Master update resume
27 Mac 2018: Kemaskini CV Master mula kemaskini dan hantar resume kepada sebuah syarikat di Cyberjaya. Adakah Master akan bekerja di Cyberjaya selepas ini? Entahlah... Apa yang penting pada masa sekarang ni ialah update resume dan hantar sahaja kepada mana-mana job opening yang bersesuaian, mungkin di Cyberjaya dan Bangsar South. Semalam ada job hunter tanya Master jika berminat untuk bekerja di Mont Kiara... macam jauhlah pula... Dua Jumaat Lalu Pada dua minggu lepas semasa dalam perjalanan ke Masjid Ar-Rahah untuk menunaikan solat Jumaat, Master sempat berbual dengan seorang pakcik yang tidak dikenali. Perbualan itu berlaku dalam sebuah lift. Pakcik itu adalah pekerja Amway bahagian kewangan. Master tanpa segan silu bertanya jika ada kerja kosong di AMWAY. Pakcik tu kata ada.. memang ramai diperlukan, dan ada email dalaman syarikat AMWAY meminta para pekerja mereka mencadangkan sesiapa sahaja untuk bekerja. Bagi jawatan yang sesuai dengan Master, lokasi pejabatnya adalah ...