Selamat datang PBO
Setelah sekian lama menanti, akhirnya PBO dilancarkan Terjaga awal pula Tedi pagi ini, resam apabila kerja sekolah membebani, kali ini dek kerana pelancaran sistem PBO 1.0 yang telah lama dinanti. PBO adalah satu sistem berasaskan web yang membolehkan pengguna mengurus konfigurasi sistem Point of Sales di serata Malaysia secara pasif, yang bermaksud ia tiada hubungan terus secara masa nyata. Sistem sulung ini Tedi tahu tidaklah sebagus mana terutama untuk pengalaman pengguna namun secara konservatif, ia berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tugasnya. Pelancarannya nanti tentunya akan hadir bersama seribu satu cabaran yang lazimnya hadir bersama mana-mana sistem, dan tentunya cabaran pertama adalah untuk meyakinkan pengguna untuk menggunakannya. Semalam sehari suntuk Tedi troubleshoot semua masalah yang menghalang PBO dari dilancarkan lebih awal, iaitu masalah sambungan kepa...