Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Berapa liter minyak dari Kota Kinabalu ke Kundasang?

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang hanya melibatkan jarak 90 kilometer. Jika dikira pergi balik, keseluruhan jarak hanya akan melibatkan 180 kilometer.

Mengikut statistik yang Tedi buat selama ini, Proton SAGA BLM IAFM 1.3MT hanya menggunakan 2 bar petrol sahaja untuk jarak 320 kilometer.


Di Kota Kinabalu kami menyewa sebuah Proton SAGA FLX dengan transmisi automatik. Ketika kami mengambilnya, bekalan petrol tinggal 2 bar sahaja.

Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk mengisi petrol sebanyak RM 30 atau 14.29 liter.

Ini mungkin kesilapan yang boleh jadi besar kerana kami terlupa fakta-fakta berikut:

perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang melibatkan pendakian banjaran gunung. Lebih teruk apabila lebuhraya itu hanya ada 2 lorong dan kekurangan lorong memotong.Banyak lori dan bas di sepanjang perjalanan, maka pergerakan agak perlahan.Penggunaan bahan api pada kenderaan dengan transmisi auto adalah lebih banyak berbanding kenderaan transmisi manual.Harga petrol RON 95 telah…

Cara-cara Menggantikan Hujung Perkataan dengan Koma menggunakan Notepad++

Banyak tugasan Tedi yang memerlukan Tedi untuk menggantikan hujung beribu perkataan dengan koma untuk kegunaan tertentu.Takkanlah Tedi nak letakkan satu-persatu?Maka Tedi pun memilihlah untuk menggunakan jalan ringkas yang boleh dicapai menggunakan aplikasi Notepad++.Cara-cara Menggantikan Hujung Perkataan dengan Koma menggunakan Notepad++Buka dialog find and replace (tekan CTRL+H).Kemudian pilih "Regular expression" pada bahagian 'Search Mode' di sebelah bawah.Pada medan "Find what" masukkan ini: [\r\n]+Pada medan "Replace with" masukkan tanda koma: , Ada satu ruang kosong selepas tanda koma tersebut. Ini contoh jika nak guna koma, jika nak digantikan dengan simbol lain boleh juga.Proses ini turut melibatkan baris kosong maka lebih baik buang dahulu baris kosong.Jika ada ruang kosong, lebih baik dibuang dahulu dengan menggunakan peralatan yang disediakan, iaitu:EDIT -> Blank Operations -> Trim Trailing SpaceatauTextFX -> TextFX Edit ->…

Kesilapan ketika bedung bayi boleh jejaskan pertumbuhan mereka.

Kawan-kawan tahu apa itu bedung?
Bedung adalah teknik membalut bayi dengan kain.
Ia dipercayai membantu menenangkan bayi, mengelakkan bayi menangis dan membantu bayi tidur lena.
Makcik kepada Mommy pun pernah memberi amaran kepada Mommy supaya bedung Sakinah ketika tidur supaya tidak terkejut dan diserang sawan. Sawan apa namanya, Tedi lupa pula. Mungkin sawan sangkut?
Siapa itu Sakinah? Tak perlu kenal siapa dia, tak penting pun...
Tetapi, professor Nicholas Clarke daripada Southampton University Hospital yang terletak di England menasihatkan ibu bapa bahawa teknik bedung yang salah akan menjejaskan pertumbuhan pinggang bayi mereka! "Untuk membenarkan pertumbuhan pinggang yang sihat, kaki bayi sepatutnya dibiarkan bengkok ke atas dan ke arah keluar dari pinggang mereka. Posisi ini membenarkan perkembangan semulajadi sendi-sendi pinggang." - tulis Clarke dalam jurnal Archives of Disease in Childhood. Pakar juga memberi amaran bahawa membedung bayi terlalu ketat boleh menyeba…

Jangan beri kucing minum susu lembu!

Kiriman berkaitan Jangan beri kucing minum susu lembu!Bolehkah kucing minum madu Manusia sibuk bertanya, adakah kucing boleh minum susu lembu?
***** Nampaknya selepas kaum manusia ni sibuk nak beri kucing minum madu, kini mereka nak beralih kepada susu lembu pula.

Jawapannya ialah kucing tak boleh minum susu lembu.

Tetapi jawapan sebenarnya ialah selepas bercerai susu, kucing tidak sepatutnya minum susu. Ini adalah kerana mereka berubah menjadi tidak mesra laktosa.



Apakah itu laktosa?
Laktosa adalah sejenis gula dalam susu. Ia perlukan enzim lactase untuk dihadamkan.

