjualannya perlahan, menyebabkan pembangun perisian hanya memandangnya sebelah mata. Ia mempunyai spesifikasi yang tinggi namun kekurangan aplikasi dari pihak ke-tiga menyebabkan ia gagal bersaing. Selain itu Microsoft sedang membangunkan Windows 10 yang takkan beroperasi di atas gadget Windows RT, namun mereka akan mengeluarkan perisian yang menawarkan ciri-ciri Windows 10 pada gajet RT. Selain itu sokongan kepada Windows RT akan tamat pada12 Januari 2016, dan sokongan kepada Windows 8.1 RT akan tamat pada 9 Januari 2018. Pada masa yang sama Windows 10 dijangka akan muncul untuk pa...

Nur Madihah mahu tukar pengajian ke UK, AS

Imej
KOTA BHARU 16 Ogos - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal , 19, yang kini menuntut dalam bidang fizik di Universiti Sains dan Teknologi Jordan berhasrat untuk bertukar tempat pengajian ke United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS) . Menurutnya, hasrat itu kerana dia melihat peluang lebih luas wujud di negara berkenaan yang lebih kerap membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi. "Tidak dinafikan memang saya yang memohon menyambung pelajaran di sana (Jordan) tetapi selepas setahun, apa yang boleh dikatakan saya rasa masa muda perlu dipacu lebih laju apatah lagi dengan dana Bank Negara Malaysia (BNM), saya harus memanfaatkan itu semua. "Dengan menempatkan diri lebih awal bersama saintis-saintis di negara yang berpaksikan sains dan teknologi, ia lebih membantu saya mendepani perkembangan terkini dalam bidang itu," katanya ketika ditemui  Utusan Malaysia  di rumahnya di sini hari ini. Nik Nur Ma...

Kartun: P.B.B ~ Cinta si ayam

Imej
Sumber:  jambang.deviantart.com Pabila Binatang Bersuara: Cinta si ayam oleh Jambang P.B.B Pabila binatang Bersuara Penulis, Pelukis: Jamb. Color: Atis. Eh macam ada awek baru aje.. kena mengorat ni.. tak boleh jadi ni.. Harus bertindak pantas!!! Hai seekor aje? boleh berkenalan? Erkkkk!!! Err... malunya.. tabung ayam rupanya. Komen Tedi: Kartun ini sungguh hambar, tak kelakar langsung, tapi lukisannya boleh tahan bagus.

PROTON kembali ke peel lama?

Imej
Teruja Tedi melihat gambar model terbaru PROTON Suprima S. Lebih-lebih lagi apabila iklan itu memaparkan gambar belakang kereta hatchback itu dengan rekaan lampu yang memecah tradisi kereta keluaran PROTON. Tapi apabila Tedi tengok gambar depan, sungguh mengecewakan! Suprima S itu ternyata sebuah PROTON Preve yang telah di- hatchback -kan! Walaupun mereka menyatakan ia kereta berbeza yang tiada kena-mengena dengan Preve, tapi apabila rupa depannya sama, Tedi tetap anggap kedua-duanya sama! Bayangkan apabila PROTON Suprima S ini mengekori kereta anda, tidakkan anda akan menyangka seekor Preve yang sedang berada di belakang? Kalau bahagian dalaman sama, itu ok lagi. Tapi Tedi memahami bahawa langkah ini mungkin boleh menjimatkan kos pembuatan model kereta terbaru PROTON ni. Cuma langkah ini menunjukkan PROTON di bawah Sime Darby kembali meniru perangai lama mereka. Lupakah siri kereta Wira, Satria, Arena dan Putra yang masing-masing kelihatan sama? Selain itu PR...

Adakah bahaya tukar gear automatik dari Neutral ke Drive semasa bergerak?

Imej
Ya, ianya berbahaya lebih-lebih lagi pada kelajuan tinggi. Pertukaran transmisi automatic dari Neutral ke Drive sepatutnya hanya dilakukan semasa kenderaan tidak bergerak sama sekali. Hukum yang sama juga terpakai pada penukaran gear auto ke Reverse, patut hanya dilakukan semasa kenderaan berhenti sahaja. Sebabnya pertukaran dari Neutral ke Drive semasa kenderaan bergerak akan memberi tekanan kepada transmisi automatik. Tindakan itu akan membuatkan torque converter dan enjin tiba-tiba terpaksa bekerja keras. Ini akan memberi tekanan  torque yang tinggi ke atas sistem transmisi. Walaupun ia mungkin takkan jahanamkan sistem transmisi automatik sekaligus, ia akan tinggalkan parut yang besar kepada enjin, dan apabila dilakukan berulangkali, kadar sistem gear untuk rosak adalah lebih tinggi. Hukum  yang sama juga terpakai apabila menggunakan gear rendah, jangan sesekali tukar kepada gear rendah semasa kenderaan sedang memecut.

