Dream Badminton di Kompleks Sukan Airport Nilai 2018
Karangan ini akan menceritakan mengenai: Court Badminton di Nilai , Harga Sewa Court Badminton Dream Badminton Nilai , Lokasi Kompleks Sukan Airport Nilai bagi tahun 2018. Court Badminton di Nilai Apabila kawan-kawan Master mengajak beliau bermain badminton, mereka akan mencari court badminton di Nilai di Negeri Sembilan. Ini adalah kerana Nilai merupakan kawasan bandar yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi, di mana BBST tidak mempunyai gelanggang badminton untuk disewa. Sebenarnya Tedi tidak pasti jika benar di Bandar Baru Salak Tinggi tiada dewan badminton. Mereka akan bermain selalunya di Dream Badminton Nilai yang terletak di tingkat 3 Kompleks Sukan Airport Nilai. Kompleks Sukan Airport Nilai ini kadangkala dipanggil Kompleks Sukan Nilai yang mana Tedi rasakan tidak sesuai kerana Kompleks Sukan Airport Nilai ini adalah di bawah pihak swasta. Kadangkala ada juga orang panggil Kompleks Sukan Airport Nilai ni sebagai Kompleks Sukan KLIA Nilai yang...