Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Selenggara 1000 kilometer di Rangkaian Auto Trade (Subaru Seremban)

Imej
Jam sudah pukul 2 pagi, 30 April 2016. Ini adalah karangan kedua Tedi setelah karangan sebelum ini hilang kerana komputer riba Ted ini tiba-tiba sahaja keluar skrin biru. Tapi Tedi gagahkan menaipnya semula kerana ini adalah pengalaman penting yang ringkas tapi mungkin bermakna. Mungkin sahaja skrin biru itu sebagai amaran agar Tedi tidak meneruskan karangan ini yang ternyata berkenaan dengan rezeki seseorang. Tapi Tedi yakin dengan “apa yang disemai itu yang dituai” atau “what you give, you get back” , jadi tiada salah Tedi meneruskan niat jahat Tedi ini. Atau mungkin sahaja Tedi akan menangisi kekhilafan Tedi jika ternyata Tedi berburuk sangka dengan manusia. Selenggara 100 kilometer pertama XV STI di Subaru Seremban Petang tadi Mommy bawa Subaru XV STI ke Subaru Seremban a.k.a Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd dengan niat buat penyelenggaraan 1000 kilometer pertama. Ternyata mekanik di sana agak peramah dan berikan tunjuk ajar. Dia kata XV ni ada dua masala...

Panduan Umum Ketika Terserempak dengan Ular

Imej
Apakah yang perlu Tedi lakukan jika tiba-tiba Tedi terserempak dengan ular? Musim panas ini memang banyak kita dengar kes ular serbu kediaman manusia untuk menyejukkan badan. Jika dikatakan kita tiba-tiba terserempak dengan ular, apa yang patut kita lakukan? Ini pesanan Touch 'n Go Sdn Bhd dengan inspirasi daripada JPAM: Nasihat Umum Ketika Berhdapan dengan Ular Jangan panik jika anda mengetahui atau mengesyaki kawasan anda dimasuki ular. Kenalpasti kawasan yang diketahui atau disyaki terdapat ular dan kuarantinkan kawasan tersebut. Jangan lakukan pergerakan provokasi atau gerakan mengejut terhadap ular. Peratusan untuk ular menyerang adalah lebih tinggi jika berasa diri mereka terancam. Cuba kenalpasti ular itu berbisa atau tidak, dan jika tidak pasti, anggap sahaja ia rerbahaya. Telefon 999 panggilan kecemasan untuk minta bantuan (contohnya JPAM). Perhatikan ular dari jauh supaya ia tidak hilang dari pandangan dan sekaligus menyukarkan pencarian sementara menunggu ban...

Bilik Sewa Bujang Lelaki Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Tadi pergi ke kedai haiwan perliharaan di Taman Seroja Pada mulanya kami nak ke pasar malam Taman Seroja Letak kereta pula berhampiran dengan sebuah kedai haiwan perliharaan Mommy ternampak ada sangkar kucing tiga tingkat di kedai tersebut, maka dia pun nak merisik khabar. Kononnya Mommy nak bela kucing ala-ala macam kucing selebriti Oh My Jep tu. Adalah sangkar kucing berharga RM 550 untuk tiga tingkat dan RM 450 untuk dua tingkat . Dalam perjalanan ke kedai haiwan perliharaan tu ada pula kedai dobi Pada kedai dobi tu ada papan notis Pada papan notis tu ada sekeping poster Pada poster itu ada iklan bilik bujang lelaki untuk disewa Lokasi rumah sewa tu tak dinyatakan di mana, mungkin di Bandar Baru Salak Tinggi gamaknya di sekitar Taman Seroja. Jadi kepada lelaki bujang yang mencari bilik sewa boleh hubungi nombor 013-6024039 . Kalian risik khabarlah sendiri ya, jaga-jaga, hati-hati, mana tahu ada unsur penipuan. Tapi Tedi faham susahnya cari bilik sewa ni, jadi Ted...

Kenapa Berat Badan Tedi Tak Turun?

Imej
Kenapa Berat Badan Tedi Tak Turun? Tedi dah penat mengikat perut. Tedi juga dah selalu bersenam – berlari, main badminton, malahan ikut senam aerobic. Tapi berat badan Tedi masih sama je… turun pun dalam 0.5 kilogram? Pening kepala Tedi dibuatnya. Namun setelah melalui beberapa sesi pencerahan, Tedi mula dapat jawapan kepada persoalan “kenapa berat badan saya tak turun?”

Badak Sumbu gigit jari kakitangan Zoo Lincoln Park

Imej
CHICAGO, Ill. – Seorang penjaga haiwan di Lincoln Park Zoo di Chicago telah digigit jari telunjuknya oleh seekor Badak Hitam Timur (Eastern black rhinoceros) pada hari Sabtu lalu, menurut kenyataan pihak zoo. Kakitangan itu berada di ruangan Regenstein African Journey semasa satu latihan rutin ketika tragedi itu berlaku. Beliau telah dibawa ke hospital dan dibenarkan keluar pada jam 2 petang.   Badak Sumbu itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan terus dibenarkan keluar masuk ke ruangan dalam dan luar seperti biasa.

