Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Mummy Kena Denggi

Karangan ini adalah berkenaan Mummy yang menghidap demam denggi ketika ini. Topik-topik yang ada dalam karangan ini adalah seperti:  Kenapa Platlet Darah Merosot Semasa Demam Denggi? ,  Bagaimana Tingkatkan Bilangan Platlet dengan Cepat? ,  Perubatan di rumah untuk tingkatkan platlet , dan  Adakah buah Kiwi menaikkan bilangan platlet? . Kronologi Serangan Demam Denggi ke atas Mummy Mummy telah disahkan menghidap denggi setelah pemeriksaan darah dilakukan di Nilai Medical Centre pada jam kira-kira 11 malam hari Ahad, 24 Ogos. Mummy ke sana setelah mengalami gejala keletihan akibat demam yang dihidapinya bermula 21 Ogos 2019 iaitu hari Rabu. Sebelum itu pada hari Jumaat, Master membawa Mummy ke Klinik Siti Kota Warisan untuk diperiksa. Doktor kata Mummy demam biasa sahaja. Pada hari Sabtu demam Mummy sekitar 37 darjah Celcius sahaja, tapi Mummy kata dia sangat penat . Master bertanya kepada jiran-jiran setaman dan mula syak bahawa Mummy kena demam Denggi atau Inf...

Dinosaur baru, Nasutoceratops Titusi ditemui di Utah

Imej
Apabila terbaca mengenainya, Tedi pasti Tedi akan mengharungi satu hari yang panjang. Bukan senang nak jumpa spesies dinosaur baru. Hari ini macam rasa dapat hadiah apabila terbaca satu artikel mengenai penemuan dinosaur terbaru ni. Seharian juga Tedi membaca artikel-artikel yang berkaitan. Nak hadamkan semua & kemudian menaip kiriman ini mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu. Serba sedikit mengenai Nasutoceratops Titusi: Maksud nama: Nasutoceratops Titusi: Nasutoceratops - muka bertanduk dan berhidung besar. Titusi - nama ahli paleontologi ( Alan Titus ) dari Grand Staircase-Escalante National Monument . Beliau merupakan ahli paleontologi yang merangkumi kawasan di mana fosil itu ditemui di selatan Utah. Juga digelar " Dinosaur Syaitan " kerana punyai tanduk panjang. Dikatakan sepupu kepada Ceratopsid yang popular iaitu Triceratops . Ceratopsid adalah kumpulan dinosaur yang ada tanduk di kepala dan perisai/duri di badan mereka. Ciri-ciri:...

Popcorn tingkatkan kekebalan terhadap iklan

Imej
Makan bertih jagung (popcorn) ketika menonton wayang seolah menjadi satu tradisi. Tak sangka aktiviti ringkas seperti mengunyah bertih jagung boleh menghindarkan manusia daripada dipengaruhi iklan. Oleh itu kepada para pelajar janganlah sibuk mengunyah ketika belajar. Kenapa? Kenalah baca artikel di bawah sampai habis. Begitu juga dengan aktiviti mengutuk bilangan iklan yang terpaksa ditonton sebelum wayang bermula. Kini terdapat satu kajian yang dijalankan para penyelidik Cologne University mungkin boleh memberi khabar gembira kepada semua penonton wayang tegar. Penemuan mereka yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Psychology , menunjukkan bahawa mereka yang mengunyah bertih jagung semasa iklan ditayangkan takkan terpengaruh oleh iklan tersebut. Teori yang digunapakai adalah: Bibir dan lidah manusia secara automatik meniru / mengulang sebutan sebarang nama baru apabila mereka mendengar ia disebut. Kemudian tanpa sedar sebutan itu diulang-ulang manusia. Aktiv...

Pintasan Ctrl+Alt+Del adalah satu kesilapan

Imej
--- iklan teks -- Felda Residence Trolak Pakej team building  RM 195 /pax ( 2 hari 2 malam) termasuk makanan dan aktiviti luar Pakej seminar RM 115 /pax (2 hari 2 malam) termasuk makanan dan dewan Hubungi 054388687 . Tertakluk kepada terma dan syarat. --- iklan teks -- Pengguna komputer yang beroperasi di atas sistem operasi Windows pasti pernah bertemu dengan Skrin Biru Kematian. Skrin Biru Kematian (Blue Screen of Death) merujuk kepada skrin biru yang dipaparkan Windows apabila mengalami masalah kritikal. Selalunya para pengguna akan menekan kekunci Control+Alt+Delete serentak. Pintasan ini popular untuk memaparkan Task Manager  pada Windows. Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa kita perlu menekan 3 kekunci dan bukannya hanya 1? Kenapa Microsoft tidak wujudkan 1 kekunci khusus? Semasa berucap di Harvard pada minggu lepas, pengasas-bersama Microsoft, Bill Gates mengakui ia adalah satu kesilapan. "Kami mahukan 1 kekunci, namun lelaki...

Serangan kucing perliharaan sebabkan 3 orang dimasukkan ke hospital di California

Imej
Terkejut Tedi membaca berita ini. Bagaimana seekor kucing perliharaan yang tentunya manja selama ini tiba-tiba boleh menyerang tuannya? Kejadian berlaku di Roseville, California apabila seekor kucing berusia setahun setengah bernama Khat telah menyerang keluarga pemiliknya, iaitu si ibu, saudara perempuan dan saudara lelaki berusia 10 tahun. Saudara perempuan pemilik mengalami kecederaan muka, si ibu cedera kaki dan tangan, manakala adik lelaki pemilik mengalami kecederaan dalam pada bahagian kaki. "Khat melompat dan seolah-olah melekat pada kakinya" - jelas pemilik kucing tersebut mengenai serangan Khat ke atas adik lelakinya itu. Bomba terpaksa menangani kejadian itu dengan menyelimuti Khat dengan selembar selimut sebelum menggunakan besi untuk memaksanya masuk ke dalam sangkar. Mereka menyatakan bahawa itu adalah kejadian pertama seumpamanya. ~ 21 April 2014 ~ Sumber: California house cat attacks, sends 3 people to hospital.

Konfigurasi Remote Debug Intellij Idea Community

Imej
Cara tetapkan debug untuk remote debug aplikasi java dalam intellij idea

Prev Next

Popular