Kucing yang telah bercerai susu tidak mampu untuk menghasilkan enzim ini (dengan secukupnya) untuk menghadamkan susu secara sempurna.

Apakah akan terjadi apabila susu tidak dihadamkan dengan sempurna?
Sepatutnya laktosa akan diuraikan oleh enzim lactase kepada gula ringkas yang kemudiannya akan diserap oleh darah.

Sebaliknya susu yang tidak hadam akan kekal dalam sistem penghadaman di mana bakteria mula bertindak balas seh…

Bacaan Tedi: Bayar tip $446 untuk makanan $6

"Bagi tip ni bukan budaya orang Malaysia.", kata2 yang pernah diungkapkan Master.

Tedi percaya kata2 itu dipinjam daripada mana2 pekerja Bangladesh yang kecewa dengan orang Malaysia. Tapi slanga tu kena tukar sikit kepada slanga Bangla.

Jadi, bila baca artikel CeCe Bruce, Steak 'N Shake Waitress, Gets Huge $446 Tip On $6 Meal From 'Regular' In Indianapolis ni, memang Tedi terkejut la.

Ada seorang pelanggan tetap sanggup bagi tip $446 hanya untuk makanan berharga $6! Wow. Mesti la pelayan itu sangat tak percaya, manakala kawan2nya mesti la green in envy.
Lagi2 lak pelanggan tu perempuan bernama Miss Jo dan pelayan itu juga perempuan.

Pelayan tu adalah pelajar di Martin University dan telah bekerja setengah-masa di restoran itu selama 2 tahun.

Bila dah rezeki, dapat la ke kita, cuma belum tentu ianya rezeki kita, mungkin ia rezeki mak bapak, anak2, atau juga towkey bengkel kereta.

Alim ulama kata, harta milik kita ialah harta yang kita belanjakan ke jalan Allah sub…

Error Log SPRING 4 MVC DOJO Hibernate JPA

Catatan error yang Master hadapi dan penyelesaiannya semasa membangunkan sistem web menggunakan framework Spring 4 MVC dengan DOJO, Hibernate, dan Java Persistence API (JPA).Cabaran besar semasa membangunkan sistem adalah untuk mengenalpasti punca sesuatu ralat (error). Jika tidak tahu punca masalah macam mana kita nak selesaikan sesuatu masalah?
Menyelesaikan sesuatu masalah dalam kod sistem adalah melalui proses debugging atau dalam Bahasa Malaysia disebut nyahralat.
How to debug SPRING MVC application in Spring Tool Suite?Pilih Window-->Show View--> Servers. Right Click pada nama server pada panel Servers,Pilih "Restart in Debug" atau pilihan Debug,Tambah breakpoints dalam kod,Klik kanan pada nama aplikasi anda, pilih Debug As --> Debug on Server.Gunakan bebutang F5 untuk masuk ke dalam method.Gunakan bebutang F6 untuk ke Statement seterusnya.Page Not Found 404Periksa jika link pada View tidak sama dengan apa yang set pada Controller.Unable to load Undefined statu…

Yayasan TM Menara TM Tower Run 2019

Yayasan TM Tower Run 2019: Nombor siri yang master gunakan untuk memanjat tangga-tangga Menara TM. Ini adalah acara pertama buat Master untuk tahun 2019 dan merupakan acara pertama dalam hidup Master memanjat menara TM. Ketika ini jam 08:19 pagi, manakala slot Men Open adalah pada jam 08:40 pagi.
* refreshment * medal * men open * life made easier * TM Group *
# Sunday, 10 November 2019, 08:19 # IMG_20191110_081955 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Jalan Pantai Baharu, Ground Floor East Wing, Menara TM, 50672 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur #

Ketulan dalam makanan kucing jenama Purina One Beyond

Berhati-hati dengan makanan kucing anda, mungkin ada ketulan pelik di dalamnya. Kejadian ini berlaku di Amerika Syarikat, namun boleh dijadikan pengajaran.


Bacaan lanjut mengenai kes makanan kucing berketul:Mold Reported in Purina One BeyondPurina, FDA investigate claim of moldy cat food 24 Mei 2013

Apa pula masalah YES 4G ni?

Huddle YES 4G asyik berkelip-kelip merah Masalah betul la dengan YES 4G ni, LED pada Huddle duk berkelip-kelip merah.

Apabila tanya pada Master, dia kata itu maksudnya Huddle tu tengah updatefirmmare. Ketika update tu jangan dimatikan huddle.

