Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Manis Sungguh Orang Kelantan, Sakit Kepala Dibuatnya

Malam ini (29 Mei 2019) adalah malam ke-3 Master dan Mummy tidur di HUSM, dan malam ke-2 mereka tidur di Klinik Usains sempena Mummy melahirkan baby Aidan.Master keluar ke kedai Jains Rstaurant Thai Food untuk bungkus makanan sahur nanti.Adus, keluh Master.Macam mana boleh terlupa?Orang Kelantan ni manis-manis, kot terlupa selalu macam ni memang sakit kepala dibuatnya.Apa yang Master terlupa?Master lupa nak sebut Nescafe Tarik Kurang Manis... betul-betul kurang manis.. tetapi selalunya order air kurang manis dengan orang Kelantan ni tetap terlebih manis juga hasilnya.Manis Kuasa TigaTetapi mungkinlah takkan semanis Nescafe Tarik malam ni, rasanya macam kuasa tiga manisnya... sakit kepala dibuatnya.Tidak tahulah macam mana orang Kelantan boleh manis-manis? Tak rasa gula naik ke otak ka?Disebabkan Master dah tak tahan sangat akhirnya dia memanggil pelayan dan minta segelas air suam.Master tuang segelas air suam tu ke dalam gelas Nescafe Tarik yang terlajak manis tu, masih tetap manis gi…

Ikan masin itu eksotik.

Petang tadi temani Master makan tengahari di Anis Puteri.Tedi balik je sekolah tadi, Master jemput dan bawa Tedi pergi teman dia makan di Restoran Anis Puteri Pantai Dalam. Restoran ini terletak berdekatan dengan Stesen Komuter KTMB Pantai Dalam, jadi kita boleh mendengar keretapi dan komuter melintas sambil makan-makan di sana.Macam tu la kot nama kedai makan tu. Penuh kedai makan tu, mungkin kerana masakannya yang ke-Kelantan-an. Bukan sahaja ada nasi kukus, lauk-pauk, ulam-ulaman, malahan ada juga kuih-muih tradisi Kelantan.Master tidak berapa menggemari masakan di sana kerana lauk-pauk dan gulai-gulai di sana agak manis rasanya.Syukur masih ada orang Melayu mahu berniaga dalam bidang penyediaan makanan di bumi Malaysia ni yang rata-rata Tedi lihat didominasi sama ada orang Kelantan, orang Siam, dan orang Indonesia (masakan minang).Mungkin Tedi kurang periksa maka tak perasan pengusaha lain atau mungkin Tedi bias? Tak tahulah, itu yang Tedi selalu terserempak.
Nasi putih berlaukkan …

Maksud Nama Muslim Izza untuk Anak Perempuan

Mummy nak beri nama Izz Aida kepada Aina, tetapi akhirnya semasa mengisi borang di Pejabat JPN, Master berikan nama Izza Aida.Mummy tanya apakah maksud nama Izza tersebut?Izza adalah lebih kurang sama maksud dengan nama Izz, Izzah, Izzati, Aziz dan perkataan Arab berasaskan akar yang sama... itu jawapan pendek.Sengaja Master tambah huruf A di belakang nama Izz tu untuk bezakan nama kakak dan adik lelakinya nanti.Tedi pasti Mummy telah mencari maksud nama Izza dalam internet menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ketemu. Ya, bukan senang nak jumpa maksud nama Izza dalam dunia maya ni.Mummy Tak Ketemui Maksud Nama IzzaJadi terpaksalah Tedi jelaskan maksud nama Izza di sini, manalah tahu penjelasannya panjang berjela, kalua panjang baguslah, boleh menjadi bahan bacaan kepada sesiapa sahaja yang mahu namakan anak mereka Izza.Semasa Master memilih nama Izza ni Master tak berapa berkenan sangat sebab macam tak sedap bunyinya. Tapi tujuan dipilih nama itu bukan nak bagi sedap, tapi se…

