Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Warna Planet HD 189733b telah dikenalpasti.

Akhirnya para saintis dapat menentukan warna sebenar planet HD 189733b. Tedi ternganga apabila statistik carian interpretZZ menunjukkan ada manusia yang cari "budak couple seminggu" di interpretZZ ini. Entah kiriman manalah dalam interpretZZ yang ada kaitan dengan carian beliau itu? Daripada duk sibuk pasal budak-budak, baik Tedi baca pasal planet di angkasa raya kita.
Planet yang bertuah pada kali ini adalah Planet HD 189733b. Boring sungguh nama itu, kan?
Serba sedikit mengenai Planet HD 189733b:Planet yang terletak sejauh 63 tahun-cahaya daripada Bumi dikatakan berwarna Biru Cobalt.Penemuan ini adalah melalui pemerhatian oleh Hubble Space Telescope.Tapi jangan terpedaya dengan warnanya, kerana planet ini adalah:planet bergas panas dengan suhu 1800 Fahrenheit (1000 Celsius)berhujan kaca dalam angin berkelajuan 4350 batu sejam (7000 km/j).perbezaan suhu siang dan malam sebanyak 500 Fahrenheit (260 Celsius) adalah punca kepada angin kencang di sana.Ini merupakan penemuan pe…

Android sebenarnya direka untuk kamera

Pasti ramai yang kenali Android. Ia adalah sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan di atas bahasa aturcara Java. Sistem operasi untuk telefon pintar keluaran Apple pula adalah iOS, manakala Microsoft juga cuba perkenalkan sistem operasi mereka iaitu Windows yang Tedi kenal sebagai Windows CT sebelum Windows 7 RT dan kini Windows 10.Sistem operasi bagi sesiapa yang tak tahu adalah satu sistem yang hubungkan apps pada telefon dengan perkakasan telefon itu sendiri.Menariknya adalah sistem operasi Android itu dikatakan dibangunkan untuk kamera. Perkara ini dikhabarkan sendiri oleh Andy Rubin iaitu pengasas bersama Android pada tahun 2013.Namun apabila telefon pintar mula memasuki pasaran, mereka mula merasakan bahawa pasaran untuk lamera adalah tidak meluas, jadi mereka ubahsuai Android supaya boleh digunakan pada telefon pintar.Langkah yang mereka ambil itu amat bijak kerana kini orang ramai dah tak berapa guna kamera digital untuk menangkap gambar.Android telah dibeli oleh G…

Tokki berpindah ke Felda Bukit Rokan Utara kali kedua

Tokki diarahkan berpindah ke Felda Bukit Rokan Utara dan pemindahan barang-barang milik Tokki dipindahkan dari Felda sungai Lui ke Felda Bukit Rokan Utara menggunakan lori trailer milik FGV. Sebelum zaman FGV, lori ini di bawah kendalian FELDA Angkut.Ini adalah kali kedua Tokki berkhidmat di Felda Bukit Rokan Utara, mungkin dipanggil semula atas permintaan rakan-rakan sejawat.Proses pemunggahan barang-barang dibantu oleh jiran-jiran lama dan baru, dan juga peneroka di Felda Bukit Rokan Utara.  Barangan sedang dipunggah ke luar daripada sebuah lori treler FGV 18 tayar ketika Tokki berpindah tempat bertugas dari Felda Sungai Lui ke Felda Bukit Rokan Utara. Lori tailer ini sebenarnya adalah lori angkut kelapa sawit yang juga digunakan untuk membantu memindahkan barangan pegawai Felda semasa mereka bertukar tempat kerja.
# Saturday, 21 January 2017, 12:18 # 20170121 # DSC_7068 # Sony D2533 # Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, Malaysia # Lori treller adalah sebutan dalam bah…

Menguap (Tedi mengantuk)

:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ::.: Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam :.Menguap adalah lumrah manusia.Tetapi ia bukan sahaja berlaku kepada manusia malahan turut berlaku kepada makhluk Allah yang lain.Menguap in English adalah yawn, manakala perbuatan sedang menguap pula disebut yawning.Menguap bermaksud satu tingkahlaku tidak sengaja membuka mulut dengan luas dan sedut nafas dalam-dalam ketika kita keletihan ataupun kebosanan.Mari kita tengok siapa lagi yang menguap?*** 25 Mac 2018 ***

Aidan 3 bulan 10 hari di kenduri Makcik Hukiza

Kolaj aksi Aidan dalam stroller bayi semasa di kenduri kahwin aunty Hukiza di Pusat Komunity Taman Tun Dr Ismail. Umur Aidan pada masa ini ialah 3 bulan 10 hari.
# Sunday, 8 September 2019, 14:32 # IMG_20190908_143153-COLLAGE.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Taman Tun Dr Ismail Community Center #

Berniaga tak tahu harga?

