Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Google Maps lebih bersih dan paparkan tempat-tempat menarik

Imej
Google telah mengemaskini aplikasi Google Maps until menjadikannya lebih mesra pengguna dan lebih menarik secara visual. Dalam version terbaru ini Google telah membuang beberapa elements seperti garisan luar jalan untuk memberikan Google Maps rupa yang lebih bersih. Google mendakwa perubahan itu memudahkan pengguna melihat maklumat trafik. Satu lagi ciri terbaru adalah 'areas of interest' atau tempat tumpuan yang akan memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang sedang mempunyai banyak aktiviti, serupa seperti ciri pemberitahuan maklumat kesesakan jalan. Kawasan yang banyak aktiviti akan diwarnakan Oren (jingga) manakala kawasan selebihnya akan diwarnakan dengan warna lain.  

IKEA Brimnes drawer siap

Imej
Wah, mengantuk sungguh Tedi ketika ini setelah berhempas-pulas memasang drawer 4 tingkat dari siri Brimnes yang Mommy beli di IKEA Cheras pada hari Sabtu yang lepas. Ni belum siap sepenuhnya lagi kerana ada dua laci lagi belum dipasang pemegang. Kerja-kerja pemasangan kami mulakan pada malam sebelum semalam sehingga jam 4 pagi semalam, sebelum kami sambung pada malam semalam sehinggalah pagi ni. Tedi mengantuk ni pun sebab semalam tidak cukup tidur, itu je lah. Sambil tu sempat juga Tedi mengumpul monster dalam Summoners War. Dua makhluk terbaru yang sempat Tedi evolve adalah Baretta dan juga Ramira, di mana kedua-duanya adalah resepi fusion untuk satu makhluk baru. Okaylah, Tedi nak turun ke dapur untuk mencari apa makanan boleh ditelan.

Kencing kuning pekat selepas berlari 10 kilometer

Fuh, dahsyat betul. Tadi semasa buang air kecil, Tedi dapati kencing Tedi berwarna kuning pekat seperti air teh O dengan teh direndam lama, pekat sampai kecoklatan. Lama Tedi tak jumpa keadaan sebegini. Mengikut kajian Tedi, fenomena kencing kuning pekat itu mungkin disebabkan kekurangan badan dalam air setelah badan Tedi kehilangan air dalam larian TM Fan Run 2016 semalam. Semalam adalah percubaan pertama Tedi lari sejauh 10 kilometer dalam larian rasmi, semuanya kerana Tedi nak ada catatan masa rasmi menggunakan alat rekod masa pihak penganjur pertandingan secara elektronik yang hanya ada pada larian 10 kilometer dan 21 kilometer. Rasa nak mati jugalah semalam selepas sekian lama berehat dari dunia larian. Langkah atau pace Tedi pun jauh berbeza iaitu 8 minit per kilometer, di mana selalunya Tedi dapat capai bawah 8 minit. Berkenaan dengan kencing kuning pekat yang semakin pekat selepas Tedi tidur semalaman, mungkin ia adalah bahan buangan yang diproses badan Tedi semasa Tedi ti...

Pecah rumah Taman Dahlia, BB Salak Tinggi

Rumah kawan sepejabat kepada jiran Master kena pecah. Lokasi di Taman Dahlia di atas bukit berhadapan dengan Sekolah Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, dan 2 buah rumah lain. Suspek pencuri berbangsa Melayu, dan mereka survey rumah untuk dirompak dengan menyamar sebagai pencuci longkang Majlis Perbandaran Sepang. 20160713

Tak pernah hayati suria terbit di pantai Terengganu

Imej
Terengganu adalah negeri yang indah dengan pesisiran pantai yang memanjang dari Kemaman sehingga Kuala Terengganu. Bertuah juga ada kampung di daerah Marang yang terletak berhampiran dengan pantai. Kuala Marang pula adalah lokasi terletaknya jeti ke Pulau Kapas dan Pulau Kerengga, dua buah pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti. Bagi peminat aktiviti memancing dan mencandat sotong di lautan biru, Marang juga menjadi tumpuan mereka. Selalunya apabila kami bercuti atau melancong di kawasan pulau atau di tepi pantai, aktiviti yang akan kami kejar ialah melihat mentari terbit. Ironinya apabila kami berada di kpung yang telah mempunyai ciri-ciri yang kami kejar selama ini, tidak pula kami melakukannya. Mengejar matahari terbit di pantai Marang, Terengganu mungkin akan jadi impian Tedi selepas ini. Mungkinkah kami perlu kembali ke sini sebagai pelancong dan bukannya sebagai anak desa yang pulang ke kampung?

