Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

HALAL JAKIM harus kita sokong!

Imej
Kebelakangan ini Tedi melihat satu trend yang agak membimbangkan berkaitan tanda HALAL yang dilesenkan JAKIM Mari kita melihat mengenai kepentingan tanda HALAL JAKIM, ia: sebagai sumber rujukan kepada umat Islam di Malaysia khususnya berkaitan kehalalan produk makanan, sebagai satu penanda aras mengikut nas Al-Quran. Namun sedih apabila Tedi melihat tanda HALAL JAKIM ini tidak kita sokong sepenuhnya, terutamanya apabila produk yang gagal mendapat tanda HALAL JAKIM atau yang ditarik lesennya itu adalah produk yang kita gemari! Mula keluar pandangan seperti: "Apa yang JAKIM kata halal tak semestinya halal, dan apa yang JAKIM kata tak halal, tak semestinya haram!" Tedi bersetuju dengan pandangan ini dari satu sisi, ia adalah pandangan yang benar. Namun Tedi masih mahu tanda HALAL JAKIM itu disokong, ker...

Pekerja MAS dibuang kerana silap kesatuan pekerja?

Imej
Pagi tadi semasa Master bersarapan pagi, dia terserempak dengan kawan sepejabat. Usai bertanya khabar dan sambil menikmati sarapan, mereka berbual mengenai isu semasa. Antara topik yang menjadi perhatian adalah isu pembuangan pekerja oleh Malaysian Airline System (MAS). Kawan Master itu memberikan satu hujah dari sudut pandang yang menarik. Katanya kesatuan pekerja MAS terlalu berkeras selama ini. Ketika MAS dalam 2,3 tahun kebelakangan ini mencata kerugian, kesatuan pekerja terus meminta pekerja diberi berbagai-bagai kemudahan. Sepatutnya mereka sedikit lunak dan menyedari kedudukan kewangan syarikat. MAS juga tidak dapat memberhentikan atau membuang pekerja kerana gangguan kesatuan pekerja. Lainlah, jika syarikat untung besar, kesatuan pekerja memang perlu untuk meminta pekerja diberi peluang berkongsi keuntungan sama rata. Kesatuan pekerja pada satu masa memang bagus membela nasib pekerja, namun adakalanya mendatangkan masalah kepada syarikat dan golongan pekerja. N...

Seorang wanita "campak" Apple 1 berharga $200,000 ke pusat kitar semula!

Imej
Mungkin ramai terfikir komputer apa yang semahal itu? MOUNTAIN VIEW, CA - 24 Jun 2013:  komputer Apple-1 buatan tahun 1976, dipamerkan di First Bytes: Iconic Technology From the Twentieth Century, satu lelongan atas talian yang melibatkan produk teknologi vintaj bertempat di Computer History Museum pada 24 Jun 2013, Mountain View, California. (Foto oleh Justin Sullivan/Getty Images) Jawapannya, Apple I adalah komputer generasi pertama Apple , boleh dikira sebagai dinosaur dan nenek moyang kepada iPhone mahupun iPad. Dan siapa pula yang sanggup menyerahkannya ke pusat kitar semula dengan percuma? Mungkin dia tidak tahu nilai komputer tersebut? Naib presiden Clean Bay Area menyatakan perempuan yang menyerahkan komputer itu membersihkan rumahnya selepas kematian suami dan tidak mengambil apa-apa sebagai bayaran. Selepas syarikat itu membuka bungkusan barulah mereka tahu apa isinya, dan pada mulanya mereka menyangka ianya barangan palsu. Namun ternyata ia asli dan terjual...

Prev Next

Popular