Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Aidan 57 hari

Imej
Gambar Aidan semasa berusia 57 hari Friday, 19 July 2019, 22:20 | IMG_20190719_221957-COLLAGE.jpg | Xiaomi Redmi Note 5A

Koleksi penabur lada sulah & garam

Imej
Bekas penabur garam Vintaj Percival Duffin's berwarna kuning dan bekas penabur lada sulah vintaj Elton Kirby's berwarna hijau tua. Dibuat daripada tin. Warna yang amat bersesuaian dengan diri Master yang menyokong pasukan bola sepak Kedah Darul Aman atau dikenali sebagai skuad Helang Merah. Terjumpa koleksi penabur lada sulah dan garam melalui Bing.com, rasanya menarik untuk dikongsi. Tak boleh nak beli dan simpan sama ada kerana tidak cukup wang atau tidak cukup ruang, tatap gambar pun cukuplah, kan? Bekas penabur lada sulah dan garam berbentuk Anjing Mini Schnauzer berwarna hitam dan putih. Tidak sesuai untuk kegunaan keluarga muslim.   Bekas penabur garam dan lada sulah Kaca Turquoise, sangat comel dilihat, tapi lama-lama nampak macam biasa-biasa sahaja.   Botol penabur lada sulah dan garam berbentuk Ayam Betina Vintaj sedang duduk atas pasu.   Bekas penabur lada sulah dan garam inspirasi Buah-buahan Itali. Sebotol tertera perkataan Toscana manakala sebotol lagi terter...

Jebat itu Kasturi?

Imej
Semua orang Melayu mesti tahu bahawa kasturi itu adalah sesuatu yang berbau harum. Dan Hang Kasturi adalah salah seorang pahlawan Melaka yang terkenal. Ironinya, apabila Tedi periksa maksud Jebat, ia dihampirkan kepada Kasturi, kerana Jebat juga adalah sesuatu yang harum. Ini terdapat pada nama Musang Jebat yang menghasilkan bau kasturi, sekaligus dipanggil juga Musang Kasturi, Tidak hairanlah nama pahlawan yang menentang Hang Tuah disebut Hang Jebat dalam satu naskah, manakala disebut pula Hang Kasturi dalam satu naskah. Sifat yang sama pada nama tersebut mungkin sahaja mengelirukan penulis? Bagaimana boleh keliru jika ia adalah kisah sejarah? Mungkinkah kerana mereka sebenarnya adalah insan yang sama? Atau adakah kerana mereka adalah watak yang direka? Atau kerana naskah sejarah itu sendiri bukan catatan sejarah sebenar yang mungkin ditulis kemudian dari zamannya? Musang Jebat atau Musang Kasturi atau Malay Civet adalah sejenis musang yang sukakan durian. Nama saintifi...

Badak Sumbu Hitam (Western Black) diisytiharkan pupus.

Imej
Hampir seminggu Tedi tak mencoret dalam interpretZZ, dan kini Tedi membawa berita sedih buat semua makhluk di dunia. Selamat jalan wahai kawan. Semoga bertemu di syurga nanti. Hari ini merupakan hari dukacita bagi semua pencinta alam. Ini adalah kerana Badak Sumbu Hitam ( Western Black rhinocerous / West African black rhinocerous ) atau nama saintifiknya Diceros bicornis longipes secara rasminya diisytiharkan telah pupus dari muka bumi oleh International Union for Conservation of Nature . Kali terakhir kawan Tedi itu dilihat adalah pada tahun 2006. IUCN kata kepupusan mereka ini dapat dielakkan jika kaedah pemeliharaan yang sempurna dilaksanakan. Badak sumbu lain turut terancam Tidak cukup dengan berita kepupusan Badak Sumbu Hitam ( Western Black) , laporan mereka juga turut menyebut beberapa nama lain yang terancam. Mereka ialah Badak Sumbu Putih Afrika dan juga Badak Sumbu Sumatera (setahu Tedi hanya tinggal kurang 100 ekor di Malaysia dan Indonesia) yang kin...

Sang Gajah memijak mati seorang manusia.

Imej
Seekor kawan Tedi, Sang Gajah telah memijak mati seorang pemburu haram di Zimbabwe. Pemburu haram itu menceroboh masuk ke kawasan perlindungan gajah2 di safari Charara & cuba menembak Sang Gajah. Sang Gajah yang tidak bersalah ini pun mahu dijadikan mangsa. Entah apa-apa la kaum manusia ni? Apa nak jadi dengan kaum manusia? Tak habis2 nak menyusahkan kaum haiwan? Jurucakap kepada Sang Gajah melaporkan keadaan beliau selamat2 sahaja sambil memaklumkan kaum manusia takkan mengambil tindakan ke atas beliau kerana tindakannya itu adalah untuk mempertahankan diri daripada kerakusan manusia. Tak percaya? Baca sendiri: http://www.inquisitr.com/661506/elephant-tramples-suspected-poacher-to-death/ 15 Mei 2013 07:30 

