Beli kad TNG TN50 guna kad Touch 'n Go
Hari tu Mommy beli kad terhad Touch 'n Go TN50 di TNG CEC di Bangsar South. Kad TNG TN50 adalah kad Touch 'n Go edisi khas untuk meraikan program Transformasi Nasional anjuran kerajaan Malaysia. Tapi pada masa itu Mommy tertinggal beg duitnya di pejabat. Apa yang Mommy ada hanyalah sekeping kad TNG edisi khas 20 Tahun Touch 'n Go yang kami perolehi semasa tukar kad TNG 1Malaysia yang telah tamat tempoh . Master kata kepada Mommy bahawa di TNG CEC di Bangsar South tiada urusan bayaran menggunakan wang tunai dibenarkan, jadi Mommy hanya boleh bayar menggunakan kad debit, kad credit, atau gunakan kad Touch 'n Go itu sendiri. TNG CEC adalah pusat khidmat pelanggan yang nama penuhnya adalah Touch 'n Go Customer Experience Centre. Ia terletak di The Sphere menggantikan TNG Hub Bangsar South yang ditutup kerana The Sphere diubahsuai untuk menempatkan lebih banyak unit kedai untuk disewakan. Ketika Master beli SmartTAG di situ tahun lepas, dia tak dibenarkan mengguna...