"2 ringgit""Bukan biasa 1 ringgit 5 kupang?""Eh, ye ke? Kalau macam tu RM1.50. Maaflah, saya tak tahu harga."Dialog ini terjadi di antara si penjual dan pembeli semasa Tedi pergi ke kedai bawah untuk mendapatkan gam kunyah-kunyah (chewing gum) Mentos Pure Fresh. Si pembeli ketika itu nak beli setin minuman ringan.Bosan temani Master siapkan kerja dia jadi terpaksalah cari sesuatu untuk dikunyah tanpa perlu dimakan. Selalu Tedi beli Chewing Gum Mentos warna hijau, kali ni Tedi beli warna biru pula. Labelnya tertulis Mentos Pure Fresh Pure Breath.Paling penting ada tertulis sugarfreepada label, jadi nanti kalau gula naik harga macam yang dicadangkan pak menteri (atau timbalan menteri), Tedi nak tengok harga dia naik tak daripada harga sekarang RM 5.70.

Ketika memilih warna-warna itulah terjadi dialog di atas. Boleh pula si penjual kata dia tak tahu harga untuk gula-gula Mentos Pure Fresh itu?Habis tu kenapa dia berani letak harga RM2 pada permulaan proses j…

Mencari Harta Karun dalam Aktiviti Bina Pasukan

Mencari Harta Karun di MelakaJam 4:30 pagi 13 september 2019 nanti Master akan terpaksa bergerak ke Bangsar South kerana Master perlu berada di pejabat jam 6 pagi.Tujuan utama bergerak dari rumah pada jam 4:30 pagi tu adalah untuk keluar kariah sebelum Subuh untuk mendapatkan pengecualian solat Jumaat kerana bermusafir. Beliau akan menyertai satu pencarian harta karun menaiki kereta Viva bersama kawan sepejabatnya.Pencarian harta karun tersebut akan bermula dari Bangsar South (Kampung Kerinchi) dan berakhir di Jonker Walk di Melaka.Mereka perlu menyelesaikan soalan atau panduan menggunakan aplikasi Goose Chase.Tema Denim BiruPada waktu malamnya pula ada majlis makan malam bertemakan denim biru.Nasib baik Master ada baju denim tersebut dan dipadankan dengan mana-mana seluar jeans yang selalu dipakai ke pejabatnya.Aktiviti bina pasukan pejabat Master ni akan berlangsung selama sehari setengah sahaja di Hotel DoubleTree by Hilton Melaka.

Kumpulan gelandangan dipergunakan untuk beratur dalam cubaan penipuan beli iPhone.

Ramai yang menjadikan iPhone 5S sebagai bahan jenaka, tetapi sekumpulan gelandangan di Los Angeles dizalimi kerananya.

2 orang runner telah mengambil sekumpulan gelandangan dan membawa mereka ke Apple Store di Pasadena.Runner itu bekerja untuk seorang peniaga yang tidak dikenalpasti.Gelandangan itu diarahkan turut beratur dalam barisan untuk membeli telefon pintar baru itu menggunakan voucher.Mereka dijanjikan USD $40 untuk setiap voucher yang digunakan.Namun berlaku kekacauan sebaik sahaja pintu dibuka menyebabkan rancangan jahat peniaga itu gagal.Dia dihalau keluar dari Apple Store itu setelah sempat memperolehi hanya beberapa iPhone.Peniaga jahat itu kemudiannya enggan membayar upah yang dijanjikan kepada baki gelandangan yang tidak sempat menggunakan voucher itu.Polis membawanya pergi demi memastikan keselamatannya yang diancam kumpulan gelandangan yang tersangkut berbatu jauhnya dari kejiranan mereka. (Huk aloh! inilah dia, orang kaya diutamakan)."Ini adalah ketamakan yang t…

Berkebun malam hari...