Maksud Asma al-Husna al-Jabbar

Sesungguhnya nama Allah ada banyak dan indah-indah belaka. Pada 99 Asma al-Husna pun dah cukup banyak nama Allah yang maha indah maksudnya.Nama Allah yang Tedi nak kaji dalam karangan kali ini adalah Al-Jabbar.Al-Jabbar bermaksud Yang Maha Memaksa iaitu yang kehendak-Nya tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. Paksaan Allah adalah kerana kasih-sayang-Nya kepada hamba-hamba yang terpilih kerana manusia selalu terlupa dan lalai. Hanya dengan paksaan-Nya manusia akan tersedar.Ini juga dapat dilihat contohnya dalam aturan alam di mana Matahari dan planet bergerak ikut orbit sesuai dengan aturan Allah tanpa tiada siapa dapat mengganggunya. Atau pada tubuh badan manusia seperti jantung yang berdegup tanpa kita mengaturnya. Hal-hal itu terpaksa makhluk-Nya lalui dengan patuh tanpa pilihan untuk mengingkari-Nya.Menghayati nama Allah Al-Jabbar ini akan menjadikan manusia bersyukur dan redha kerana sedar bahawa paksaan Allah itu dalah tanda kasih-sayang Allah kepada dirinya. Allah beri ujian ke…

Mummy Selamat Melahirkan Adik Lelaki Aina

Akhirnya Mummy selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 28 Mei 2019 jam 11:01 pagi dengan berat 2.7 kilogram.Kelahiran adik lelaki kepada Aina itu adalah melalui pembedahan Caesarian di Hospital Universiti Sains Malaysia.Aina pula ditahan di rumah Tok Ma kerana melasak. Jenuh jugalah Master melayannya semasa Mummy masuk ke dewan bedah sebelum Aina tertidur keletihan. Tetapi apabila Aina tiada terasa sunyi pula, entah apalah yang Aina buat di rumah tok ma.Alhamdulillah, semuanya agak baik pada ketika ini, cuma ahli keluarga terbaru kami ini kenalah dipaksa minum susu badan dengan harapan terhindar daripada demam kuning.Mummy sekarang sedang berehat di wad Klinik Usains HUSM, dijangka selama 2 hari selepas pembedahan. Mummy dipindahkan daripada Wad 2 Akik HUSM ke wad Klinik Usains sekitar jam 10 malam lebih kurang.Pada jam 11:30 malam Master keluar untuk mencari makanan sahur.Master terpaksa membayar RM 23.20 (dua puluh tiga Ringgit Malaysia dan dua puluh sen sahaja) untuk sewaan tem…

Haiwan aneh ditemui di Sungai Siput

Fuh, selama Tedi jadi Raja Rimba ni, ada juga haiwan yang Tedi tak kenal rupanya!
Beberapa pekerja pembinaan ketakutan apabila menemui seekor haiwan aneh ketika menggali parit di Kampung Muhibbah, Sungai Siput, Perak, Malaysia.Haiwan itu seperti kacukan di antara ular dan biawak, dan ada yang menggambarkannya kelihatan seperti seekor anjing!Badannya lembik seperti lintah.Kulitnya bersisik seperti biawak.Beratnya 25 kilogram dan panjangnya hampir 2 meterHaiwan itu tidak bertindak agresif apabila ditangkap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).Dimaklumkan ia adalah sejenis ular air yang dipanggil Ular Guni Buruk atau Ular Karung Guni.Ia tidak berbisa dan hanya makan ikan, walaupun mampu menggigit. Siapakah sang Ular Guni Buruk atau Ular Karung Guni ini?Tedi tak puas hati kerana tiada rekod mengenai ular ini.Melalui pembacaan dan penelitian, Tedi cuba hubungkan ular ini dengan beberapa jenis ular yang hampir serupa seperti keluarga Acrochordidae,
Sumber berita rasmi untuk coretan Tedi …

Nama-nama Allah: pulaukan siapa yang permainkan

Surah Al-A'raf (QS 7:180)
Dan Allah subhanahu wa ta'ala mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling daripada kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama Allah. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang telah mereka kerjakan.
Rujukan: Nama-nama Allah yang baik itu adalah Asma'ul Husna

Makanan manusia yang sesuai untuk kucing.

Apakah makanan manusia yang sesuai untuk kucing perliharaan manusia?
Pernahkah kaum manusia yang membela kucing memikirkan masalah ini? Atau kaum manusia yang membela kucing berfikir bahwa kucing mereka boleh makan apa sahaja yang mereka makan?