Tapi, Master kata update tu sekejap sahaja. Tak lama. Tapi ni dah berjam-jam tunggu ni. Tedi bawa Huddle tu naik tingkat atas, eh, LED tak berkelip la pulak (bertukar kepada warna kuning)! Agaknya dah habis update kot?
Tedi bawa turun bawah, Huddle tu berkelip-kelip balik... erm, masalah dengan network kot? Tedi bawa naik atas dan biarkan ia di sana, lepas tu Tedi minta tolong Master set jarak wifi tu bagi kepada medium, selalu guna short je sebab nak jimat bateri.
Nak jimatkan bateri apanya kalau asyik cas je?
Agaknya rangkaian YES 4G di Bandar Baru Salak Tinggi ni masih tak ok? ataupun sebab dah ramai pengguna sebab sebelum ni LED tu ada la juga nyala warna kuning.
Terpaksa la guna YES 4G ni sementara tunggu Unifi...
Beberapa punca huddle YES …

Petua menghalau nyamuk tanpa guna racun nyamuk.

Haaa, siapa di antara kawan2 tak kenal nyamuk?

Nyamuk adalah di antara haiwan special kerana nama beliau disebut dalam al-Quran oleh Allah subhanahu wa ta'ala sebagai bala tentera-Nya dan juga sebagai "ejekan" atau cabaran  kepada umat manusia yang sombong angkuh untuk cipta sesuatu seperti nyamuk.


Maka umat manusia sepatutnya kaji apa yang ada pada nyamuk sehingga Allah subhanahu wa ta'ala menggunakan beliau untuk mencabar mereka.

Itu cerita lain.

Sekarang cerita pasal teknik menghalau nyamuk.
Benarlah ada macam2 produk moden di pasaran untuk membasmi nyamuk tapi kadang2 ada di kalangan manusia yang takleh tahan dengan bau produk2 itu. Lagipun dikhuatiri bukan sahaja memudaratkan sang nyamuk, tapi kesihatan manusia juga.

Kaedahnya?Ambil daun limau purut atau limau kasturi asalkan bukan limau mandarin (tak tau la boleh guna tak?).Lumatkan mereka dengan seadanya.Masukkan dalam piring (atau apa2 bekas yang sesuai).Letakkan di tempat2 strategik (tempat gelap yang digema…

Bacaan Tedi: Malindo mula terbang dari Subang

Berita baik buat Mommy.

Malindo akan mula beroperasi dengan penerbangan ke Johor Bahru, Kota Bharu & Pulau Pinang.

Lebih persaingan bermakna harga lebih kompetitif akan ditawarkan oleh semua operator penerbangan yang terlibat.

Malangnya ketiga2 penerbangan Malindo itu hanya dari Subang Skypark. Dikhabarkan juga ada penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun Tedi yakin penerbangan tu bukan taraf tambang-murah.


Jadi Tedi rasa AirAsia masih takkan tercabar kecuali lebih ramai penumpang berasal dari kawasan berhampiran Kuala Lumpur.

Selain itu ada orang takut naik kapal terbang turbo-prop ni, kononnya gegar & akan jatuh jika ada air-pocket.

Tedi tanya pendapat Master, dia kata zaman dulu kala memang macam tu, tapi kapal terbang turbo-prop zaman sekarang dah ada enjin jet di bawah badan kapal terbang, jadi kalau ada air-pocket pun ia takkan jatuh.

Jatuh yang dimaksudkan ni bukan la terhempas kebaboom, tapi jatuh sekejap macam roller-coaster tiba2 turun m…

Senarai susu tanpa laktosa untuk kucing Malaysia

Okay, sebelum ni Tedi kata kucing Malaysia (dan yang sejenis dengannya) tak boleh minum susu yang ada laktosa.Tak kisahlah kucing anda tu anak kucing, baru lahir, anak yatim, mak kucing bunting, ibu kucing menyusukan anak, bapa kucing, datuk kucing, nenek kucing... susu tanpa laktosa untuk keluarga kucing memang amat sesuai untuk mereka.
Masalahnya di Malaysia ni apakah jenama susu tanpa laktosa yang sesuai untuk kucing?
Ini senarainya seperti yang dimaklumkan pihak CatsnDogs.my