Latihan Skuad Badminton Malaysia Ketinggalan Zaman - Misbun Sidek

Imej
PETALING JAYA: Lee Chong Wei tidak boleh dipersalahkan kerana gagal untuk memenangi pingat emas buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio, menurut bekas legenda negara. Misbun Sidek, yang juga bekas jurulatih badminton negara, meletakkan kesalahan ke atas kekurangan satu sistem latihan maju dan lengkap di negara ini, lapor China Press. "Itulah sebab mengapa Malaysia masih tidak dapat melahirkan atlet yang boleh memenangi pingat emas." "Lapan tahun yang lalu, saya menyuarakan masalah sistem latihan yang ketinggalan zaman di negara ini, tetapi saya tidak diendahkan," Misbun dipetik sebagai berkata oleh China Press. Satu lagi isu utama yang menjadi penghalang buat atlet negara dalam sukan itu adalah pembiayaan, tidak seperti China yang menyediakan dana yang banyak untuk melatih pemain badminton mereka, katanya. "Saya dijemput oleh ketua jurulatih badminton China, Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan saya kagum dengan saiz dan kecanggihannya." Misb...

KFA putuskan tidak lagi guna khidmat Liridon Krasniqi

ALOR SETAR : Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan tidak lagi menggunakan khidmat Liridon Krasniqi bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk membarisi pasukan Helang Merah pada musim depan. Setiausaha Kehormatnya Mohd Asmirul Anuar Aris berkata keputusan itu muktamad kerana selain menjimatkan kos, pasukan Kedah dapat mengetengahkan barisan pemain tempatan yang berkaliber dan setanding dengan pemain import. "Kita sememangnya tidak menyambung kontrak bersama Liridon dan ia adalah keputusan muktamad, kerana kita melihat daripada keadaan kewangan KFA yang kita tidak mahu kos pengurusan menjadi terlalu tinggi jika mendapatkan khidmat Liridon. "KFA kini beri fokus kepada pemain tempatan yang boleh bermain dengan baik dan tahap profesionalisme yang tinggi... itu yang lebih penting, " katanya kepada pemberita pada Program 'Back To School 'di sini, pada Selasa. Kira-kira 280 pelajar sekolah rendah dan menengah yang kurang berkemampuan dari kawasan Dewan Undan...

Tedi kaji: Jalan terhampir dari LCCT ke UKM.

Imej
UKM menjadi destinasi penting buat Master kebelakangan ini. Beberapa urusan berhampiran UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) di Bangi membuatkan Master semakin mengenal rupa bentuk jalan di sana. Sebelum itu Master memang takleh nak imagine macam mana rupa Bangi tu. Apa yang Master bayangkan kepada Tedi , Bangi itu seumpama pekan koboi yang mempunyai banyak bulatan di jalan-jalan utamanya. Namun setelah Tedi sampai ke sana, Bangi ni kira meriah juga dan lebih tersusun dan lebih sibuk daripada pekan kami sendiri. Nampak gaya Bangi ni macam syurga makan sebab banyak kedai makan, tapi setakat ni takde lak yang Master betul-betul puji walaupun ramai yang kerumuni kedai-kedai itu. Adapun bukanlah Master yang mempunyai urusan di sana melainkan Master menjemput dan menghantar orang ke sana, selalunya dari dan ke LCCT (Terminal Tambang Murah) . Master telah mencuba 2 jalan ke sana dan yang terkini kami menggunakan lebuhraya. Tapi rasanya macam jauh yang amat sebab kami turun ke Nil...

Kasut badminton baru!

