Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Aina dicukur rambutnya

Imej
Mencukur rambut bayi, ditimbang, dan disedekahkan dengan kadar emas seberat rambut bayi yang dicukur itu adalah satu perlakuan menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kehadiran cahaya mata, juga meniru contoh dari Rasulullah sollallahu alaihi wassalam. Ada yang memanggilnya sebagai cukur jambul di mana rambut bayi dicukur atau digunting jambulnya dalam satu majlis istimewa. Tetapi jika menurut teladan dari Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam, tidak hanya mencukur jambul, tapi dicukur keseluruhan rambut bayi. 26 April 2017, 17:03, Rabu - Aina minum susu sebelum dicukur rambut. Bayi perempuan berusia 2 bulan 6 hari. SONY ILCE-5000. Mungkin cukur jambul sebahagian itu hanya simbolik sahaja oleh tetamu yang hadir? Kerana bukan mudah untuk mencukur keseluruhan rambut bayi, jika mahukan tetamu itu mencukur keseluruhan rambut bayi, tentu sahaja majlis akan berlansung lebih lama! Tambahan mencukur rambut bayi bukannya senang, dan urusan mencukur rambut Aina dikendalikan oleh To...

Newcastle United naik liga

Imej
Tadi sekitar jam 2.30 pagi Master terkejut sebab bayi Aina menangis. Ironinya dalam mimpi Master sebelum terkejut tu dia mimpi pasal pujuk bayi menangis. Perkara pertama Master buat ialah tanggalkan bedung si bayi Aina tu sebab nampak sangat bayi Aina berpeluh dan badannya pun panas. Perkara kedua Master buat ialah bancuh susu formula Lactogen sebanyak 60 mililiter dan dua scoop setengah untuk bayi Aina sebab dia dah lama menangis, mesti haus punya. Lagipun apabila Master letak jari ke bibir bayi Aina, dia sibuk nak hisap jari Master tersebut. Selepas itu bayi Aina disendawakan, dan kemudian bayi Aina duk main-main seorang diri, senyum-senyum sendiri, mata cerah tak mahu tidur. Akhirnya bayi Aina tidur juga, tapi sebelum tu dia muntah susu dua kali. Jadi selepas bayi Aina tidur tu, Master selimutkan dia dan perhatikan dia sekejap takut dia tersedak susu. Bayi Aina tidur agak tidak lena sebab nampak macam hidung dia ada hingus. Master cuba cari alat sedut hingus tu tapi tidak ketemu...

Nor Aina 2 bulan 4 hari

Imej
24 April 2017, 14:57, Isnin Gambar Nor Aina semasa bayi berumur 2 bulan. Sarung tangan bayi, stoking bayi, di riba bonda. Sony D2533. Karangan kali ini akan menampilkan Nor Aina sebagai watak utama. Ketika ini Aina baru sahaja berusia 2 bulan dan 4 hari. Aina kenyit mata... apa pandang-pandang? ada hutang ka?

Nor Aina dan gaun denim dan headband pink

Imej
Ini semua adalah gambar yang diambil oleh Mommy pada 9 April 2017. Tedi tak tahu apakah function yang ada pada hari tersebut... Mungkin sahaja Mommy mencuba gaun denim biru dan ikat kepala pink ke atas Aina. Inilah sudut bilik tidur master di rumah kami, ada rak pakaian IKEA Brimnes yang Tedi swapasang sebelum ni , ada sofa yang tinggal satu sahaja dan tak tahulah apa nasibnya akan dibuang atau tidak, kalau nak dibuang pun, buang ke mana? Ada gambar plastik AEON, inner curtain warna coklat muda (kalau Tedi tak silap) dan ada juga jam dinding hijau muda. Inilah gaun denim dan ikat kepala pink buat Nor Aina yang baru berumur 1 bulan lebih. Bayi Nor Aina dengan pakaian jaket denim biru dan ikat kepala pink. Doktor sebenarnya tak bagi pakaikan head band tu sebab akan ganggu pengaliran darah bayi. aliran darah yang terganggu akan sebabkan kekurangan oksigen ke otak. Tedi sebenarnya tak tahu sama ada tu jaket denim atau gaun denim? Gaun kot? Gambar Nor Aina daripada dekat ji...

Kenapa Bayi Menangis?

Imej
Petang Ahad, 2 April yang lalu, Aina sampai dari Sungai Besar , dibawa oleh Tok Ma dan Tok Abah. Dia tidur sahaja pada waktu petang tersebut, sehinggalah ketika Master sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan dua pohon kurma di belakang rumah, Aina sibuk melalak. Master menghentikan kerja-kerja mengalihkan  pohon-pohon kurma untuk membancuh susu, manakala Mommy pula tak habis-habis merungut kenapa Master lambat siapkan susu formula si Aina. Tapi bila diberi susu si Aina ni macam tak mahu minum pula dah. Ditolaknya botol susu tersebut. Fenomena ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya apakah punca bayi menangis?

TMJ Khianati Bolasepak Malaysia

Imej
Tengku Mahkota Johor seperti mana diketahui rakyat jelata dan peminat bolasepak Malaysia kini adalah presiden Persatuan Bolasepak Malaysia. Berita ini adalah satu berita yang pada awalnya menggembirakan Tedi kerana Tedi adalah salah seorang peminat beliau dalam usaha memajukan bolasepak Malaysia, tatkala Tedi melihat ramai wakil dalam  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah orang yang hanya mahu menumpang nama dan glamour sukan bolasepak.

Perbelanjaan Petrol Tanpa Tunai Februari 2017

Imej
Sebelum ini Tedi ada mengirim jumlah belanja petrol keluarga kami pada bulan Januari 2017. Kali ini disenaraikan pula perbelanjaan petrol tanpa tunai keluarga kami pada bulan Februari pula. Pada bulan Februari 2017, Master telah mengambil inisiatif untuk melakukan pembayaran tunai bagi mengurangkan kebergantungan kepada kad kredit. selain itu Master juga mengelakkan pengisian petrol penuh bagi setiap tangki kereta-kereta kami.

Melayu itu bak lalang

Imej
Apabila memerhatikan tanaman bunga-bunga Mommy dan juga sayur-sayuran Master, Tedi selalu terlihat kelibat sejenis tumbuhan yang dipanggil lalang. Tedi mengkagumi tumbuhan lalang tersebut kerana ia sangat nekad dan degil.

Master Gagal Naik Pangkat

Imej
Kecewa Itu sahajalah perasaan Master pada hari ini, walaupun dia mengukir senyuman dan mengucapkan tahniah kepada kawan sepejabat di atas kenaikan pangkat mereka. Masih ada sedikit rasa ralat dalam jiwanya. Pada 22 Mac lalu, Master sedang mengejar tarikh akhir Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test) untuk sebuah sistem yang diwarisinya daripada teman sepejabat yang lain.

Popular