ImejNamaKeteranganJangkaan Harga Bengy Barry Animal Milk Powder, 350g Vitamin A, B & C.Nutrisi penuh untuk anak kucing.Jaminan penghadaman lemak susu optimum.Sesuai untuk kucing sakitRM10.90 Green Empire Goat Milk for Cats, 250g100% semulajadi.Bagus untuk sistem imunisasi.Bebas laktosa.Kaya dengan vitamin B kompleks, enzim dan KalsiumSesuai untuk anak, bapak dan mak kucing.. datuk nenek pun boleh juga.Sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan anak (ibu kucing tau!).RM28.00 Pet Point Milk Powder for Puppies and Kitt…

Kereta Anti Kemalangan oleh Volvo

11 Disember 2012

Jalan Bangsar

Jalan Bangsar adalah jalan yang sibuk dan agak popular. Kami selalu gunakan jalan Bangsar apabila hendak ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan Jalan Bangsar adalah pintu masuk ke Kuala Lumpur.Apabila lengang suasana di sekitar jalan ini agak mendamaikan, namun apabila sibuk, agak mencengkam jiwa. Di sekitar jalan Bangsar ni ada kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menempatkan dua keluarga saudara-mara sebelah Mummy. Jalan Bangsar pad 31.12.2011 arah menghala ke KL Sentral, daripada NPE (New Pantai Expressway) dan juga Jalan Pantai Baharu, sebelum UOA Bangsar dan Stesen LRT Putra Bangsar Kelihatan bangunan Maybank Bangsar dan UOA Bangsar di kiri Jalan Bangsar apabila menghala ke Kuala Lumpur atau KL sentral

Pantai Sabak, Kelantan (#111206)

Sesekali apabila bosan menanti waktu berlepas di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, singgah sebentar di Pantai Sabak untuk mendengar deruan ombak.foto / gambar bulan pada siang hari di Pantai Sabak, Kelantan, Malaysia menambah kepada pemandangan pasir pantai yang indah. Lain kali boleh pula ikut rombongan ke Pantai Bali.

Lokasi pelik sarang burung

Apakah yang mendorong mereka membuat sarang mereka di lokasi-lokasi ini?

Adakah sebarang kajian pernah dilakukan untuk menjawab persoalan di atas? Mungkin Tedi akan cuba merungkainya pada masa lain.


Seribun

Daftar ini terhasil daripada persoalan mengenai nama Negeri Seribun Kota Mengkuang yang kononnya nama bagi Negeri Terengganu.

Apakah maksud perkataan "Seribun" itu? Pada pendapat patik yang hina ini, lebih bagus jika digunakan perkataan "Seribu". Maka bermulalah aktiviti patik mem-Bing dan meng-Google.
cuzzzganteng.wordpress.com: memori waktu tugas di Pulau BengkalisIni mungkin maksud perkataan tersebut:Seribu (satu ribu) terdapat lagu dari kumpulan Ungu, "Seribun Satu Cinta" yang lebih dikenali sebagai "Seribu Satu Cinta", mungkin ada sebahagian kecil orang Indonesia yang menggunakan seribun untuk seribu,ini diperkuatkan lagi dengan teks "ada dongeng dari kota seribun satu malam" yang patik percaya bermakna "ada dongeng dari kota seribu satu malam" yang merujuk kepada cerita-cerita dongeng 1001 Malam yang popular itu.juga beberapa hasil carian yang menukilkan nama "Kepulauan Seribun" di wilayah Indonesia. Dalam wiki…

Doa selepas berwudhu'

Sumber: http://kibarkidz.kibar-uk.org/ Ya Allah, jadikanlah kami di antara orang yang bertaubat dan jadikanlah kami di antara orang yang suci. Amin

Menunaikan Umrah TK-E-30

Melawat Ladang UntaSalah satu aktiviti semasa Mummy dan Master menunaikan umrah ialah melawat ladang unta. Mereka ke sana dengan pakaian ihram kerana selepas itu mereka pergi berniat di miqat untuk menunaikan umrah.Bau unta ini sungguh kuat dan melekat di pakaian ihram walaupun Master duk jauh-jauh. Selain bergambar dengan unta para pengunjung boleh cuba krim wajah berasaskan susu unta. Boleh juga beli susu unta dalam botol. Sayangnya Master tidak sempat mencuba susu unta kerana ia basi setelah disimpan semalaman. Gambar mata seekor unta di ladang unta di Arab Saudi mungkin berhampiran Telaga Hudaybia di kawasan Shamaisah.
# Monday, 30 May 2011, 12:39 # IMG_7069 # 20110530 # Canon DIGITAL IXUS 80 IS # CJRG+PM As Salamah, Makkah Arab Saudi # https://goo.gl/maps/NCNvh1XHg4kK67eB6 #