Berikut adalah senarai makanan manusia yang boleh diberi kepada kucing kesayangan manusia jika keadaan darurat. Senarai ini disediakan oleh pembela kucing tegar, Rose Mary Budge.

*** Makanan manusia yang kucing rumah boleh makan:Daging lembu, ayam atau ayam belanda yang telah dimasak.Pastikan tulangnya telah diasingkan supaya kucing anda tidak tercekik.Daging mentah dibolehkan untuk kucing namun bagi kadang-kadang sahaja. Orang tua tak bagi makan ayam mentah atau burung mentah kerana dikhuatiri sang kucing akan menghambat ayam ternakan manusia.Ikan mentah atau dimasak. Udang adalah yang terbaik!Deli ayam, ayam belanda atau deli daging lembu, tapi elakkan yang berperisa atau berempah. Nanti mati kepedasan lak sang kucing.Daging untuk makanan ba…

Makan Colek di Kelantan

Puasa tahun ini kami pulang awal ke Wakaf Bharu di Kelantan di Malaysia. Wakaf Bharu adalah satu daerah (mungkin) dalam jajahan Tumpat. Tedi agak keliru dibuatnya. Mungkin Wakaf Bharu ni adalah satu bandar dalam daerah Tumpat?Lompat terus ke: Apakah Maksud Colek? | Apakah Maksud Cicah?Master Cuti 13 HariKepulangan awal kami ke kampung halaman Mummy disebabkan Mummy bakal bersalin tak lama lagi. Master terpaksa mengambil cuti panjang 13 hari untuk urusan pendaftaran Mummy di Hospital Kubang Kerian. Tempoh cuti yang panjang itu menyebabkan beberapa bos kecil kepada Master agak kelat muka jadinya. Nasib baik yang meluluskannya adalah bos besar yang berada jauh di Tanah Besar China. Bos besar ni baik tapi Master tak berapa pandai berbual dengannya. Tetapi hakikat sebenarnya Master tak pandai berbual dengan sesiapa sahaja.Bos besar Master ni pernah menjanjikan nilaian semula gaji Master pada tahun lepas, namun sampai sekarang tidak menjadi, menyebabkan Master mengesyaki ada bos kecil yang …

Mummy Mula Masuk Wad Bersalin Akik 2 HUSM

Pada 27 Mei Mummy mula dimasukkan ke Wad Bersalin Akik 2 di HUSM.Kami mendaftar masuk wad pada jam 3 petang di Klinik Eksekutif Usains HUSM. Masalah utama di Klinik Usains ini ialah masalah tempat letak kereta yang terletak berjauhan terutama untuk mereka yang tidak biasa, namun ada disediakan khidmat joki untuk membantu kita letak kereta.Masalah tempat letak kereta tu menyebabkan Master kena beredar cari tempat letak kereta awam HUSM. Master bertanya kepada Polis Bantuan Klinik Usains tu tapi jawapannya acuh tak acuh dengan muka tak manis, mungkin polis biasalah muka tak manis, dan mungkin juga jawapan acuh tak acuh kerana itu bukan kerja beliau. Tapi Klinik Eksekutif Usains ni sayap swasta Hospital Universiti Sains Malaysia, dan jangkaan pelanggan terhadap perkhidmatan swasta seperti biasa sangat tinggi. Kalau kena pelanggan yang sombong dan angkuh mungkin akan ditengking, dimaki hamun kerana mereka berasakan khidmat yang diperolehi tak semahal bayaran yang dibuat. Moga pentadbiran …

Peta Cendol Bakar @Dengkil

Sebab ada orang tanya, maka Tedi buat la peta ni. Sorry la peta tak canggih. Tapi jangan risau kerana Tedi ada sertakan peta dan Street View di hujung kiriman ini.Siapa tahu Jalan Pintasan Dengkil yang orang dari Putrajaya/Cyberjaya guna untuk ke LCCT/KLIA mesti tau 1 traffic light di Dengkil yang selalu sesak dengan kenderaan tu.Master pesan, kalau dari Putrajaya/Cyber, jangan masuk dengkil tapi hala ke Bandar Baru Salak Tinggi, straight jer daripada Putrajaya/Cyber, takde masuk mana2 simpang.Cendol Bakar ni selepas traffic light tu jika dari Putrajaya/Cyber. Nama lamanya semasa Tedi mula-mula hantar kiriman ini ialah Cendol Bakar @ Dengkil, namun pada masa ini (Mei 2019) namanya ialah Cendol Bakar Auntie Sue. Selalunya jika ada penukaran nama sebegini ia bermakna ia menumpang sesuatu jenama yang terkenal, dan kemudian ditukar mungkin kerana ada sesuatu konflik atau dikecam.Landmark terdekat ialah pekan Dengkil sendiri dan juga Kota Warisan.Ni zoom dekat. Zoom jauh lak Tak pun cuba gun…