Raya di RSA 2 Gambang Timur di LPT

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ 14:50 Kami dalam perjalanan ke Terengganu dari Temerloh. Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur tadi dari Plaza Tol Chenor . Singgah di RSA 2 Gambang Timur atau Hentian R&R Gambang Arah Timur menghala ke Kuantan, nasib baik ada gerai makanan dan minuman Muslim yang dibuka pada hari raya kali ni. Mengikut pengalaman dulu memang tutup habis gerai di sini tambahan pada masa itu kami tidak membawa sebarang bekalan makanan dan minuman. Kali ni kami dah bersedia dengan nasi impit dan rendang tetapi ada pula gerai yang dibuka, maka kami beli dan makan nasi lemak. Ketika berada di sini kami perasan ada seorang perempuan pakai jubah melekap di punggung, nak tegur kami takut pula kalau dia segan nanti. Semoga ada kaum keluarga dia yang tegur. Di sini ramai kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka berniaga mungkin kerana kakitangan yang sebenar pulang beraya di kampung halaman. ...

Tips Konvoi Kereta Hari Raya

Pada hari raya yang mulia ini ramai di antara kita yang akan berkonvoi ke destinasi masing-masing. Kami pun akan berkonvoi 3 buah kereta ke Terengganu iaitu dengan sebuah Proton Preve, sebuah Proton Iriz, dan sebuah Subaru XV STI. Ini adalah beberapa peraturan yang kami perlu ikuti semasa berkonvoi dengan kereta: 1. Semasa berkonvoi jangan kehilangan kereta di hadapan anda, pastikan ada pasangan dalam setiap kereta untuk berhubung antara satu sama lain jika kereta di hadapan hilang dari pandangan. 2. Kekalkan kelajuan yang tetap dan sesuai untuk corak pemanduan setiap pemandu. Jangan ada yang terlalu laju atau terlalu perlahan. 3. Pastikan niat anda jelas, pasang lampu signal lebih awal untuk tukar haluan atau masuk simpang. 30 meter adalah jarak yang dicadangkan. 4. Kekal dalam konvoi setiap masa, jangan memandai nak berhenti sendiri atau tukar haluan sendiri. Berkomunikasi dahulu untuk tetapkan di mana perlu berhenti jika perlu berhenti. 5. Jika anda berasa anda memandu perlah...

Felda Sungai Lui pra-raya 2016

Alhamdulillah, kami sudah sampai ke rumah Tok Ayah di Felda Sungai Lui pada waktu Maghrib tadi. Perjalanan dari Sepang ke Felda Sungai Lui melalui Lebuhraya LEKAS dan Kuala Pilah tadi agak terganggu oleh pergerakan trafik yang perlahan dari Ulu Bendul ke pekan Kuala Pilah. Tedi tidak pasti sama ada Kuala Pilah ini sebuah bandar atau pekan, tapi macam best je disebut pekan... hehe.. Di kiri kanan jalan ke Kuala Pilah agak unik sebab anda boleh melihat ramai peniaga menjual itik-itik salai yang digantung di gerai masing-masing. Kebiasaannya ada juga peniaga yang jual daging salai, tapi Tedi macam tak nampak pula tadi. Lemang turut menjadi produk popular yang dijual di kawasan yang sama. Di rumah Tok Ayah kami berbuka dengan nasi putih berlaukkan Sup Tulang dan Rendang Dagin, dua hidangan yang kaya dengan kolestrol. Kemudian pada jam 11 malam tadi, Tedi bantai pula Nasi Impit berkuah kacang. Bulat sudah perut Tedi yang sudah mengempis hasil puasa tahun ini. Esok kami akan bergerak ko...

Android 1.0 dan 1.1 tidak guna nama dessert

Imej
Tidak seperti tradisi Google yang menamakan versi Android berdasarkan nama dessert dalam susunan abjad, dua versi pertama Android hanya dipanggil Android 1.0 dan Android 1.1. Android pertama yang mendapat nama timangan berasaskan nama dessert ialah Android 1.5 yang dipanggil Cupcake. Ia seterusnya diikuti oleh Donut, Eclair, Froyo, Gingerbread, Honeycomb, Ice Cream Sandwich, Jelly Bean, Kitkat, Marshmallow, dan yang terbaru dipanggil Nougat. Android adalah OS atau system operasi bagi telefon pintar yang dibeli Google. Ia berasaskan Java yang dibeli Oracle menyebabkan Oracle cuba menyaman Google dengan dakwaan melanggar akta hakcipta. Walaubagainapun, Oracle kalah dalam percubaan saman tersebut kerana Android menggunakan sumber terbuka.

Selamat bersahur daripada Irfan

Imej
Hai semua, Irfan ucapkan selamat bersahur. Sahur jangan makan banyak-banyak sangat, jangan banyak makan makanan bergoreng nanti haus, kurangkan juga minuman berkafein dan minuman manis. \(^^,)/

Prev Next

Popular