Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Elakkan lalui Sungai Besar waktu malam

Imej
Kami tiba di rumah Mak Long Ili lebih kurang jam 10:40 malam... Master memang gemar memandu pada waktu malam ke Sungai Besar. Jalannya kira bagus juga sebab ada empat lorong, dua lorong pada tiap hala, walaupun beralun dan senget sebelah pada sesuatu tempat kerana tanah mendap.

Baju dalam Superman

Imej
Mommy beli baju dalam lelaki berlogo Superman untuk Master di Tesco Kota Bharu hari tu. Tak tahulah apa yang Master fikir semasa bersetuju untuk membelinya. Harganya RM 30 dan ia cuma baju dalam lelaki menggunakan kain jersi. Kalau guna baju jersi biasa saja pun sudah cukup patutnya. Hari ini Master teringin untuk berlari setelah sekian lama tidak bersenam. Adakah dia akan memakai baju dalam lelaki Superman tersebut? Atau adakah dia hanya akan memeramnya menjadikannya tukun? Baju dalam atau  inner shirt  Superman untuk lelaki ini boleh didapati dalam warna hitam, biru, hijau, dan oren di TESCO Kota Bharu dengan harga RM 30. Tak tahulah kalau TESCO di tempat lain ada menawarkan produk yang sama seperti ini.

Patutlah Dolphin...

Imej
Master berada di sebuah pertunjukan akuatik dengan ramai penonton di sana. Seekor ikan lumba_lumba dengan megah dan tangkas melakukan aksi melompat keluar dari air dan kemudian menjunam masuk semula ke dalam air. Ikan lumba-lumba atau nama rasminya dolphin itu tangkas di air dan juga udara. Kemudian ia keluar semula dari air sambil menimang sesuatu benda yang berwarna cerah dengan menggunakan muncungnya. Pada akhirnya dolphin itu "menendang" benda mainannya itu jauh ke arah penonton. " kuk ", benda itu jatuh ke atas lantai platform dengan ganas tapi ia masih kukuh. Rupa-rupanya ia adalah sebuah lampu suluh berjenama Eveready yang besar dan tahan lasak. Dan kini baru Master tahu yang nama lampu suluh itu adalah Dolphin. Patutlah ikan lumba-lumba digunakan dalam iklan tersebut...

Top Pizza and Western Food di Berangan, Tumpat, Kelantan

Imej
Waktu Urusniaga: 4:00 petang hingga 10:00 malam. Sabtu hingga Khamis Jumaat cuti. Telefon: 012-9557615 (sedia menerima tempahan) Tok Abah bawa makan di Top Pizza   Kedai makan atau restoran Top Pizza & Western Food yang terletak di tepi jalan di Berangan, Kelantan ni mungkin agak istimewa bagi penduduk Tumpat kerana jarang makanan sebegini ditawarkan di luar bandar Kota Bharu. Ia boleh dikatakan tempat makan yang best di Tumpat. Malahan di Sepang pun Tedi tak jumpa kedai yang jual homem ade pizza sebegini. Selain pizza ada ditawarkan juga masakan barat memberikan pilihan kepada rakyat Tumpat khususnya dan Kelantan umumnya yang mungkin nak mencari kelainan setelah asyik menghadap nasi kerabu, nasi kukus, nasi ala kak wok, laksa, laksam dan sebagainya. Master pesan nescafe tarik, manakala Mommy pula pesan Cincau Float, nama yang Tedi bagi sendiri.. ahahaha.. Menu Pizza buatan sendiri yang ditawarkan di Top Pizza & Western Food: Mereka menawrkan pelbagai jenis...

Tabung Jalinan Budi

Imej
Tabung Jalinan Budi adalah projek kerjasama di antara Tesco dengan Univerisiti Malaya. Tedi amat mengalu-alukan usaha sebegini kerana Tedi memang amat berkira ketika nak bersedekah kepada mereka di jalanan. Bukannya apa, Tedi takut sedekah atau derma Tedi tu jatuh ke tangan pihak yang tidak bersesuaian. Atau mungkin juga Tedi mudah dipengaruhi syaitan la'natullah untuk tidak berbuat kebajikan? Jadi dengan adanya tabung sebegini yang menggunakan nama pihak yang ada kredibiliti akan memudahkan umat manusia bersedekah sesama manusia. Kalau tak sampai juga kepada mereka yang memerlukan, tak tahulah Tedi nak harapkan siapa lagi...