Aina Muntah Dua Kali

Hari ini 24 Mei 2019 (ketika kiriman ini ditaip), kami bawa Aina ke Kota Bharu untuk belikan dia Beyblade, gasing mainan daripada siri animasi Beyblade yang kini jadi kegilaan kanak-kanak.Nak belikan Aina Beyblade sebab tak mahu dia rebut Beyblade Irsyad – biarlah Aina tak pandai main pun, cuma pandai cerai-beraikan Beyblade tu sahaja.Lompat ke: Nak Cari Beyblade buat Aina | Aina Muntah di Kedai Eco RM 2.10 Pasir Pekan | Beli beyblade RM 15 dan stadium Beyblade RM 12 di KB Mall | Singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu, beli Beyblade lagi | Bersihkan Muntah dalam Kereta selepas Makan Colek | Aina Muntah dalam TidurNak Cari Beyblade buat AinaMaster pun tak faham kenapalah budak-budak zaman sekarang ni rajin main Beyblade yang mudah tercerai tu? Buang masa nak pasang balik. Pandai orang Jepun reka mainan yang boleh buat duit. Apabila banya komponen permainan Beyblade tu dan budak-budak yang main maka akan mudah hilang dan kemudian kena beli lain. Selain itu apabila mereka buat satu Beyblade…

Hentikanlah berbohong atas nama Islam dengan alasan ambil sumber lain.

Seringkali Tedi merasa malu dengan perangai umat Islam di Malaysia ini.
Apabila berlaku sesuatu isu yang menginjak maruah umat Islam, terutamanya kalimah Allah, mereka secara tiba-tiba akan menjadi wira, wira papan kekunci!

Contohnya Tedi pernah membaca kiriman mengenai seorang gadis melumurkan najis dan darah haid di atas bendera ISIL yang ada kalimah Allah.

Dan hari ini ada pula kiriman yang wanita itu dah mati, dibayar tunai oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
Tapi sahihkah berita itu?
Tedi mengkaji dan mendapati bahawa gambar yang digunakan adalah gambar dari sebuah kemalangan pada tahun 2008 di San Paolo, Brazil. Manakala tiada pula berita mengenai kematian si Aliaa Magda Elmahdy. Semangat sungguh mereka  (umat Islam) mengirim "berita kematian" si Aliaa Magda Elmahdy dengan kutukan-kutukan dan bahasa-bahasa yang sungguh "berwibawa".

Walaupun kita marah, marahlah kerana Allah. Apabila marah kerana Allah, kita masih beradab. Ia berbeza dengan kita marah-marah meng…

Ekstra: Nik Nur Madihah

Ralik mencari tips belajar, akhirnya Tedi bersua dengan akak Nik Nur Madihah. Dah lama tak dengar khabar akak ni, semoga dia belajar dalam pelajaran dan menjadi suri contoh kepada muslimah di Malaysia. Jika kawan-kawan tak kenal siapa beliau, kakak Nik Nur Madihah ni adalah pelajar yang mendapat keputusan 20A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di mana 19 A1 dan 1 A2.Keputusan itu tampak lebih membanggakan apabila beliau adalah dari keluarga susah dan kita boleh kata ibu bapanya tidak belajar tinggi mana. Ini boleh menjadi satu aspirasi kepada semua pelajar bahawa kemiskinan dan kesusahan hidup takkan jadi penghalang untuk kita berjaya.Kejayaan dalam SPM bukanlah satu destinasi akhir dalam kehidupan namun ia adalah pintu untuk para pelajar melangkah jauh terutamanya untuk memasuki universiti atau institusi pengajian tinggi. Ia adalah tiket penting terutama bagi mereka yang tidak berduit.Jika anda ada duit tentu tidak jadi kesusahan nak belajar di mana pun, tetapi jika anda tiada duit,…