Balik jer dari sekolah, Tedi terus ngadap kebun. Jam dah menunjukkan jam 10 malam, sebab ikut Mommy & Master dinner di restoran berdekatan.
Mesti Mommy pelik kan? Tiba-tiba jer rajin, hahaha.
Ini gara2 baca post "Our Tropical Garden - Updates May'13" oleh kak Ummu Aidan la ni.  Tak sia2 masukkan blog dia dalam bloglist Tedi, memang bermanfaat! Walaupun ada sedikit perasaan hasad dengki kepada kehijauan kebunnya itu. Kalau Tedi kenal anak kak Ummu Aidan tu, nak hasut dia sabotaj kebun mak dia! Hahahahahahahahahahaha. (Rahsia tau, jangan bagitau kak Ummu Aidan.)
Tedi mula letak baja najis ayam yang Master amik dari kampung di Negeri Sembilan.
Selain tu Tedi mula merumput. Sebelum ni tak pernah sebab Tedi fikir rumput-rampai tu akan tolong pecahkan struktur tanah laterite di "kebun" Tedi tu. Bila Tedi merumput tu, baru la Tedi faham kenapa pentingnya merumput, akar2 rumput tu dah memenuhi tanah kebun Tedi tu, rumputnya takde la banyak mana, tapi akarnya fuyoo…

Honda HR-V terkeluar... Subaru XV STI mula mengambil tempat.

Pandu uji Honda HR-V sekali lagiPagi semalam kami hantar Mak Long Ili ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Dia naiki pesawat MAS ke Kota Bharu, bersama anak sulungnya, Amar.Usai urusan menghantar mereka ke Balai Berlepas, dan sesudah membayar lapan ringgit lebih untuk parking selama sejam lebih, kami kehilangan arah tuju.Master membawa kami melalui Charterfield Town dan kemudian kami tersilap masuk ke hotel Concorde. Apalah pelik benar bulatan di sana yang simpangnya terus ke dalam kawasan hotel.Kemudian kami membelah Labohan Dagang terus ke Bandar Baru Nilai, dengan tujuan memandu uji sekali lagi HR-V di Honda Nilai. Malangnya apabila kami sampai di sana, HR-V pandu uji tidak nampak kelibatnya.Setelah bertanya kepada ejen penjual di situ yang kelihatan agak berat menjawab, kami dapat tahu bahawa kereta pandu uji HR-V itu berada di Tesco Nilai untuk satu majlis promosi Honda.Majlis itu agak meriah, di mana semua produk berkaitan Honda ada dipamerkan. Setelah mendaftar dan men…

Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM

Petang tadi Master balik lambat kerana ada penilaian prestasi kerja tahunan atau dalam bahasa Inggeris disebut appraisal.Terpaksalah Mommy dan Tedi menunggu Master di lobi pejabat beliau di Bangsar South. Jam 8 malam barulah Master menunjukkan batang hidung beliau yang mancung bak seludang tu kepada kami berdua.Sampai sahaja di lobby Master memaklumkan bahawa kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM yang semalam kami hantar kepada Pak Lang telah siap dibaiki, dan kami boleh menjemputnya di Batang Benar.Ganti Bearing Tayar Belakang KananKali ini Master meminta Pak Lang menggantikan bearing tayar sebelah kiri yang disyaki rosak, tetapi sebaliknya bearing yang rosak dan menghasilkan bunyi bising itu adalah bearing tayar belakang sebelah kanan kereta Proton SAGA BLM tersebut.Kos untuk satu unit rear wheel bearing tersebut cuma RM 55, jauh berbeza harganya berbanding di bengkel yang selalu kami singgah, iaitu RM 95.Jenama bearing yang kami gunakan kali ini ialah SKF dari Sepanyo…

Aina 1 tahun 4 bulan 4 hari

Gambar koleksi kasut bayi perempuan dan lego siri kenderaan. Juga gambar Aina semasa kenduri kahwin di Kuching di Sarawak. Kasut-kasut Aina memang kecil tidak padan dengan umurnya menyebabkan sukar untuk mencari kasut yang sepadan dengannya.
# Sunday, 24 June 2018, 13:03 # 20180624-1259 (7) # SONY ILCE-5000 #

Pelancaran selesai, cabaran baru bermula.

Tadi selesai satu majlis pelancaran salah sebuah projek sekolah Tedi.

Kelam-kabut juga Tedi sepanjang hari menyiapkan apa yang patut.Lagi kelam-kabut apabila apa yang selama ini diuji dengan baik, tiba-tiba sahaja tidak berjalan!Nasib baiklah dapat sedikit ilham.Nasib baiklah ada rakan sekerja yang boleh membantu menyelesaikan sedikit cabaran yang dihadapi.Hari ini balik lewat, esok ada kerja sekolah yang lain menanti...Tedi kepenatan...

