Tiada limau nipis, limau kasturi pun okay
Ini bukanlah satu peribahasa, tetapi situasinya memang tepat dengan peribahasa " tiada rotan, akar pun berguna ". Jika tidak dapat sesuatu yang menjadi pilihan utama, dapat yang alternatif pun jadilah, asalkan ia dapat membantu walaupun bukan pada tahap optimum. Alkisahnya Master sedang batuk-batuk. Terasa ada kahak di dada. Batuknya pula selalunya terasa kering. Master selalu ambil madu lebah, tetapi kesannya sementara. Jadi Master nak minum pula air jus buah limau nipis campur madu kerana gabungan kedua-dua bahan ini akan menjadi satu pelindung semulajadi dalam tekak apabila diminum. Malangnya dalam peti sejuk tiada buah limau nipis, manakala pokok limau nipis di luar rumah tidak berbuah. Apa yang ada dalam peti ais kami hanyalah buah limau kasturi yang ditinggalkan Tok Ma dan Tok abah. Limau kasturi ni memanglah sedap dibuat air tetapi untuk minum sejukkan tekak. Tok Abah gunakan belahan buah limau kasturi ni semasa mandi. Di samping mewangikan ia boleh ubati kelemu...