Berzikir menggunakan tangan kanan

Sebelum ni Master ada cara kiraan sendiri menggunakan jari-jemari, namun apabila terlihat gambar ini, ternyata ianya sungguh bijak! Master selalu terlupa bilangan zikir yang dibaca dan selalu Master kata, "Tak kisah berapa bilangan pun asalkan baca."
Kemudian Master menampilkan teknik kiraan zikir beliau sendiri namun tetap tidak berapa membantu/
Sehinggalah Tedi menunjukkan gambar ini kepada Master, dia kata, "Sungguh cerdik!"

Abdullah bin Umar Radhiallahu'anhu berkata: "Saya melihat Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam bertasbih dengan (jari-jari) tangan kanan baginda."
Hadith riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi.

4 Feb 2014

NASA uji Dream Chaser baru

Give way to pedestrian

Di dalam gambar ini kelihatan:Dua buah kereta keluaran syarikat Proton dari Malaysia saling berhadapan. Proton WAJA di sebelah kiri manakala Proton Persona di sebelah kanan.Model WAJA adalah model lebih lama berbanding model Persona yang lebih baru. Kedua-duanya masing-masing diletakkan di barisan I2 dan H2. Barisan H1 yang kelihatan dipisahkan daripada H2 oleh laluan pejalan kaki berbumbung.Terdapat papan tanda yang menasihatkan para pemandu mengutamakan pejalan kaki di laluan berbumbung tersebut. 1 Jan 2012

Nak vakum ke tak?

13 Mei 2014: Perlukah daku melaksanakan tugasan ini?Alhamdulillah, jiran kepada jiran Master (bermakna jiran kami juga) rupa-rupanya telah mendapat cahaya mata. Punyalah kami tak sedar, maklumlah keluar semasa matahari terbit, sampai rumah tatkala mentari telah lama terbenam ke dasar laut. Tedi nak jadikan cerita, sepatutnya hari ini Tedi perlu menyedut-hampagas kawasan rumah kerana debu-debu telah lama menyelaputi kami.
Namun, penyedut-hampagas itu kan bising? Jadi ia tentunya akan mengganggu gugat ketenteraman si anak kecil yang baru lahir itu. Pada mulanya Tedi bercadang melupakan sahaja niat murni Tedi ini, demi keamanan si anak kecil, namun ia bukanlah pilihan yang bijak kerana debu-debu ini pula akan mengganggu gugat keamanan hidup Tedi sekeluarga. Seharusnya Tedi memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan tugasan yang mustahak ini. Setelah sekian lama Tedi bermuhasabah diri, Tedi memilih untuk melaksanakan tugasan yang mencabar ini pada jam 6 petang. Kenapa? Kerana waktu itu …

Tentukan Tarikh Bersalin di Klinik Eksekutif Usains HUSM Kubang Kerian

Hari Isnin bertarikh 20 Mei 2019 yang lalu kami ke Klinik Eksekutif Usains di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.Tujuan kami ke Klinik yang Mummy panggil Klinik Usains itu adalah untuk jumpa doktor pakar dan tetapkan tarikh bersalin.Nak ke Klinik Usains HUSM ini memang mengelirukan walaupun Waze telah menunjukkan jalan yang benar, ini adalah kerana apabila kami masuk sahaja ke lorong yang diberikan, terdapat barrier dengan papan tanda, parking Staff. Kemudian Master masuk melalui pintu utama HUSM Kubang Kerian tu sebelum tersangkut dalam kesesakan dek banyaknya kereta di situ.Akhirnya melalui informasi terkini daripada kawan Mummy, Master membat pusingan U, keluar semula ke pintu utama HUSM sebelum masuk semula dan terus masuk ke lorong kiri yang mempunyai papan tanda Parking Staff. Tak tahulah memang disengajakan atau tidak, tapi itulah lorong ke Klinik Usains HUSM.Master menuju ke lobi setelah ditunjukkan jalan yang benar oleh seorang polis bantuan, ternyata masalah…

Mommy nak bela anak kambing?

