Bergerak ke Semporna
Kembara ke Pulau Mabul ini bermula apabila seorang kawan Master mengajak Master untuk mengikuti rombongan mereka. Seksyen: Terbang ke Lapangan Terbang Tawau | Bergerak ke Semporna dari Tawau | Tiba di Semporna Master kemudiannya memaklumkannya kepada Mummy, dan Mummy memaklumkannya kepada Mak Ngah Umie yang kemudiannya memaklumkannya kepada kawan-kawan beliau. Hasilnya kami membentuk satu rombongan yang memerlukan 2 buah van untuk melancong ke Pulau Mabul di Sabah. Tak banyak gambar yang Tedi pernah kongsikan dalam interpretZZ tentang aktiviti kami di Mabul, salah satu gambar yang interpretZZ kongsikan adalah melalui kiriman bertajuk " Biarkan dia dengan besinnya ", iaitu gambar anak Bajau Laut di sana. Terbang ke Lapangan Terbang Tawau Memandangkan kami dari Semenanjung Malaysia tentulah kena terbang atau naik kapal untuk ke Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo. Malangnya setakat ini gambar terawal Tedi temui adalah ketika kami dalam kapal terbang...