Imbuhan untuk skuad Helang Merah
Alor Setar: Pemain dan pegawai skuad bola sepak Kedah yang menjuarai Liga Perdana baru-baru ini menerima imbuhan sebanyak RM10,000 setiap seorang dan pakej mengerjakan umrah untuk yang beragama Islam. Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, imbuhan itu diberikan kepada setiap pemain dan pegawai yang bertungkus lumus memastikan Kedah juara sehingga layak ke Liga Super musim depan dan Piala Malaysia dalam masa terdekat. Menurutnya, setiap pemain dan pegawai akan menerima bonus sebanyak RM10,000 setiap seorang berserta pakej umrah bagi beragama Islam."Bagi mereka yang bukan beragama Islam akan menerima wang tunai setaraf dengan pakej umrah. "Saya berharap pasukan bola sepak Kedah akan berusaha lebih pada cabaran Liga Super musim depan dan mampu layak ke peringkat akhir Piala Malaysia tahun ini," katanya ketika berucap selepas menyaksikan perlawanan akhir Liga Bawah 19 tahun bagi merebut Piala Menteri Besar a...