11 November 2014

ASUS Nexus 7 : yeay Tedi dapat tab!

Yeah, taksangka Tedi dapat tablet sendiri. Master bawak balik semalam, dia kata hadiah daripada kompeni. Tedi tak pernah kenal Nexus, apatah lagi Nexus 7. Tedi tengok harganya di lelong.com cecah RM 1000 utk version 32gb. Dan RM 888 untuk versi 16gb.

Tedi tak dapat nak buat kerja sekolah

Masalah betul la...
Tedi nak buat kerja sekolah tapi komputer Tedi ni ada masalah la pula.

Kawan sibuk perli sebab tak buat kerja sekolah tapi apa dia tahu kan?

Kalau orang tak tahu, main perli-perli camtu, kita buat donno jer, bukannya luak pun. Bukan dia nak tolong pun.

Hari ni dekat seminggu Tedi bersihkan komputer Tedi ni sebab Tedi nak install sesuatu untuk kerja sekolah Tedi tu.

Sebelum ni dah puas cuba install tapi gagal.

Jadi Tedi uninstall semua perisian yang berkenaan tapi mungkin sudah korup kerana versinya sudah lekang dek panas, lapuk dek hujan.

Tapi Tedi takkan cuba siapkan semuanya malam ni kerana esok mengantuk ke sekolah.. dalam kereta nanti bukan Tedi boleh lelapkan mata.

Lagipun beruang yang comel perlukan rehat yang cukup untuk mengekalkan kecomelan beliau.

Tapi sempat lagi Tedi tonton Running Man dalam saluran youtube, memang kelakarlah... ada je perangai dan keletah mereka yang menggeletek hati...
17 February 2014

Rohingya Burma dikhianati Aung San Suu Kyi

Azeem Ibrahim: The Rohingya of Burma -- Betrayed by Aung San Sui KyiSudah lama Tedi dan Master ikuti kisah kaum Muslim Rohingya di negara Burma atau nama barunya Myanmar.
Penderitaan mereka seolah-olah tidak mendapat pembelaan. Anehnya saudara2 mereka di Malaysia juga seolah-olah tidak terasa. Sebelum ini kedengaran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu mengajak Parti Kebangsaan Melayu Bersatu Baru (UMNO) untuk sama2 memperjuangkan nasib kaum Rohingya di Parlimen Malaysia, dan Tedi masih menunggu khabar selanjutnya.Selain itu percubaan Organization of Islamic Conference (OIC) untuk membuka markas di sana yang menyelia pembahagian bantuan juga ditolak oleh Burma. Betapa lekehnya OIC? Betapa kecewanya Tedi.Paling mengecewakan apabila pemimpin Burma, Aung San Suu Kyi yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan seolah-olah hanya berdiam diri!Benarlah kata2 Martin Luther King, "Pada akhirnya, bukan kata-kata musuh yang kita ingati, tapi diamnya kawan-kawan kita."Cuma, benarkah Aung San …

Aina dan Aidan ke rumah pengasuh

Akhirnya setelah 3 bulan Mummy bercuti kerana berpantang sempena melahirkan Aidan, masanya telah tiba untuk Aidan menuruti jejak langkah kakaknya untuk tinggal bersama pengasuh semasa Mummy dan Master bekerja.Ini bermakna Aidan dan Aina perlu mengembara sejauh 100 kilometer setiap hari.Aina pula akan kembali ke rumah pengasuhnya setelah 3 bulan tidak ke sana. Aidan berumur 3 bulan 6 hari. Hari ini adalah hari pertama Aidan akan dihantar ke rumah pengasuh bersama kakaknya si Aina.
# Wednesday, 4 September 2019, 07:17 # DSC_9151 # Sony G3226 # Hari pertama setelah Mummy bercuti berpantang selama 90 hari, Aina dan Aidan dibawa ke rumah pengasuh. Gambar Aina duduk atas baby car seat Sparco berwarna merah. Master kejutkan dan mandikan Aina pada awal pagi. Aina agak berkelakuan baik kali ini kerana mahu duduk atas kerusi kanak-kanak tidak seperti sebelum ini di mana dia tak mahu duduk dalam baby car seat. Umur Aina pada masa ini ialah 2 tahun 6 bulan dan 14 hari.
# Wednesday, 4 September 2019, …

