Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Lang Merah terbang tinggi di Darul Aman

Imej
ALOR SETAR - Kedah mempamerkan rentak sebenar apabila menjinakkan JDT 3-1 pada aksi kelima Kumpulan C Piala Malaysia 2018 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. Kedah berjaya berada di hadapan 1-0 seawal minit ke-6 menerusi gol Sandro Da Silva hasil sepakan sudut Baddrol Bakhtiar. Safawi Rashid memburu gol pada m-9 namun sepakan lencongannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Kedah, Abd Hadi Abd Hamid. Liridon (kiri) dan Sandro (dua kanan) masing-masing jaring gol untuk Kedah. Penyerang muda JDT itu berjaya menjaringkan gol pada m-18 namun dibatalkan oleh pengadil, Mohd Zohri Tajuddin berikutan ofsaid. Pelawat terus mengasak kubu tuan rumah dan melakukan percubaan menerusi Fernando Marquez namun ditampan oleh Abd Hadi menggunakan kakinya pada m-28. Usaha berterusan JDT membuahkan hasil apabila Marquez akhirnya menyamakan kedudukan 1-1 pada m-36 hasil lorongan cantik Safawi. Kedah kembali di hadapan 2-1 dua minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi Akhyar Rashid yang...

Aina di Koptown Hotel Kuala Lumpur

Imej
Malam ni Mommy kena deploy sistem baru yang merangkumi SST, sistem cukai terbaru untuk rakyat Malaysia yang diperkenalkan kerajaan. Deployment ini dijangka habis pada jam 2 pagi, satu rutin yang mungkin agak biasa bagi mereka yang bekerja di bidang IT yang terlibat dengan pelancaran sistem. Adalah tidak seronok untuk travel dengan bayi sejauh 50 kilometer pada awal pagi, maka kami memutuskan bahawa pilihan terbaik adalah untuk bermalam di hotel berhampiran pejabat Mommy.   Inilah Menara TM, bangunan terletaknya pejabat Mommy.   Ini pula bangunan KL Gateway yang boleh dilihat dari bangunan TM Annex.   Ini pula gambar bangunan TM Annex di mana deployment itu berlangsung. Inilah gambar lobi TM Annexe.   Gambar di luar Hotel Koptown yang kami inap pada malam ini. Di bawahnya ada Restoran Haslam.   Aina sedang berangan telefon Mommy. Badannya agak panas pada malam ini dan lidahnya luka sedikit.   Gambar Aina sedang membuat sepah dalam bilik ...

11 liter tangki motosikal berapa kilometer?

Imej
Setiap motosikal berbeza jarak boleh dilalui menggunakan satu liter petrol, ia bergantung kepada CC enjin motosikal tersebut. Sebagai contoh, bagi motosikal dengan CC: 100 CC : boleh bergerak sejauh 55 - 60 kilometer 150 CC : boleh bergerak sejauh 40 - 45 kilometer 200 CC : boleh bergerak sehingga 20 - 25 kilometer 250 CC : boleh bergerak sehingga 15 - 30 kilometer Jadi bagi motosikal dengan tangki 11 liter yang Tedi tahu ada di Malaysia ni: Kawasaki Ninja 250 SL Kawasaki Z 250SL Naza N5 (dikatakan mampu capai 29.9 kilometer per liter) Naza N5R (dikatakan mampu capai 27.7 kilometer per liter) Keempat-empatnya adalah 249CC. Jadi jarak minimum boleh dicapai ialah 15 kilometer dan maksimum 30 kilometer per kilometer. Jika tangki penuh jarak minimum ialah 165 kilometer dan maksimum ialah 330 kilometer. Tetapi ini semua bergantung juga kepada cara tunggangan, tekanan tayar, penggunaan gear, dan penyelenggaraan. Rujukan: https://pandulaju.com.my/10-sportbike-paling-jimat...

Full Laa Mak Cafe Taman Seroja BBST

Imej
Pengenalan Full Laa Mak Cafe adalah sebuah kedai makan di Taman Seroja yang sediakan masakan panas. Tedi selalu silap eja nama kedai makan ni jadi Fulamak Cafe. Kedai makan ni menyediakan menu yang namanya pelik-pelik. Tapi jika anda nak makan masakan biasa saja boleh terus tanya tuan kedai. Full Laa Mak Cafe selalunya menjadi pilihan terakhir Master apabila kedai makan lain tutup. Ini adalah kerana liputan rangkaian telefon Celcom di sini tidak kuat. Sizzling Yee Mee Tak sangka pula ada Sizzling Yee Mee dalam menu masakan di sini walaupun kuahnya mungkin tidak sesedap sizzling yee mee yang Master pernah makan di kedai lain. 20 Aug 2018 22:02 | IMG_20180820_220225_HHT.jpg | 9.7 MP | 4160 × 2340 | 536 KB | Redmi Note 5A | Æ’/2.2 1/13 3.79 mm ISO3200   Peta lokasi Full Laa Mak Cafe

