Kecil jadi kawan, besar jadi lawan!
Tentu ramai boleh fikirkan apakah bendanya yang dikaitkan dengan pepatah tersebut. Yup, secara automatik kita akan teringatkan api, kerana api ini apabila kecil menjadi kawan kita contohnya untuk memasak, namun apabila besar, ia menjadi lawan contohnya dalam kes kebakaran. Kalau begitu kes ini juga terpakai bagi air, kerana apabila kecil, kita gunakan ia untuk mandi atau membasuh, namun apabila besar, mungkin kita akan dilanda banjir! Begitu juga bagi angin, apabila kecil jumlahnya, seperti angin sepoi-sepoi bahasa , tentu mendamaikan jiwa, tapi bagaimana jika angin ribut taufan yang melanda? Kembali kepada api tadi, benarkah apabila ia besar ia akan menjadi lawan kita secara automatik? Bagi Tedi tidak semestinya! Kenapa? Besar tidak semestinya menjadi lawan. Benar kan? Contohnya seorang tukang besi memerlukan api yang besar dengan suhu yang amat panas untuk membakar besi sehingga berbara. Begitu juga dalam industri pembuatan kristal di mana api yang besar dengan ...