Gelaran hanya sementara

Gelaran Hanya SementaraBila saya mati, gelaran Dato Bentara Setia saya sudah tidak ada lagi, yang tinggal hanya Nik Aziz. Sama ada Tun, Tin ke Tan semuanya tidak ada lagi, yang ada hanyalah pahala.
Justeru, sekarang kita perlu segera jadikan amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah S.W.T kelak...Kad Merah Malaikat Saya berpesan kepada kita semua agar menjaga ibadat solat sekalipun berada di padang bola sepak. Kalau di padang bola sepak, tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah. Tetapi kalau dalam berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayangkan oleh malaikat...

Sejarah Pencipta Bertih Jagung (Popcorn)

Siapakah pencipta atau penemu bertih jagung (popcorn)? Erm... kali pertama Tedi mendapat soalan ini, Tedi berasa sangat santai, sebabnya Tedi percaya bahawa jawapannya tentu sahaja mudah dan ada di mana-mana dalam ruang maya. Tapi setelah Tedi menyelidik dan membaca beberapa rujukan, Tedi mula terfikir, tiada soalan lainkah cikgu nak bagi? Rupa-rupanya bertih jagung (popcorn) mempunyai sejarah yang panjang! Makanan ringan Zaman Batu? Zaman Batu atau zaman purba adalah zaman manusia masih menetap dalam gua dan menggunakan peralatan daripada batu. Ahli arkeologi telah menemui "bebunga" jagung berusia 80000 tahun di bawah Mexico City. Rupanya amat mirip dengan bertih jagung (popcorn) pada zaman ini. Ahli arkeologi percaya bahawa bertih jagung (popcorn) telah menjadi snek manusia gua. Bertih jagung (popcorn) dipercayai wujud pertama kali di Mexico, namun ia juga telah ada di China dan India beratus tahun sebelum Columbus menemui benua Amerika. Fosil y…

Kereta tertua di dunia bernilai USD $4.62 juta

Ini merupakan kereta berenjin tertua didunia yang masih boleh beroperasi dan berjaya dilelong dengan harga $4.62 juta, dengan 2 pembida bertarung selama 3-minit.

Sejarah: "Ulama wajar nasihatkan raja" - Muhyiddin Yassin

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 16 Januari 1993 bertajuk "Ulama wajar menasihatkan raja: MB"

Why so serious?

Tedi ada seekor kawan yang sungguh ganas. Tengok sendirilah gambar dia.


http://thepwnzone.wordpress.com/2011/07/20/batman-memes-n-funny-stuffz/

--- iklan teks --- --- iklan teks ---

Doa bangun daripada tidur, master berbicara

Tiba-tiba saja Master senyum selepas dengar 1 nasyid pasal doa sebelum dan selepas tidur. Tedi jadi pelik.
Tedi: "Nape Master senyum?" Master: "Takde apa-apa pun."
Tedi jadi marah. Tedi tau mesti Master sorokkan sesuatu. Agak-agaknya dia nak curik biskut Tedi tak?
Tedi: "Master tipu!" Master: "Hahaha, takde apa, dengar doa ni, baru terfikir maksud di sebaliknya." Tedi: "Mestila pasal kita bersyukur sebab kita hidup lagi kan?" Master: "Errm, bukan itu yang terlintas. Tapi sesuatu yang sesuai dengan sifat Nabi Muhammad SAW yang selalu bersyukur."
Apakah maksud Master?
"Haha, senang je. Tengok maksud doa tu. Selama ni Master duk fikir kita bersyukur kerana dibangunkan setelah tidur. Tapi bila fikir direct translation, doa ni seolah2 pujian mengagungkan Allah Subhanahua Ta'ala yang akan menghidupkan kita selepas kita mati. Hebat sungguh orang yang memuji atas apa yang belum berlaku."

Mimpi ngeri... sungguh ngeri!

Terkejut Tedi awal pagi tadi.Semuanya gara-gara sebuah mimpi.

Haiwan: Beruang bergaduh !!! (4 foto)

Nanti, apa gaduh-gaduh ni? Tak elok gaduh-gaduh tau.

Makanan: Mi Udang Lipan di Pantai Remis

Apakah boleh dikatakan adanya Lipan Pantai?Yang pasti di Pantai Remis ada Mi Udang Lipan... eeeee...