Niat Solat Jenazah Dewasa, Kanak-Kanak, dan Ramai

Koleksi niat solat jenazah dalam tulisan rumi dan jawi untuk panduan kita semua.Ejaan rumi membantu kita memahami lafaznya tetapi lebih baik berniat dalam Bahasa Melayu jika kita benar-benar tak arif perihal niat dalam Bahasa Arab.Niat Solat Jenazah Kanak-kanak Lelaki"Sengaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (lelaki) ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Ta'ala"Niat rumi solat jenazah kanak-kanak lelaki : "usolli ala hazal mayyitil tofli arba'a takbiratin fardol kifayati imama / ma'muman lillahi ta'ala"

Doa Pagi

Bismillahu ma na da'u
Fi ghudu wir wa rawa
Laka minna kullu hamdin
Fi masa'i wa sobah
Hablana minka rosyada
Wahdina subula solah
Inna taqwallahi nurun wa tariqu lil falahDengan namamu Ya Allah
Kami meminta pada waktu pagi dan petang 
bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang 
kurniakan kami dari sisi-Mu petunjuk 
Tunjukkan kami jalan kebaikan 
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah 
Cahaya dan jalan kejayaanIni adalah lirik nasyid bertajuk Doa Pagi nyanyian munsyid Hijjaz dari Malaysia. Ia adalah sebuah nasyid yang ringkas dengan bacaan doa pagi dalam bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.Nasyid ini dimulakan dengan kokokan ayam dan kemudian disertai bunyi unggas ketika munsyid Hijjaz memulakan bacaan doa pagi Bahasa Arab.Perkataan bahasa Arabnya yang Tedi fahami sedikit sebanyak adalah seperti berikut:Bismillah : dengan nama Allah bi : denganismi : namama : apana : kamida'u : berdoala ka : untukmu la : untukka : kamuminna : daripada kami min : darina : kamikullu : selur…

Melancong ke Bangkok hari ke-4

Diari hari ke-4 kembara di Bangkok ini dipenuhi dengan aktiviti free and easy... shopping... shopping.Chatuchak Weekend Market Kami ke sana menaiki tuk-tuk. Pasar ni terletak di sekitar Jatujak Plaza. Macam-macamlah mereka jual. Figura aksi Detektif Conan yang menjadi kegilaan Mummy. Tapi cukuplah sekadar window shopping... atau mungkin ada beli seketul dua... tak ingat pula.. macam tak ada je dalam stor.
# Sunday, 27 November 2016, 12:00 # 20161127-bangkok-hari-4 (72).JPG # SONY ILCE-5000 # Unnamed Road, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Negara Thai # Gambar kraftangan anyaman berbentuk haiwan yang pelbagai dijual di Chatuchak Weekend Market.
# Sunday, 27 November 2016, 14:27 # 20161127-bangkok-hari-4 (87)-EFFECTS.jpg # SONY ILCE-5000 # weekend market, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Negara Thai Gambar deretan jersi lelaki dan jersi wanita kelab bolasepak Eropah seperti Manchester United, Liverpool, Inter Milan, Barcelona, Ju…

Awas! Ular dalam kasut...

Setiap apa perbuatan kita mungkin akan menjadi bencana jika silap tempat, masa dan cara.Ini adalah foto yang dikongsi melalui aplikasi Whatsapp, tidak tahulah asalnya dari mana dan daripada siapa.Namun ia amat terkesan di hati Tedi dan mungkin kepada kawan-kawan di luar sana.Berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana kemalangan bisa terjadi di mana-mana.Contohnya dalam foto ini terdapat seekor ular duduk berlingkar dalam selipar.
Awas. Selalu kita tinggal kasut kat luar rumah... Tapi setiap kali kita nak guna kita akan terus pakai.
Selepas ni pastikan kita check dulu sebelum guna. Clicks Sport.

Mengintai ...

Setiap makhluk punya rasa ingin tahu Apa rahsia yang tersembunyi Di sebalik sesuatu apa jua
Intai.
Intai adalah perbuatan mencuri melihat sesuatu sambil menyembunyikan diri.
Intai dikaitkan dengan intip.
Intai menggunakan mata. Intip menggunakan semua indera.
Intai terkandung dalam intip. Intip boleh tanpa intai.
Intai boleh juga berlaku tanpa menyembunyikan diri, tetapi diri kita memang sedia terselindung di sebalik sesuatu.
Intai juga boleh berlaku apabila penglihatan kita terlindung oleh sesuatu.