Telekung Vietnam RM 79.90 di Mydin Mall Seremban 2

Imej
Aiseh, tak boleh tidur pula. Mungkin kerana jadual tidur telah lari, maka mata tidak berapa mengantuk. Tedi tak kisah nak berjaga, cuma pagi nanti di sekolah mesti jantung rasa tak sedap. Jantung pun perlukan rehat yang cukup selain penjagaan makanan dan senaman yang berkala. Tedi selongkar jap kamera kesayangan Tedi dan tengok apa boleh dikongsikan. Nampaknya tiada lagi alasan untuk Mommy ajak gi Vietnam.. hehe..   Sebab apa? Kerana semasa kami merayau di Mydin Mall Seremban 2 semalam kami telah terserempak dengan Telekung Vietnam . Harganya cuma RM 79.90 . Telekung Vietnam terkenal di kalangan pembeli Malaysia sebagai produk telekung yang cantik bersulam dan harganya murah. Tapi tadi Mommy duk intai telekung ni tampak dia tak berminat...

Tompok-tompok Tahi Kuda Mungkin Jadi Bukti Sejarah Laluan Hannibal

Imej
Komander Carthaginian Hannibal terkenal selepas mengetuai sekumpulan besar tentera, gajah, kuda, dan keldai dari Sepanyol, melalui Banjaran Alps ke Itali untuk menyerang tentera Rom pada permulaan Perang Punic Kedua pada tahun 218 BC. Para sejarawan saling berdebat mengenai laluan sebenar yang diambil Hannibal ketika itu. Lapisan kunyahan dipenuhi najis kuda dan bakteria ditemui di bawah Col de la Traversette   Sepasukan saintis kelolaan Kanada menemui timbunan sisa najis tersimpan di Banjaran Alps yang diyakini terhasil daripada perhimpunan besar makhluk Mammalia sekitar 2200 tahun dahulu – dan mereka percaya penemuan ini menjawab misteri sejarah yang lama terpendam. Pasukan diketuai Bill Mahaney, seorang ahli geologi dan professor emeritus di York University, telah menemui apa yang dikatakan sebagai bukti fizikal yang ditinggalkan oleh bala tentera Hannibal. Mereka kelihatan telah melintasi Col de la Traversette di sempadan Perancis dan Itali, sesuai dengan yang dicad...

Singgah Makan di Borak-Borak D'Garden Salak Tinggi

Imej
Kawan Mommy kata ada kedai makan yang sedap di Salak Tinggi berhampiran Hijau Bistro dan Hotel Bary Inn. Master pun dengan yakin mencilok masuk ke simpang selepas Petronas Salak Tinggi Master dah lama agak ada kedai makan di sana cuma dari luar ia tak berapa kelihatan kerana kedudukannya yang agak terlindung oleh tebing tanah yang agak tinggi. Master pesan Mi Kari. Mi Kari yang dipesan agak mewah dengan bahan-bahan seperti bebola ikan, kek ikan, sayur, dan ayam. Karinya juga pekat, cuma apa yang agak mengganggu Master adalah dia berasa seperti mi kari itu banyak bahan perisa. Master berkata sedemikian kerana dia mengalami simptom sendawa seperti selepas dia makan mi segera. Tapi mungkin telahan itu silap, tubuh badan sendiri, masing-masing yang tahu. Wallahu'alam.   Mommy pula pesan Nasi Goreng Borak-Borak. Mommy kata rasanya biasa-biasa saja, Mommy pun boleh masak, tapi bahan-bahannya still mewahlah. Suasana Dalaman yang Selesa Suasana dalam Borak-Borak D'Garden ...

Planet X punca kepupusan besar-besaran di muka Bumi?

Imej
Satu kajian terkini mencadangkan bahawa Planet X, yang dikatakan planet ke-9 dalam sistem solar mungkin menjadi punca kepada kepupusan besar-besaran di Bumi. Punca kepada pancuran komet yang berlaku setiap 27 juta tahun.   Planet yang masih belum ditemui itu dikatakan mencetuskan pancuran komet yang dikaitkan dengan kepupusan di atas Planet Bumi pada sela masa kira-kira setiap 27 juta tahun. Melalui kajian sebelum ini, para pengkaji secara tidak sengaja menemui Planet X apabila objek-objek di Kuiper Belt mengalami keanehan orbit. Kuiper Belt adalah daerah yang berbentuk cakera dan mengandungi kumpulan komet dan objek-objek gergasi selepas orbit Planet Neptune. Menurut Daniel Whitmire dan kawan-kawan beliau dari University of Arkansas, Amerika Syarikat, orbit Planet X yang menyerong perlahan-lahan berputar sehingga Planet X melintasi deretan komet-komet di Kuiper Belt setiap 27 juta tahun menyebabkan beberapa komet tersebut dirempuh masuk ke bahagian dalam Sistem Solar. Kome...

Prev Next

Popular