Watak Iron Man baru dipegang seorang gadis

Imej
Tempat  Tony Stark sebagai  Iron Man akan diambil alih oleh seorang gadis kulit hitam bernama Riri Williams. Riri adalah seorang pelajar genius di  MIT yang baru berusia 15 tahun. Dia telah membina sut Iron Man sendiri di universitinya menyebabkan Tony Stark tertarik kepadanya. Riri Williams seterusnya mengambil tempat Tony Stark dalam siri komik bary bertajuk Invincible Iron Man. Pencipta dan penulis siri Iron Man, Brian Michael Bendis menyatakan bahawa dia mahu mencipta versi moden dalam cerita superhero. Dia berasa bahawa kisah sworang gadis muda yang hidupnya dipenuhi tragedi tapi berjaya ke kolej adalah sesuatu yang memberi inspirasi. Michael Bendis juga mahu memberikan kaum wanita lebih banyak wakil di dalam komik. Keputusan Marvel untuk menggantikan watak Tony Stark dengan Riri Williams menyebabkan 2 kem peminat Iron Man terbentuk. Ada yang tidak sabar dan gembira menerima kehadiran Riri Williams. Ada juga yang mengecam kerana Riri patut menjadi Iron Wom...

Malam di Dubai

Imej
Keindahan malam di Dubai yang disogokkan melalui pembinaan bangunan-bangunan yang indah mahupun pelik.

Pahang tak benar guna 25 perkataan bersumber Islam

Imej

Hafizh Syahrin akan dapat swingarm karbon pada perlumbaan Jerman

khabarnya Hafizh Syahrin akan menggunakan swingarm karbon untuk perlumbaan MotoGP Jerman nanti. Kawan-kawan KTM-nya telah menggunakan swingarm karbon tersebut dan mula menampakkan kemajuan. Jika kawan-kawan tak tahu, penunggang motosikal jenama KTM bergelut untuk mendapatkan mata pada musim ini. Salah satu puncanya dikatakan rangka motosikal KTM ni keras dan tak sesuai untuk ambil selekoh. Diharapkan penggunaan swingarm karbon ni akan membantu penunggang motosikal KTM mengambil selekoh dengan lebih baik sekaligus membantu mereka mendapatkan mata kemenangan. Hafizh Syahrin will be the next recipient of the carbon fibre swingarm for his KTM RC16. The change will take place at the German MotoGP round in Sachsenring.   It’s no secret that Hafizh is finding it difficult to adapt to the KTM after his Tech 3 team switched over from Yamaha to the Austrian manufacturer. Hafizh is not alone in his suffering, though. His ex-teammate and two-time Moto2 champion Johann Zarco is also facing...

Puasa Dulu, Baru Raya!

Imej
Akhirnya Ramadhan yang dinanti telah tiba lagi. Betulkah Ramadhan ini dinanti-nantikan? Kalau tengok gaya biasa-biasa je tu, mungkin tidaklah ye? Tak mengapalah, yang penting umat manusia beragama Islam di bumi Malaysia yang masih hidup ketika ini nampaknya hampir sempat menjejak Ramadhan 2013, tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi. Tedi pun malaslah nak cerita panjang sebab masih dalam mood merajuk lagi. Ada komen yang tak berjawab, mungkin nanti Tedi sambung jawapannya dalam kiriman yang lain pula. Hari ini Tedi nak kongsi 1 nasyid mengenai puasa wajib Ramadhan yang didendangkan oleh munsyid yang tersohor, kumpulan Raihan. Sebenarnya ada banyak nasyid Ramadhan yang Tedi minat tapi Tedi kongsikan yang ini kerana ia sangat sesuai untuk anak-anak kecil.  Niat puasa sahaja disebut banyak kali sehinggakan kita mudah hafal. Tinggal ibu bapa ataupun penjaga ataupun cikgu-cikgi sahaja untuk dedahkan pula tulisan Arab bagi niat itu. Nasyid "Puasa Dulu Baru Raya...

Satelit Pegaso langgar serpihan roket S-14

Imej
Satelit nano Pegaso (Pegasus) milik Ecuador telah melanggar serpihan roket S-14. S-14 merupakan roket milik Soviet Union yang dilancarkan pada era Perang Dingin pada tahun 1985. Pegaso masih berada di laluannya, cuma mengalami kegagalan untuk berfungsi. Pegaso merupakan satelit pertama direka & dibina di Ecuador, telah dilancarkan menggunakan roket-tanpa-manusia dari utara China pada 25 April Bacaan lanjut: Satellite collides with Soviet-era rocket Ecuador satellite hits Soviet junk 25 Mei 2013

Kedah musnah impian FELDA United di Jengka

Yeah, Kedah menang jumpa Perak di perlawanan akhir Piala FA Malaysia. Walaupun sekadar menang aggregate, bolehlah daripada tiada. Ini laporan berita kemenangan Kedah yang dilaporkan oleh Harian Metro. IMPIAN FELDA United mengulangi pencapaian mara ke pentas final Piala FA musim lalu musnah biarpun menang 3-2 pada aksi separuh akhir kedua bertemu Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi. Keputusan itu menyaksikan skuad Lang Merah mara ke final dengan agregat 3-3 untuk bertemu Perak. Kedua pasukan mempamer aksi bertenaga sebaik wisel perlawanan ditiup pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin. Pasukan pelawat menguji skuad The Fighters m-4 melalui rembatan kencang luar kotak penalti penyerang import mereka, Fernando Rodriguez Ortega namun sekadar melewati penjuru kanan gol FELDA United dikawal Norazlan Razali. Keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti m-24 menyaksikan bola dirembat pemain Kedah terkena tangan pemain pertahanan FELDA United. Pengadil perlawanan tidak ter...

Prev Next

Popular