Kuat pula line Celcom di Tesco Kota Bharu ni

Imej
Laju la pula line Celcom ni Baru je tadi Tedi kutuk line Celcom First 38 di AEON Mall Kota Bharu , tapi bila masuk je Tesco Kota Bharu ni berdesup perginya sekaligus mempercepatkan lagi kadar jari-jemari Tedi yang runcing dan lembut lemah gemalai ini menaip hal merapu. Nampaknya memang masalah Celcom tu di kawasan AEON Mall Kota Bharu sahajalah... Agak tak boleh diterima akal juga beza berapa blok bangunan je pun. Nampaknya AEON Mall Kota Bharu wajib minta Celcom pasang apa-apa untuk kuatkan liputan Celcom di sana. Merayau dalam Tesco Kota Bharu Selepas Nagoya Textiles kami masuk dalam Teso nak cari barangan yang dipesan Tok Abah iaitu susu HL. Nak masuk sini tak boleh bawa barangan dari luar iaitu plastik berisi barangan yang dibeli di kedai lain. Kita terpaksa menyimpan barangan itu ke dalam peti simpanan yang disediakan dengan caj 50 sen sahaja. Jika tiada syiling boleh tukar di kaunter khidmat pelanggan yang terletak berhadapan dengan peti simpanan tersebut. Selama Tedi ...

Piala Thomas 2016: Malaysia gagal ke final setelah kalah kepada Denmark

Imej
Wah, boleh kalah pula pasukan Malaysia, kalah dengan perseorangan kedua, beregu kedua, dan perseorangan ketiga. Semua itu menunjukkan bahawa pasukan Malaysia masih belum mempunyai skuad pelapis yang kuat. Semalam Tedi dikecewakan oleh persembahan Iskandar Zulkarnain yang kelihatan banyak melakukan pergerakan yang sia-sia walaupun semangatnya tampak membara. Selain itu Iskandar Zulkarnain perlu lebih kuat psikologinya, jangan tunjukkan kepada pihak lawan bahawa anda sedang tertekan, dan jangan tunjukkan kepada lawan bahawa anda sedang dalam kepenatan. Jika boleh, lebihkan permainan menyerang, jangan ikut sangat rentak lawan. Smash tu janganlah smash ke bahagian yang pihak lawan selesa, kalau boleh biar sampai dia berpusing nak angkat smash tu, lama-lama dia akan kepenatan juga. Selain itu Tedi kecewa kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak memilih Zulfadli Zulkifli walaupun  ranking beliau lebih baik. Kasihan bagi pemain yang berusaha keras naikkan  ranking tap...

Kecewa.. moga tidak lama

Imej
Kecewa dan tension , itulah yang Tedi rasa ketika ini. Iskandar Zulkarnain terlalu defensive , tak mahu serang apabila ada peluang. Kecewa betul apabila orang yang kita harapkan tidak memenuhi jangkaan, apatah lagi apabila kesilapan yang sama diulangi. Walaupun kalahnya Iskandar Zulkarnain belum tentu bermakna Malaysia akan kalah malam ni, tapi bagi Tedi seolah-olah dunia sudah menjadi kelam. Cuba lagi Iskandar Zulkarnain. Semoga kekalahan ini menjadi pengalaman berguna pada masa depan. Iskandar kalah 18-21

Come on Iskandar Zulkarnain.. love u.. hik hik

Imej
Lee Chong Wei menang, dan beregu pertama dah menang. Kini tinggal Iskandar Zulkarnain cuba mencatat nama dalam akhbar esok hari. Tedi tengok dia ni rajin terbang dan makin bijak membaca permainan, serta lebih berkeyakinan. Tapi kalau dia asyik terbang membabi buta, Tedi gusar dia akan keletihan. Dan pemain lawannya lebih berpengalaman maka dia perlu lebih cool. Go go Iskandae ZulkaZulkarnain... gambate ne...

