5 Telefon Pintar Terbaik T10
Lamanya Tedi tak ambil tahu pasal gajet moden ni. Hari ni Tedi baca pasal telefon pintar tahun ni dan nak kongsi 5 telefon pintar yang boleh dikatakan terbaik. Apple iPhone 4 Mesti ramai kenal akan iPhone 4 ni walaupun tak memilikinya. Mula menggunakan iOS4, telefon pintar ini meninggalkan pesaing melalui hahan buatannya yang berkualiti (ada kelas), rupanya yang menarik & juga perisian yang mengandungi ciri2 mudah-guna, pantas & tawaran apps yang melambak. iPhone 4 mempunyai masalah antena, namun tidak dipedulikan sangat oleh penggemar gajet. Selain itu ia juga kurang keupayaan widget yang ada pada Android. HTC Evo 4G Produk terulung HTC bagi tahun 2010. Telefon pintar pertama yang melebihi skrin 4-inci. Telefon pintar 4G pertama di Amerika Syarikat. Telefon pintar pertama menawarkan kamera 8.0-megapiksel. Memandangkan saiznya, Evo 4G kuat "makan" bateri. Google Nexus One Telefon pintar terkemuka pertama untuk 2010, diperkenalkan tidak la...