Ridiculous...Itulah perkataan yang terlintas di benak fikiran Tedi apabila Mommy kata nak bela anak kambing.Tidakkah Mommy tahu bahawa kambing adalah di antara haiwan yang sukar untuk dikawal kerana kedegilannya? Sumber gambar: Sweet Faraulah: Anak Kambing yang Comel.

anak kambing ini memang comel, masa balik kampong minggu lepas, anak kambing ni tidak sampai pun seminggu usianya, saiznya agak besar kerana baka maknya adalah kacukan kambing kampung dengan kambing Boer - Sweet FaraulahHanya mereka yang sabar sahaja boleh membela kambing, bukan hanya lihat pada kecomelan mereka, tapi juga pada perihal tabiat mereka.Tadi pun semasa memandu pulang ke Sungai Lui, Master terpaksa perlahankan kenderaan kerana ada anak kambing yang bergurau-senda di tengah jalan raya. Ada yang dah melintas, kembali berpusing dan melintas semula. Master telah lama faham perangai kambing di tepi jalan jadi memang dia akan perlahankan kenderaan apabila ternampak kelibat kambing, kerana kambing -kambing ini tiba-ti…

5000 lukisan gua dibongkar di Mexico

Ahli arkeologi menemui hampir 5000 lukisan gua di timur-laut Bugos.Penemuan ini penting bagi pengkaji teknologi awal kumpulan2 pemburu pada zaman pre-Hispanic.Sebelum penemuan ini, manusia beranggapan tiada kumpulan manusia di Burgos pada zaman pre-Hispanic itu.Kesemua 4,926 lukisan dijumpai di 11 tempat berasingan.Terdapat 1 gua dengan 1,550 lukisan.Lukisan2 itu menggunakan pigmen warna merah, hitam, kuning & putih. (Macam bendera UMNO la pulak?)Tema utama lukisan adalah manusia, haiwan, serangga & seni abstrak. Ye ker abstrak? Entah2 diorang tak faham, terus tuduh itu lukisan abstrak.Penemuan ini mencadangkan kewujudan sekurang2nya 3 kumpulan pemburu di kawasan pergunungan San Carlos.Lukisan2 itu menggambarkan:senjata memburu, aktiviti seperti memburu, memancing & berhimpun (zaman purba pun boleh berhimpun, zaman sekarang yang moden ni, dilarang la pulak?)budaya amalan agamaastronomiKumpulan2 pemburu itu dikatakan berjaya mengelak daripada Sepanyol selama 200 tahun.Pengk…

Proton SAGA BLM tak boleh start kunci terkopak

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad dan juga keluarga baginda dan juga para sahabat.Kisah ini berlaku pada hari Ahad yang lalu di mana kami berada di sebuah kedai hiasan konkrit di Nilai.Hendak dijadikan cerita semasa Master mematikan enjin kereta Proton SAGA BLM transmisi manual kami, kuncinya telah terkopak terbelah dua menampakkan isi perutnya berupa bateri dan litar elektronik. Master mencantumkan kembali kedua-dua belah kunci tersebut dan terus keluar kereta untuk urusan membeli hiasan konkrit untuk diletakkan pada pagar rumah kami yang akan diubahsuai kepada pagar bata.Setelah urusan dan tiba masa untuk kami pupang tiba-tiba sahaja kereta Proton Saga BLM IAFM 1.3 MT itu tidak mahu hidup.Ketika kunci dipulas semua peralatan elektronik hidup tetapi enjin langsung tak berbunyi apa, senyap sunyi macam tiada apa berlaku.Kalau bateri lemah mesti ada bunyi gak, tambahan alarm kereta dan hon semua okay, maka masalah bateri diketepik…