Malaysia vs Denmark

Imej
Yeay.. lama dah tak excited macam ni. Sekarang tunggu Mommy tiba dari pejabat beliau. Kami bajet nak sampai di RnR Seri Kembangan dalam jam 7 malam. Nak tengok Lee Chong Wei main dalam game semifinal Piala Thomas di mana Malaysia lawan Denmark. Tapi macam sesak la pula jalanraya masa ni...

Bank Indonesia Benarkan Deposit Sampah Untuk Wang

Imej
Wow! Memang mengkagumkan! Bank Sampah Mutiara di bandar Makassar di Indonesia memberikan pilihan kepada para pelanggan mereka untuk meminjam wang tunai dan membayarnya menggunakan sampah-sarap! Nampak gila bukan? Tapi Tedi rasakan inilah kebijaksaan dalam sikap perikemanusiaan yang hebat. Para penduduk di sana membawa sampah-sarap yang boleh dikitar semula seperti botol plastik dan kertas ke pusat pengumpulan yang dikenali sebagai bank sampah, di mana kesemuanya akan ditimbang sebelum dinilaikan dengan wang. Manusia di sana juga boleh membuka akaun simpanan dan menyimpan jumlah tukaran itu ke dalam akaun simpanan mereka. Daripada rakyat untuk rakyat Pengurus Bank Sampah Mutiara, Suryana menyatakan bahawa idea itu datangnya daripada rakyat, diuruskan oleh rakyat, dan hasilnya adalah untuk rakyat. Ideanya adalah untuk mengatasi masalah sampah-sarap menimbun, masalah kekurangan tanah untuk dijadikan tapak pembuangan sampah, masalah kekurangan teknologi pengurusan sampah, dan member...

Jatuh Hanya Asbab

Imej
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali. Semalam pada jam 7 malam, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, kami terima berita kematian Tok Muda di Pulau Pinang. Tok Muda jatuh dan kemudian dia dibedah, namun sebelum dia meninggal dia ada berkata: "Jatuhnya dia itu hanyalah asbab". Berita yang agak menekan jiwa Master kerana pada Isnin dia mohon cuti, dan pada hari ini sepatutnya ada deployment sistem baru beliau. Namun setelah berfikir dengan gunakan emosi, akhirnya Master memutuskan untuk pulang menyertai pengebumian jenazah Tok Muda. Sekarang kami singgah di Rapat Baru, Ipoh dan sebentar lagi kami akan sambung perjalanan ke Sungai Bakau, Nibong Tebal. Semoga kami selamat sampai. Amin.

Tedi @ KL Towerthon 2016

Imej
Hari Ahad yang lalu (15 Mei 2016) merupakan hari yang panjang dalam hidup Tedi kerana seharian Tedi menghabiskan masa bersama Master dan Mommy di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) . Pada pagi hari kami sertai KL Towerthon 2016 di Menara tersebut sebelum pada waktu petangnya pula kami menjelajah Menara KL. Towerthon di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah satu program yang memerlukan para peserta berlari sejauh 1 kilometer sebelum memanjat anak-anak tangga yang terdapat di Menara Kuala Lumpur (KL Tower) bermula dari tingkat tanah ( groundfloor ) sehinggalah Tingkat Dek Tinjau ( Observation Deck ) di tingkat TH03. Kononnya kami mendaki sebanyak 25 tingkat. Sampai di kawasan berkumpul jam 5.30 pagi. Jam 4.30 pagi, kami telah bangkit dari lena untuk bersiap-siap ke tempat permulaan perlumbaan. Kami hanya berjalan kaki dari hotel inap kami ke tapak permulaan di mana jaraknya adalah kira-kira 1 kilometer sahaja. Kononnya kami perlu sampai ke sana pada waktu seawall itu kerana Master ...