Apa Tedi mengarut ni?
Lantak la.


Pesawat IntaiMaksud perkataan "intai"16 Mei 2013

Lampu Panel LED CSL

Lampu panel LED kegemaran Master dibeli pada harga RM 27 (dua puluh tujuh Ringgit Malaysia). Lampu panel LED ini tidak gunakan mentol sebaliknya menggunakan sekeping panel LED. Master beli untuk dipasang dalam bilik air di bilik tidur utama. Ini adalah set kedua dibeli Master.
# Monday, 2 September 2019, 17:31 # IMG_20190902_173105 # Xiaomi Redmi Note 5A

Pesanan buat diri

Kau kebuntuan namun tidak keseorangan Kau punya jalan, namun tidak ketemukan
Kau berasa dalam kegelapan walaupun disirami cahaya Mungkin kerana dadamu sesak ditekan masa
Tetapkan langkahmu, langkah satu-persatu Utamakan jalan yang lurus daripada yang berliku Semoga kau ketemukan destinasi yang dicari Dengan usaha diri dan ketetapan Illahi Rabbi Oleh itu teruskan berusaha dan berdoa
Jalan itu tidak semestinya lurus Ia kan ada persimpangan, punya halangan Pilihlah yang mana sesuai dengan keupayaan dan kekangan.
Kau punya masa, namun takkan pernah jadi pemiliknya Maka bahagikan ia sebaiknya
Manusia takkan pernah faham Maka jangan kau harap belas ehsan mereka Kerana hakikat manusia melihat hasil Berbeza dengan Allah yang melihat usahamu
Tetapkan niatmu Dan berserah kepada Illahi.
Dia Maha Penentu.

Tedi di sekolah ni, cuba menyiapkan projek yang terbantut.Mati idea dibuatnya padahal solusinya dah lama Tedi punya.Cuma mungkin kerana keterbatasan masa maka Tedi tertekan dan tak dapat berfikir dengan waras...
24 M…

Smart Tomcat : NullPointerException

Hari ini buka Intellij Idea Community edition versi seperti berikut:IntelliJ IDEA 2019.2.1 (Community Edition)
Build #IC-192.6262.58, built on August 20, 2019
Runtime version: 11.0.3+12-b304.39 amd64
VM: OpenJDK 64-Bit Server VM by JetBrains s.r.o
Windows 10 10.0
GC: ParNew, ConcurrentMarkSweep
Memory: 1963M
Cores: 8
Registry: ide.tree.ui.experimental=false, ide.balloon.shadow.size=0
Non-Bundled Plugins: DBN, Lombook Plugin, MoreUnit, Native Neighbourhood, com.alexanderpa.flyway.migration.creator, com.github.ranzou06.javadoc, com.poratu.idea.plugins.tomcat, com.weirddev.testme, com.chrisrm.idea.MaterialThemeUI, izhangzhihao.rainbow.brackets, me.xdrop.night-owl, org.sonarlint.idea, trainingKemudian mulakan gradle explodeWar, kemudian cuba debug menggunakan Smart Tomcat tiba-tiba dapat error Error running 'Portal': java.lang.NullPointerException.Melalui carian Google, cuma perlu edit dan apply run configuration untuk projeck tersebut.Apakah halnya ni?https://intellij-support.jetbrains.co…

Hentian sebelah Ceneh Baharu

17 November 2014

Suka hati Tedi la nak kongsi apa pun... APTB

Sebenarnya Tedi nak jawab pada entry ni : Diana Rashid: Beri la perhatian sama pada blogger baru.



Tapi takkan nak komen panjang2 kan?
Lagipun nanti kaum manusia fikir Tedi suka cari gaduh!
Sebenarnya Tedi nak bagi pendapat jer.

Bagi Tedi, terpulanglah kepada seseorang manusia tu nak kongsi apa yang dia suka asalkan tidak melanggar batas syariat dan adat.
Sebab bagi Tedi apa yang kita suka belum tentu orang lain suka.
Lagipun Tedi bukan nak share sangat pun, tetapi lebih kepada nak archive semua bacaan Tedi.

Nama pun blog, singkatan kepada weblog iaitu log atas laman web.
Dah namanya log, maka terpulanglah kepada Tedi nak log apa pun dalam log Tedi.