Selamat tinggal Klinik Neosurgeri HKL

Imej
Hari ini temujanji kami dengan Klinik Neosurgeri di Hospital Kuala Lumpur. Temujanji ini adalah temujanji susulan (follow up) untuk periksa keadaan keretakan tengkorak kepala Aina akibat kemalangan kereta pada 21 Disember 2017. Cerita di Tempat Letak Kereta Bertingkat HKL 14 Aug | Tue, 10:05 | IMG_20180814_100538.jpg | 9.7 MP 2340 × 4160 905.2 KB | Redmi Note 5A | Æ’/2.2 1/20 3.79 mm ISO800 | Kuala Lumpur Master tersilap letak kereta di tingkat 2 di Medan Letak Kereta Bertingkat di Hospital Kuala Lumpur. Setiap tingkat ada 2 tingkat, contohnya tingkat 2 ada 2 tingkat, tingkat 3 ada 2 tingkat juga, jadi ketika ini Master sangkakan sudah berada di tingkat 3 tetapi baru di tingkat 2. Ketika itu sudah jam 10 pagi jadi parking bertingkat tersebut sudah penuh, nasib Master baik kerana sebuah kereta keluar parking ketika beliau melewati petak letak kereta tersebut. Ada seorang pakcik yang kelihatan basah dek peluh dan cemas kerana sangkakan keretanya telah hilang, tetapi dia s...

Memahami Konsep Hibah

Imej
Hartanya ada satu sahaja. Sebuah rumah di kampung. Anaknya pula empat orang. Siapakah bakal mewarisi? Ada yang berkata, dia memilih semua anaknya mendapat rumah itu. Kongsi-kongsilah empat beradik, bila balik kampung ada rumah untuk menginap. Namun, empat beradik itu bukan anak kecil lagi. Mereka sekarang sudah ada keluarga sendiri. Rumah yang dahulu menjadi tempat membesar kini tidak lagi selesa dihuni. Anak mula jarang pulang kerana tidak ada yang mengambil tanggungjawab menjaga rumah itu. ‘Takkan saya sahaja yang nak jaga rumah. Rumah ini milik semua.’ Itu kata seorang anak yang sudah bosan kerana hanya dia yang mengeluarkan wang membaik pulih rumah tua. Hendak diduduki, ada yang membantah kerana ia disifatkan milik semua. Kerosakan rumah semakin besar dan mereput. Ia ditinggalkan dan akhirnya rumah itu tidak dikunjungi lagi kerana masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab. Ada yang mahu, tidak berani pula kerana ia rumah pusaka, di atas geran tercatat semua n...

Aina di Taman Botani Putrajaya

Imej
Gambar Aina di Taman Botani Putrajaya. Ketika ini ada reunion kawan-kawan mommy ketika bersekolah menengah di taman tersebut. Aina banyak berjalan dipimpin Master, dan pada waktu malamnya Aina semakin rajin berdiri sendiri. Aina muntah dua kali juga ketika di taman tersebut. Gambar Aina sedang duduk atas tikar biru mengalas rumput ketika majlis perjumpaan semula Mummy dan kawan-kawan beliau ketika bersekolah menengah di Kelantan dahulu. # Umur Aina ialah 1 tahun 5 bulan dan 23 hari mengikut kalendar Masihi. # 12 Ogos 2018 jam 13:09 petang hari Ahad # IMG_20180812_102345 20180812 201808 # Kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A # Lokasi: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya, WP Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya   Gambar Aina sedang mengintai air tasik di Taman Botani Putrajaya. # Umur Aina ialah 1 tahun 5 bulan dan 23 hari mengikut kalendar Masihi. # 12 Ogos 2018 jam 13:09 petang hari Ahad # IMG_20180812...

Newcastle sambar Muto

Imej
NEWCASTLE United sah menandatangani penyerang Jepun, Yoshinori Muto dari Mainz menerusi kontrak selama empat tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini. Newcastle minggu lalu menyatakan sudah mencapai persetujuan dengan kelab Bundesliga itu. Perpindahan Muto lengkap hari ini selepas dia memperoleh permit kerja. "Saya amat berbangga dapat beraksi bersama kelab sebesar ini," kata Muto yang muncul pemain Jepun pertama menyertai Newcastle. Media British melaporkan nilai perpindahan Muto adalah sekitar AS$12.40 juta (RM50 juta). "Saya berharap dapat meraih keputusan yang baik. Sebab itu saya mahu berada di sini. Saya juga mahu beraksi dengan baik dan berada dalam sejarah Newcastle," katanya. Muto, 26, adalah pemain keempat yang menyertai Newcastle selepas kelab itu mendapatkan penjaga gol, Martin Dubravka; pemain tengah, Ki Sung-Yueng dan pertahanan, Fabian Schar. Newcastle akan memulakan kempen liga dengan menerima kunjungan Tottenham Hotspur di St Jam...

Popular