Komputer Super menang pertandingan catur 19 tahun lalu

Imej
Komputer super yang dinamakan Deep Blue telah menewaskan juara catur dunia Garry Kasparov buat pertama dalam satu pertandingan pada 11 Mei 1997. Markah yang diperolehinya adalah 3.5 - 2.5. Deep Blue adalah komputer super yang dihasilkan IBM dan mempunyai keupayaan untuk mengira 200 juta langkah dalam satu saat. Kasparov yang sebelum itu telah menewaskan Deep Blue menuduh IBM melakukan tipu helah dan meminta perlawanan ulangan diadakan. IBM bukan sahaja menolak permintaan itu, malahan mereka turut menamatkan perkhidmatan Deep Blue.

Memburu Tikus Acolyte di Acolyte Realms

Imej
Akhirnya kembali menjejakkan diri ke Acolyte Realms. Setelah sekian lama bertarung di Pinnacle Chamber, Tedi kehabisan Keju Rumbles, maka Tedi terpaksa berundur seketika. Tedi berdiskusi dengan para panglima, maka kami mengambil keputusan untuk mengumpul Rumble dan menyerang Pinnacle Chamber secepat mungkin. Salah satu cara adalah dengan memburu tikus Acolyte di Acolyte Realms. Bukannya sesuatu yang mudah untuk berjaya sampai ke Acolyte Realms kerana kita kena bertapa dahulu di Forbidden Groove dan betertemu dengan Realm Reaper, seekor tikus yang hanya akan muncul apabila pintu masuk ke Acolyte Realms telah muncul. Entah kenapalah dia diberikan tugas menjaga pintu masuk ke Acolyte Realms? Di Acolyte Realms misi utama Tedi adalah untuk mencari tikus Acolyte, dalam usaha menambah bekalan keju Rumble yang diperlukan dalam Perburuan Furoma. Kalau dapat memang rezekilah, tapi hakikatnya tikus ini jarang dapat ditangkap Tedi. Keju yang Tedi bawa adalah dalam 400 ketul, maka dijangka ak...

T16E06 Pembantu Jualan diperlukan di MNB Boutique DPulze Cyberjaya

Imej
Fesyen & Peluang Kerjaya: Mencari pakaian wanita murah yang berkualiti di Cyberjaya ? Jenama MNB Boutique sering menjadi pilihan kerana harganya yang berpatutan. Selain membeli-belah, terdapat juga peluang pekerjaan untuk mereka yang sedang mencari jawatan kosong di sektor peruncitan. Mommy ni minat sangat kot dengan jenama MNB ni? Pergi mana-mana pun asyik singgah saja ke kedai MNB . Dulu masa pergi ke ke KLIA2 , Mommy singgah MNB di KLIA2 juga. Tedi tengok pun pakaian wanita di sana agak murah harganya dan dia punya gaya pun ada mutu dan keunggulan... hahaha... Jawatan Kosong di MNB DPulze Cyberjaya Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja di MNB Boutique DPulze Cyberjaya bagi jawatan Pembantu Jualan ( Sales Assistant ) sepenuh masa bolehlah hubungi 012-690 0638 , atau 016-656 6779 , atau 03-3141 1808 . Syarat Kelayakan: Anda haruslah seorang wanita yang mempunyai kenderaan sendiri . Agak demanding juga syarat tu terutama bagi mereka yang ta...

[t16e07] Siaran Langsung EPL di HyppTV

Imej
Entah siapalah yang prepare laman web HyppTV tu, langsung tak boleh membantu. Adakah patut boleh nampak rancangan sampai petang hari saja? Tak tahulah mungkin sebab komputer riba Tedi ni dah uzur sebab tu jadi macam tu. Tapi pengalaman sama juga dilalui bila guna telefon pintar, tak mesra pengguna juga. Malaslah nak komen banyak-banyak. Nasib baiklah malam nanti ada siaran langsung 4 kelab terbawah Liga Perdana Inggeris yang bergelut dengan penyingkiran, ada harapan tonton kemenangan Newcastle malam ni. Norwich City lawan Manchester United, jam 7.45 malam, saluran HyppTV 708 Manchester United wajib menang ke atas Norwich, dan Tedi rasa mereka pasti bersemangat sebab mereka nak slot Champion League tahun depan. Aston Villa lawan Newcastle United, jam 9.55 malam, saluran HyppTV 709 Newcastle wajib menang ke atas Aston Villa walaupun dengan rekod di tempat lawan yang tidak memberangsangkan. Aston Villa mungkin akan diejek peminat mereka sendiri pada malam ini. Semua faktor lai...

