Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Kasut Adidas Performance Ligra 4 bagus untuk badminton

Imej
Ermm... sebelum ni Tedi ada bicara pasal kasut badminton terbaik dari ASICS iaitu kasut badminton Asics Gel Rocket 7 yang memang tidak dapat disangkal kehebatannya buat para pemain yang baru nak berjinak-jinak dengan arena badminton. Kali ini Tedi nak berbicara perihal satu kasut badminton daripada ADIDAS pula yang terkenal berbaloi dengan harganya untuk mereka yang mahu berjimat sedikit atau untuk mereka yang memang minat bebenor dengan jenama ADIDAS ni. Adidas Performance Ligra 4 adalah kasut bola jaring, namun ia dikira sebagai antara kasut terbaik dalam sukan badminton.

Makan di ThreePlates Cafe, Shah Alam

Imej
Pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada tarikh 4 Julai 2017 , Mommy dan Master telah berkunjung ke sebuah restoran yang dinamakan threeplates cafe . Mereka meninggalkan Tedi ke-seekor-an di rumah kerana Mommy kata Tedi perlu berdiet. Inilah cerita kembara mereka makan-makan jalan-jalan... Tedi ambil masa hampir 4 jam menyiapkan kiriman ini... moga bermanfaat.

Fakta Menarik 170303

Imej
Hari ini Tedi nak berkongsi beberapa fakta yang selama ini Tedi tiada pengetahuan mengenainya. Perbuatan menghantukkan kepala anda ke dinding boleh membakar 150 kalori sejam. Seekor kutu boleh melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Ia adalah seperti seorang manusia melompat sejauh padang bola! Ikan Keli mempunyai lebih 27000 deria rasa. Rama-rama merasa menggunakan kakinya. Otot terkuat pada tubuh badan manusia adalah lidah. Pengguna tangan kanan secara puratanya hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang kidal. Gajah adalah satu-satunya haiwan yang diketahui tidak boleh melompat. Kalau gajah boleh melompat, tak tahulah apa jadi... Kencing kucing akan berkilau di bawah cahaya lampu hitam. Mata Burung Unta atau Burung Kasawari adalah lebih besar berbanding otaknya. Tapak Sulaiman tidak mempunyai otak. Beruang Kutub adalah haiwan kidal. Jika seorang manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, dia boleh menghasilkan tenaga bunyi yang cukup untuk memanaskan secawan...

Huddle YES 4G: prestasi di Kelantan dan Gerik.

Imej
Ramai bertanya macam mana aksi YES 4G di Kelantan? Apa pula tanya Tedi? Tanyalah para penjual YES 4G di cawangan yang berdekatan. Hehehe. Menjawab soalan itu tentunya agak sukar dan bias kerana ia bersifat umum. Namun Tedi beritahu jugalah pengalaman Tedi menggunakannya di kampung Mommy itu pada Hari Raya Puasa 2013 yang lalu. Prestasi baik di Wakaf Bharu. Semasa di Wakaf Bharu, pada awal percutian, aksi YES 4G sangat memuaskan apabila huddle YES 4G mempamerkan warna hijau. LED warna hijau ini nak dapat di Desa Mentari pun susah tau. Kalau di Sepang pula, selalunya warna kuning. Namun kemudian apabila mulanya raya, LED mula bewarna kuning dan kadangkala merah. Tiada network di sekitar Rantau Panjang dan Panglima Bayu. Ketika di sekitar kawasan ini, LED berkelip warna merah. Nampaknya memang tiada rangkaian YES 4G di kawasan ini? Tiada network di sekitar Lebuhraya Timur Barat Ketika dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik, memang tiada network terus. Tapi tak tahulah di kawasan...

Kelly La Rue: Apakah Kesan Tembakan Peluru Kapal Perang ke atas Kereta Kebal

Imej
Peluru bersaiz 16" akan mewujudkan kawah 50 kaki lebar dan 20 kaki dalam di mana jarak tembakan adalah tidak relevan. Sebagai contoh peluru MK. 8 APC (Armor-Piercing, Capped) mempunyai berat 2700 lb dan telah direka untuk menembusi perisai keluli keras yang dipasang pada kapal perang asing.

Prev Next

Popular