Semalam Master beli kasut badminton baru. Harganya RM 80 jenama Power dari kedai Bata. Ia bukanlah kasut badminton pun tetapi kasut training dengan tapak yang agak lebar, sesuai untuk stabilkan diri di atas gelanggang. Ini pertama kali Master beli kasut sukan berharga lebih RM 30. Sebabnya Master mula rasa lebih cergas selepas mula bermain badminton pada minggu lepas. Jadi pelaburan ini diharapkan berbaloi untuk kesihatan Master. Selepas ini mungkin Master akan melabur dengan membeli reket yang lebih bagus pula, iaitu reket yang memang pemain badminton guna. Ditambah dengan belanja RM 10 seminggu untuk sewa gelanggang di Kompleks Sukan Airport Bandar Baru Nilai. Selain itu, Master juga mula main besi selepas habis masa kerja, setakat untuk kuatkan pergelangan tangan. Majulah sukan untuk kesihatan. 28 September 2013

Kembara Korea Selatan TNE-10

Imej
Selamat Datang di Pulau Nami Ucapan "Selamat Datang di Pulau Nami" mengalukan kedatangan para pelancong dari 3 buah negara berbahasa Melayu iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura, menunjukkan betapa celiknya dan pandainya kerajaan Korea Selatan menarik pelancong ke Pulau Nami ini. Bahasa Melayu tidak asing di negara-negara yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia di Asia mungkin kerana kegemaran orang Malaysia suka membeli-belah. Kebolehan berbahasa Melayu akan membantu melariskan jualan mereka. Kelihatan juga arca abstrak dan deretan bendera negara ASEAN. # Saturday, 10 May 2014, 16:39 # 20140510-IDAZZ-ILCE5000 Korea (568).JPG # SONY ILCE-5000 # Pulau Nami, Korea Selatan # Zip-wire Jara-Nami Skyline Lama juga Tedi mencari maklumat mengenai bangunan ni, akhirnya ketemui juga, almaklumlah Mummy tidak pernah bercerita tentangnya. Zip-wire ni membolehkan kita menyeberang ke dua buah pulau iaitu Pulau Nami dan Pulau Jara di Korea Selatan dari Tanah Besar. Boleh dikatakan wa...

Anai-anai bina sarang anti-mikrob untuk lawan racun serangga

Imej
Pertarungan di antara tamadun manusia dan tamadun serangga semakin berterusan. Nampaknya kawan-kawan Tedi semakin mengganas. Jika sebelum ini Obor-obor berjaya menakluk loji tenaga nuklear , kini manusia mulai menemui rahsia kekebalan Sang Anai-anai. Anai-anai kini semakin bijak. Siaplah kaum manusia. Rupa-rupanya Sang Anai-anai membina sarang mereka daripada najis mereka sendiri! Taktik ini membantu mereka menghasilkan sarang yang mempunyai bakteria baik . Hasilnya sarang mereka melindungi mereka dari serangan racun serangga kerana bakteria baik ini menghapuskan sebarang mikrob (hidupan seni)  yang mengancam Sang Anai-anai. Keadaan ini menjelaskan mengapa manusia gagal dalam percubaan mereka menghapuskan Anai-anai menggunakan senjata biologi dalam tempoh 50 tahun ini. Anai-anai merupakan serangga kecil yang berterusan mengancam hidup manusia. Mereka berupaya membina sarang jauh di bawah tanah yang boleh menjangkau 150 meter melalui sistem terowong yang komple...

Fantasy Jungle Food.. Tedi datang..

Imej
Mommy sedang menyiapkan cenderahati tetamu untuk majlis perkahwinan Mak Lang. Kali ini kami nak terjah Fantasy Jungle Food pula. Teddy tak tahulah sama ada benda tu betul disebut cenderahati, tapi Mommy panggil door gift . Kalau kawan-kawan Tedi yang duk di Amerika Syarikat biasalah kot sebut door gift ni. Tedi sebagai beruang Malaysia cukuplah sebut cenderahati, kan? Takkan nak sebut hadiah pintu pula kan? Nampak sangat terjemahan langsungnya ( direct translation) nanti. duniaitu: 'Hadiah istimewa' di muka pintu.   Tak mahulah nanti Tedi disampuk oleh Usop Welcha dengan nasihat, "itulah pentingnya English education." Jadi, Tedi nak jadikan cerita, Mommy minta Tedi cari di manakah tempat paling bagus untuk dapatkan makanan ringan (jajan) yang murah-murah (kalau bukan tersangat murah). Mommy kata nama tempat itu adalah Fantasy Jungle Food . Mommy dah cari siap-siap, Tedi cari peta je.. hehe.. (Maaf cakap, Mommy tak reti baca peta.. hik hik.. t...

Prev Next

Popular