T16E06 Kerja Kosong di Celcom DPULZE, Cyberjaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Yosh... baru sampai rumah dari DPULZE Cyberjaya. Tak buat apa pun di sana, cuma pada awalnya nak ke Hadramawt Yemeni Kitchen, tapi kedai itu ditutup pula. Kemudian kami masuklah ke DPULZE, cari tempat untuk Mommy berbuka puasa. Lagi sekali, tempat yang dipilih adalah Pondok Manis Aneka Penyet yang terletak di aras LG DPULZE. Tapi bukan nak cerita pasal makan di sana, sebaliknya nak iklankan kerja kosong di Celcom DPULZE. Celcom X-clusive Partner, Tajuk: Kerja kosong di DPULZE Cyberjaya, Selangor. Jawatan: Pembantu jualan Tanggungjawab dan syarat: Ramah dan bermotivasi tinggi Boleh kerja lebih masa, 6 hari seminggu, mengikut pusingan giliran ( shift ) Fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris. Fresh graduates , pelajar dan lepasan sekolah digalakkan memohon. Kemahiran komunikasi yang kuat Gaji: Asas + Komisyen + EPF + Socso Sesiapa yang berminat sila hubungi Cik ...

Harapan Minggu Ini Buat Toon Army

Imej
Newcastle United pasti mengalahkan Aston Villa? Minggu ini Newcastle United akan bertemu dengan Aston Villa, pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris. Newcastle United dijangka akan menang berdasarkan prestasi semasa, namun Aston Villa mungkin boleh mengamuk untuk saja-saja menyusahkan hidup penyokong Newcastle, tambahan pula pada 2009, Aston Villa berjaya kalahkan Newcastle dan sekaligus menyingkirkan kelab kesayang Master itu. Penyerang Aston Villa, iaitu Ayew perlu dikawal rapi, manakala pertahanan Aston Villa mungkin akan terus kelam-kabut. Semoga pemain Chelsea bersemangat kalahkan Norwich dengan kehadiran bos baru. Chelsea sebenarnya dah tak perlu kejar apa-apa, kerana mereka ketinggalan 7 mata di belakang Liverpool. Selain itu para pemain Chelsea mungkin akan dipilih sertai EURO. Jadi Norwich mungkin bernasib baik kerana para pemain Chelsea mungkin akan menjaga kaki masing-masing. Cuma dikhabarkan bahawa bos baru Chelsea kan hadir, jadi ini mungkin akan menaikkan semang...

Topup Kad Sim ADT

Imej
Penggera ADT sudah keluarkan mesej " trouble communication ". Master dengan yakinnya menekan button kecemasan perubatan pada pad kekunci penggera ADT tersebut, namun masih mesej yang sama dipaparkan dan lampu amaran kuning bernyala. Pelik, dah topup akaun prepaid untuk penggera ADT, tapi masih ada communication troubles . Master cari telefon lama yang ada yang boleh memuatkan kad sim yang besar punya. Nasib baik jumpa telefon Sony Ericsson W910i (W tu maksudnya walkman ), tapi tak boleh hidup pula. Caj dalam sehari, kemudian cuba hidupkan. Tak boleh juga, walaupun katanya bateri dah fully charged . Check sekeliling telefon tersebut dan baru nampak ada button untuk hidupkan telefon itu. Lama sangat tak guna sampai dah tak ingat ada button tu. Padahal dulu itulah telefon yang dah rasa canggih yang amat. Harganya pun seribu tu kalau tak silap. Master dah nak ambil tangga untuk panjat dan periksa kad sim ADT, tapi tiba-tiba terasa malas pada pagi-pagi buta ni. Tergera...