Autentik sungguh Mi Udang Lipan ni kan? Anda boleh tinjau mana lokasi untuk mendapatkannya di penang-halal-food.blogspot.comLabel: telur masakan ayam makanan dapur masak goreng gem buku resepipantai remis morib indah seaview resort port dickson jeramhomestay kuala selangor the cabin melaka sibu hotel di kabin pulau ketam carey lumut ipoh taiping sekinchan sandakan teluk intan banting tanjung sepat muar kangsar kalumpang batu pahat kuching donggongon setia alam shah putrajaya parit buntar bahau chalet kampar bukit mertajam semenyih salak tinggitangkak bangi kelapa sawit pekan segamat sabak bernam batang berjuntai rawang klcc gajah subang kapar hutan melintang glenmarie karang klang beranang jenjarom kubu baru marang taman sentosa sungai long nibong pelek tanjong kinarut simpang empatbajet way kampung kuantan padang rengas senarai besar udang kertih midah jawa damansara changkat jering ch…

Singgah di Ayer Hitam di Johor (TR-C-25)

Singgah di Ayer Hitam di JohorAyer Hitam menjadi destinasi persinggahan kami ketika mengakhiri kembara ke Johor dan Singapura ini. Macam biasalah kaum wanita nak beli-belah barangan hiasan rumah. Sementara itu Tok Abah dan Master menanti di luar kawasan kedai berkenaan.Ketika inilah Tok Abah ajak makan di Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore, ajak makan roti canai. Tetapi sempat juga kami bungkus Murtabak Singapore kerana di Singapura kami tidak berkesempatan untuk menjamah hidangan tersebut.Bolehlah kan, walaupun kami tahu rupa dan rasanya tak serupa Murtabak Singapore di negara jiran Malaysia itu. Setelah kempunan tidak dapat merasa Murtabak Singapore di negara Singapura sendiri, Tok Abah beli Murtabak Singapore di Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore ni. Tapi mungkin sahaja rasanya dan rupanya tidak serupa dengan Murtabak Singapore di Singapura.
* Kedai Makan Zarina Murtabak Singapore. * Telefon : 013 - 728 4732 * Menu tengahari : nasi campur, mee rebus, soto, roti telur, murtabak …

Aisya Humaira

Hari ni Tedi nak study nasyid Aisya Humairah dendangan kumpulan UNIC.  Sambil dengar lagu, sambil belajar sesuatu, itu pesan Master. Lirik "Aisya Humaira" dan ulasan Tedi:Wajah berseri pipi kemerahan Engkau digelar Aisya Humaira Aisya binti Abu Bakar (radhiallahu anha) merupakan isteri Nabi Muhammad solallahu a'alaihi wassalam yang digelar Humaira kerana pipinya yang putih kemerahan. Namun bukan ingin ku bicarakan Hingga dirimu jadi sanjungan Tetapi merahnya dalam perjuangan  Peniup semangat suami Khabar al kisah ku titik bermula Telah mencalar kebahagiaan Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa Insan yang mulia atau sahaya Hatta dirimu ummahatul mu'minin  Yang setanding al-mukatsirin Seperti isteri2 Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam yang lain, Aisyah juga dipanggil "Ummahatul Mu'minin" yang bermaksud "ibu kepada orang2 beriman". "Al-Mukatsirrin" adalah gelaran kepada kumpulan sahabat Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam yang banyak meriwa…

Kereta Lembu

"Master, kereta lembu tu apa?""Kereta lembu tu ialah kereta yang dinaiki lembu."Teddy pun Bing.com "kereta dinaiki lembu", dapatlah gambar ini....Dan juga ini ...Tedi pun tunjuk pada Master."Hahahahahahahaha, lawak la nko ni Tedi. Macam ini ha rupa sebenar kereta lembu.", Master pun tunjukkan gambar bawah ni."Kereta lembu ni sebenarnya pedati yang ditarik oleh lembu. Pedati yang belakang ada tayar tu. Kalau kuda yang tarik pedati tu, kita panggil kereta kuda. Kalau orang yang tarik, kita panggil beca.", jelas Master dengan panjang lebar."Owh, gitu ke Master?""Ha'ahla. Kalo Tedi nak tau, pedati ni dah lama digunakan sejak zaman dulukala lagi. Omputeh panggil Chariot. Gunanya lebih kepada kelengkapan perang.""Contohnya macam Hittites 3 man Chariot ni adalah pedati perang yang boleh dinaiki 3 orang iaitu seorang pemandu, pemanah & penombak. Pedati perang memberi pilihan kepada panglima perang untuk menyera…

Kiriman Berkaitan