Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Nyahtoksin bulan Ramadhan 5

Perkongsian yang baik daripada group Whatsapp Master . Siapa yang menulis kiriman ini tidaklah Tedi ketahui kerana tidak dinyatakan daripada mana sumbernya. Detox Ramadhan 5 Esok kita mula berpuasa. Ini fasa pertama puasa.  Malam ini kita solat terawih dan awal pagi esok kita bersahur. Apa yang nak dimakan untuk sahur nanti ?  Ada yang sudah beli bekalan mee segera . Ada yang sudah beli cereal dalam paket .  Ada yang beli telur lebih sedikit untuk goreng semasa sahur .  Ada juga bersiap sedia nak masak  nasi dengan lauk pauk untuk suami tercinta yang takut akan lapar semasa berpuasa jadi akan makan sebanyak yang boleh dengan makanan sama seperti makan tengahari .  Apa yang baik ye? Amalan saya untuk sahur adalah memakan yang ringan dan senang hazam. Kadang kala hanya beberapa biji korma dan minuman susu kambing atau campuran chia seeds baobab,  dan al manna campur  madu. Lagi banyak makan, lagi cepat lapar. Kalau nak makan buah, makan buah sebe...

Mommy dan Aina tiba dari Kota Bharu

Imej
Sekarang jam 08:16 tarikh 12 Mei 2018. Tedi dan Master sedang berada di Balai Ketibaan atau dalam Bahasa Inggeris disebut Arrival Hall di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Walaupun namanya Kuala Lumpur International Airport, ia sebenarnya terletak dalam daerah Sepang di negeri Selangor yang tiada kena mengena dengan Kuala Lumpur. Cuma kalau Kuala Lumpur pun orang luar tidak berapa tahu di mana, apatah lagi jika dinamakan dengan nama Sepang? Tedi dan Master menunggu di luar Balai Ketibaan berhampiran dengan kaunter Airport Taxi. Tadi ada dua orang penumpang dari China bertanyakan sesuatu di kaunter Airport Taxi tersebut. Tampak mereka telah silap lapangan terbang di mana sepatutnya mereka ke KLIA2. Tapi staff di kaunter tampak sulit nak menjelaskan kepada mereka kerana pelancong itu tak fasih Bahasa Inggeris. Mungkin KLIA kena letak Kaunter Informasi berhampiran kawasan ini dengan kakitangan yang fa...

Buka Puasa di Avillion Port Dickson

Imej
Tedi tak suka buffet Ramadan kerana bagi Tedi ia adalah suatu bentuk pembaziran di mana kita berbelanja untuk sesuatu yang tidak perlu. Tapi Tedi faham ada syarikat yang mahukan pakej berbuka buffet Ramadhan untuk menghargai para pekerja mereka. Berita baik bagi mereka yang berada di sekitar Port Dickson kerana mereka ada pakej buffet Ramadhan yang dinamakan Nostalgia Ramadan. Ia adalah pakej berbuka dalam suasana kampung. Mungkin fokusnya adalah masakan tradisional Melayu. Pakej dewasa adalah berharga RM 75 ( tujuh puluh lima Ringgit Malaysia), manakala untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun perlu membayar RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia). Masa makan adalah dari jam 7 malam sehingga 10 malam, sudah pasti kena tunggu dulu waktu Maghrib sebelum suap makanan tapi dah boleh ambil makananlah pada waktu itu. Mengenai masakan di Avillion Port Dickson, kawan Master kata tak sedap. Tedi tak biasa makan Di hotel tapi bagi Tedi makanan seperti nasi goreng dan mi goreng di Avillion Port D...

Prev Next

Popular