Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Dasar-dasar al-akhlaqul karimah

Imej
Akhlaq karimah (mulia) sangat luas maksudnya bukan setakat perangai, cara berpakaian, cara bercakap malah mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Baiknya akhlak tanda kesempurnaan iman. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang (199) Jadilah engkau pemaaf dan serulah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpaling daripada orang-orang yang bodoh. (200) Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan (la'natullah), maka berlindunglah kepada Allah [1]. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [1] Maksudnya membaca lafaz "a'udzubillahi minasy-syaitanir-rajiim" (201) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan (la'natullah), mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan. (202) Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-henti (menyesatkan) (Surah al-A'raf, 199-202)

Aku sanggup duhai Muhammad...

Imej
"Aku sanggup duhai Muhammad" berkisar tentang apa? 100 kisah Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dikejar, diburu, ditindas, difitnah, digoda wanita, dicemburui umat, & pengakuan isteri-isteri. Hutang gambar:  mirazme.blogspot.com: Aku sanggup duhai Muhammad Kisah di sebalik pembelian buku. Master beli buku ni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang lalu. Sebab Master beli buku ni adalah untuk mengenali Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam memandangkan Master tak kenali  Baginda sollallahu a'laihi wassalam. Dalam membeli sesebuah buku Master akan tengok siapa penulis , jika tidak dikenali, Master akan baca komentar mengenai buku tersebut yang kebiasaannya oleh tokoh-tokoh tertentu. Setelah membelek ruangan "Kandungan" yang memaparkan 100 tajuk  di mana banyak tajuk tu Master tak pernah dengar, rasanya patut beli tambahan dengan harga RM18-RM21 sahaja . Buku ini dibeli setelah Master tak jumpa sebarang pesain...

Ops Pemulihan Tanah kod 130609

Imej
Apakah itu Ops Pemulihan Tanah? Ini adalah tajuk operasi yang diberi Master melibatkan proses menyuburkan tanah bukit di depan rumah. Operasi ini merupakan prosedur berterusan memandangkan tanah bukit itu dipenuhi batu-batuan dan tanah liat-liatan (sungguh liat la kononnya). Memerhati kehijauan alam la kononnya tu? interpretZZ: Beruang pun ada masalah. Proses-proses yang terlibat adalah: Menggali tanah liat & batu-batuan sedalam mungkin. Batu-batu akan dicampak jauh-jauh. Tanah liat akan ditimbun ke atas semak-samun berhampiran (kononnya nak matikan semak samun tu sambil menjadikannya baja semulajadi). Lubang yang digali dibiarkan dan disumbat dengan bahan-bahan mudah reput Tiru idea lubang kompos kak Ummu Aidan je sebenarnya ni, hehe. Supaya tak nampak plagiat, Tedi bagi nama lubang semi-compos, hehe. Tanah yang telah melalui proses penggalian sebahagiannya digaul dengan tanah bakar & najis ayam Tanah ni digunakan untuk penanaman pokok2 yang ada sekarang ni. Tapi tanah ni pun ...

Vine kini sedia untuk Android

Imej
Aplikasi klip video 6 saat popular milik Twitter mencecah 13 juta pengguna Pemilik gajet Android seperti Tedi tidak perlu cemburu lagi kepada pengguna iPhone sebab aplikasi popular Vine kini boleh digunakan atas platform robot hijau tersebut. Vine adalah applikasi kreatif yang membolehkan pengguna menghasilkan video kreatif 6 saat. Ciri terbaru Vine yang membolehkan pengguna mula & henti merakam hanya dengan 1 sentuhan, membolehkan pengguna tidak hanya merakam klip video berdurasi 6-saat, tetapi banyaaaaaak video berdurasi 6-saat yang bersambungan. Dapatkan Vine di Google Play Store sekarang! Kawan2 boleh lakukan carian "Vine Co." dalam Google Play Store; atau klik sahaja link ke aplikasi Vine di sini . Pengguna iPhone akan cemburu dengan kita, hahaha Kenapa? Sebab Vine versi Android mempunyai keupayaan untuk fokus tidak seperti versi iPhone... hahahaha. Untuk fungsi-fungsi lain Vine silalah baca sendiri di sini . Vine finally comes to Android phones ...

[t13f03] Tedi singgah di Azman Tomyam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Azman Tomyam terletak di awal susur masuk ke Dengkil daripada Cyberjaya melalui Jalan Pintasan Dengkil Dengkil Food Paradise Samosa Hangit Inti Sardin Azman Tomyam terletak di awal susur masuk ke Dengkil daripada Cyberjaya melalui Jalan Pintasan Dengkil Tiba-tiba sahaja Master melencong masuk ke susur masuk Dengkil. Rupa-rupanya ada kedai makan di tepi tu dengan lampu berwarna-warni. Di situ terdapat kedai Azman Tomyam , kedai Dengkil Food Paradise , kedai cuci kereta dan juga  bengkel kereta. Kedai cuci kereta tu buka lagi pada waktu itu, jadi bolehlah jika kawan-kawan nak basuh kereta pada waktu malam di situ. Sebenarnya Master berkenan untuk singgah di Dengkil Food Paradise tu tapi suasana di kedai makan tu gelap sahaja, tak bukak la tu. Jadi terpaksalah makan di Azman Tomyam, takkan nak naik kereta cari tempat makan lain pula kan? Master kata Nasi Goreng Seafood dia ...

Prev Next

Popular