Mungkin Tedi tak faham apa yang akak tu rasakan.
Kerana citarasa dan pandangan kita masing-masing berbeza.

Ah, tak kisah la.
Tedi nak ikuti apa lagi perkembangan kawan2 Tedi di seluruh dunia.
Banyaknya isu melanda.
Semoga rakyat Malaysia dan kaum manusia akan semakin bijaksana.
Kerana musnahnya alam dan pupusnya haiwan kerana kebodohan mere…

Hantar Mommy ke Jazeerat El-Rahah, Bandar Baru Bangi

Sudah lama Mommy cari saloon rambut Muslimah di sekitar rumah.
Saloon yang terhampir adalah di Bangi, mungkin susah nak cari saloon rambut muslimah ni sehinggakan kami terpaksa ke Bangi pula.

Bangi adalah suatu kawasan yang agak kurang Master kenali dan jelajahi, jadi jalan di sana Master kurang ngerti.

Pada mulanya kami set ke Hajaba, kerana dalam peta Jazeerat El-Rahah tu ada disebut pasal Hajaba. Semasa Mommy telefon pun mereka sebut pasal Hajaba.

Sebenarnya sebelum itu Master cuba set Waze ke Jalan Seri Bangi 8/35, namun Waze tak kenal, maka kami terpaksalah berpandukan kepada Hajaba.


Apabila set ke HAJABA, kami dihantar ke Jalan 8/5, bukan Jalan 8/35.

Master terpaksa periksa Waze semula dan cari peta secara manual kerana ternyata apa yang ditunjuk dalam Waze itu adalah palsu walaupun alamatnya betul. Mungkin ada manusia yang salah set?

Nasib baik dekat je Jalan 8/35 tu, maka kami segera sampai, tapi sekali lagi kami tak ketemui HAJABA tu. Apa yang kami jumpa adalah Sendayu Tinggi…

Sport Arena dan Century Square, Cyberjaya

Sambil melepak di pejabat Master di Century Square sempat juga Tedi bermain-main dengan Canon Digital IXUS 80 IS.Fungsi yang Tedi paling suka pada kamera IXUS 80 IS ni adalah tapis mengikut warna di mana kita boleh pilih satu warna dan kemudian tangkap gambar, objek yang paling sinonim dengan warna tersebut akan menyerlah.Sebagai contoh di bawah ni apabila Tedi pilih warna coklat, ia akan filter out warna lain, tinggal warna paling sinonim dengan coklat sahaja menyerlah. Selalunya Tedi akan pilih warna yang di tengah-tengah untuk hasilkan gambar yang suram.Apabila tiba waktu balik kerja, Master selalu berehat di kedai makan di Sport Arena. Di kawasan ini jugalah para penyewa meletakkan kenderaan mereka. Tiada bayaran parking yang dikenakan, tapi siapa lewat memang susahlah nak dapat parking.Pada waktu malam sebegini tidak hairan ada banyak kereta di sini, kerana ramai yang bekerja mengikut shift iaitu pada waktu malam, mungkin kerana mereka perlu support syarikat antarabangsa selaluny…

Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor

Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor
Kompleks Penggawa Daerah Pengkalan Kubor, Kampung Geting, Tumpat, Kelantan.
wifi komuniti
# Sunday, 30 June 2019, 17:56 # IMG_20190630_175647 # Xiaomi Redmi Note 5A # Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor, Kampung Geting, 16200 Tumpat, Kelantan # 6497+M7 Tumpat, Kelantan

Taqwa

Maksud perkataan "taqwa"Taqwa adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud "sedari Allah atau kebenaran", sering diterjemahkan sebagai "takut kepada Allah".Al-Muttaqqin adalah gelaran kepada orang yang bertaqwa iaitu orang yang digelarkan Ibnu Abbas sebagai yang "orang yang beriman yang menghindari syirik dengan Allah dan yang mentaati-Nya", selalunya disimpulkan sebagai orang yang menuruti perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.Maksud La Ilaha IllallahLa Ilaha Illallah terdiri daripada 4 perkataan iaitu:La = tiada / tidakIlah = TuhanIlla = melainkan / kecuali / selainAllahKalimah "La ilaha illallah" bermaksud "tiada tuhan selain Allah".Lirik lagu Taqwa nyanyian OpickLa ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallahLa ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallahKu bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri di ke-Maha-an-Mu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagala…

Kiriman Berkaitan