Blogging dengan ASUS ZenFone dan ASUS keyboard

Salam sejahtera kepada kamu.Alhamdulillah, kini berada di atas katil berbaring sambil menghadap ASUS ZenFone milik Mommy yang telah Tedi daftar akaun Google milik Tedi ke dalamnya sekaligus membolehkan Tedi mencoret kiriman buat interpretZZ.Walaupun agak janggal dengan sistem antaramuka dan papan kekunci jua sistem kamus yang disediakan oleh ASUS ZenFone ini, berjaya jugalah Tedi gunakannya untuk menaip beberapa patah perkataan.Tablet 7 inci ini menggunakan papan kekunci ASUS keyboard yang membolehkan pengguna mendaftar perkataan baru ke dalam kamus. Tedi berasa sistem daftar perkataan ini adalah sangat ketinggalan zaman berbanding dengan papan kekunci Google keyboard yang memberi cadangan perkataan berdasarkan kepada perkataan yang pernah digunakan oleh kita semasa menggunakan produk-produk mereka.Cadangan perkataan semasa menaip dalam aplikasi mobile adalah sangat kritikal bagi Tedi kerana ia mengurangkan taipan yang diperlukan bagi setiap ayat yang dikarang. Almaklumlah, pengguna a…

Nak balik Kelantan dah

Bismillahirrahmanirrahim. Assolatuwassalamu ala Rasulullah saiyidina Muhammad sollallahu alaihi wassalam wa ala alihi wa sohbihi ajama'in.Singgah Cleanpro Express dahulu ...Sekarang Tedi sedang menemani Master mengeringkan baju yang baru dibasuh Mummy tadi. Pada waktu ini jam menunjukkan pukul 2:19 pagi hari Khamis malam Jumaat.Tugasan mengeringkan baju kali ini kami laksanakan di Cleanpro Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.Pemilihan Cleanpro sebagai pusat operasi pengeringan baju pada kali ini adalah sangat mudah! Kerana hanya Cleanpro sahaja (dalam pengetahuan Tedi) yang menggunakan duit syiling 50 sen, pusat dobi layan diri yang lain di sekitar kawasan perumahan kami menggunakan token. Penggunaan token ini agak membebankan kerana ada beberapa keping token lebih dalam simpanan kami yang sekarang kami tak tahu nak buat apa. Lebih baik kami gunakan sahaja duit syiling 50 sen yang melambak dalam simpanan kami daripada kami tukarkan duit kerta…

The Way Forward

Sekarang Tedi dan rakan sekolah sedang berada di Avillion Port Dickson.Kami ada modul bina kumpulan. Sekarang ini kami sedang dalam modul lukis mural bertajuk The Way Forward yang mungkin dalam Bahasa Malaysia bermaksud Jalan Ke Hadapan.Kami diberikan 36 kanvas kecil di mana kami perlu melukis satu per tiga puluh enam bahagian daripada sebuah lukisan besar.Setiap lukisan kecil dilukis oleh 2 orang.Cabaran utamanya adalah untuk memastikan setiap lukisan diwarnakan dengan tema warna yang sama. Gambar peralatan melukis warna air, pensil, kanvas lukisan, cawan, botol air mineral.
# 13 Mei 2018 jam 12:10 tengahari hari Ahad
# IMG_20180513_121043 20180513 201805
# Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Third Mile, Jalan Pantai, Avillion Port Dickson, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. [peta lokasi] Selain itu terdapat cabaran lain seperti ada perubahan yang perlu dilakukan ke atas gambar asal.Tedi dan p…

Hang Tuah vs Hang Jebat. Siapa salah?

Kawan-kawan kenal tak siapa Hang Tuah dan Hang Jebat?
Kawan2 pernah dengar kisah mereka bertarung di antara sesama sendiri kerana perbezaan ideologi?
Tedi pun berbeza ideologi dengan Master mengenai Tuah dan Jebat.Kenapa Hang Tuah berlawan dengan Hang Jebat?"Master, kenapa Tuah berlawan dengan Jebat? Mereka kan kawan baik?""Kerana perbezaan ideologi", jawab Master dengan yakin."Siapa yang salah, Tuah atau Jebat?""Erm, mungkin kedua-dua mereka tak salah. Tedi rasa siapa salah?""Mestilah Jebat, kerana dia derhaka.", Tedi segera menjawab dengan bersemangat seolah-olah semangat Tuah meresap ke dalam diri. Resam dalam dunia ini, penderhaka akan dibenci, namanya akan dicaci, aibnya akan ditelanjangi, dan keluarganya mungkin dibuang negeri."Jebat seorang yang setia, sebab itu dia melawan.", balas Master pula.Tedi termangu sebentar. Macam mana seorang yang setia boleh melawan? Melawan maksudnya derhaka, kan? Sungguh kontra kedua-dua …

Kiriman Berkaitan