Peminat Rahsia

Imej
Aku tidak pernah berani luahkan apa yang ada di dalam jiwa Ku pendamkan walau ianya bergelora   Walau ku cuba, percayalah ku mencuba Tetap sebahagian diriku menahannya Membuatku ragu jika dirimu menyedarinya? Mungkin kau takkan pernah sedar...   Rasa ini amat pedih Namun takkan ku suakan padamu Aku rasa aku adalah peminat rahsia Ya.. mungkin itu gelaran tepat buat diriku   Aku tidak tahu apa yang membuatkanku menyukai dirimu Aku hanya tahu siang malam terbayangkanmu   Mungkin kerna gayamu? Atau kerna keseksianmu? Atau atas kegembiraan yang hadir padaku apabila kau hampir denganku...   Mungkin saja kerana senyumanmu Atau cara dikau menyebut namaku Membuatkan ku berasa mengenalimu anugerah terindah buatku   Aku rasa takkan pernah tahu jawapannya Kerna dikau takkan sedari perasaanku, kehadiranku Dan aku takkan mampu meluahkan Cukuplah sekadar menjadi peminat rahsia

Kedah FA tolak tawaran tajaan D'Herbs

Imej
SEBAGAI sebuah kelab, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak dapat memenuhi beberapa permintaan Pengasas D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kerana melebihi bidang kuasa persatuan itu dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama penajaan yang melibatkan RM30 juta untuk tempoh tiga tahun. Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah baru-baru ini, pihaknya memutuskan tidak meneruskan kerjasama dengan D'Herbs. "KFA mengumumkan berdasarkan penajaan yang dikemukakan D'Herbs kepada persatuan yang mana draf-draf tentang penajaan yang terakhir iaitu pada 27 April lalu, kami meneliti setiap butir tawaran dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dengan konklusi muktamad dengan perjanjian penajaan tersebut." "Sehubungan itu, KFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada D'Herbs di at...

Kenapa lama tiada berita?

Imej
Tedi ni bukanlah seekor penulis yang berbakat, iaitu sesekor beruang yang mampu menaip apa sahaja apabila bersua papan kekunci. Tedi selalunya akan menaip, baca, taip, baca, padam. Hasilnya tidak selalu berakhir dengan penerbitan, dan hampir ada 61 coretan yang terbenam sebegitu sahaja dalam simpanan. Jadi apabila Mommy bertanya, "Kenapa interpretZZ lama tidak dikemaskini?" , jawapannya kerana ia perlukan fokus yang lama. Satu coretan yang hanya kandungi 200 patah kata bisa sahaja mengambil 2 jam masa yang Tedi tidak punya. Tapi kini Tedi mulai aktif, mungkin kerana ada misi yang nampak nyata. Apa yang Tedi akan buat sebelum mencoret? Tentunya Tedi banyak membaca. Tapi pembacaan Tedi berat-berat kebanyakannya sehingga tidak mampu dihadam secara ringkas sebegitu sahaja. Fakta sejarah dan sains takkanlah mahu diolah sebegitu sahaja?

Tandas Freeport A'Famosa Outlet Hampir Makan Budak

Imej
Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pada jam 23:30 tadi. Setelah menempuh kesesakan, singgah Maghrib di Masjid Lubok Cina, meredah laluan dalam di Rantau, dan singgah makan malam di Bandar Baru Nilai, kami ambil 4 jam untuk sampai di rumah. Tapi Tedi bukan nak bercerita pasal pengalaman kami pulang dari  Freeport A'Famosa Outlet yang Tedi panggil Melaka Premium Outlet tu, sebaliknya Tedi nak bercerita pasal satu kejadian yang berlaku 2 jam sebelum kami pulang iaitu sebaik sahaja kami tiba di sana. Kisah bermula selepas Master meletakkan kereta Tedi terus berlari-lari anak mencari pintu masuk terdekat, sebelum mencari papan tanda terdekat, dan sebelum sampai di tandas terdekat. Nasib baik tandas agak mudah ditemui, tidaklah rasa senak sangat. Masuk ke dalam tandas agak penuh. Tedi mengisi masa terluang menunggu tandas dikosongkan dengan mengemas beg kamera. Pengguna tandas masuk silih berganti, dan beberapa tandas mulai kosong. Tedi mulai intai dan nampak beberapa tandas...

Prev Next

Popular