Tukar mentol lampu dan penderia undur kereta Proton Persona

  • Lima hari setelah penggantian motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance, Master membawa kereta Proton Persona itu ke bengkel di Kosmopleks untuk periksa masalah sensor undur kereta Proton Persona itu tidak berbunyi.
  • Selain itu Master juga mahu periksa masalah lampu belakang menyala sebelah, lampu brek belakang tidak menyala, dan lampu undur tidak menyala. Master pergi ke bengkel Zam di Kosmopleks, sebelum mekanik di bengkel Zam menasihati kami membawa kereta Proton Persona Elegance itu ke kedai aksesori kereta bernama Car Room Auto Part & Accessories.
  • Setelah diperiksa didapati bahawa mentol-mentol lampu yang terjejas telah terbakar. Master agak musykil bagaimana boleh terbakar serentak? Master syak mekanik di JDMH Puncak Jalil yang punya angkara. Tetapi mekanik di kedai aksesori Car Room Auto Part & Accessories tu kata ini masalah biasa.
  • Pemeriksaan ke atas sensor undur Proton Persona itu menunjukkan suis sensor undur sudah rosak. Ia boleh digantikan dengan harga RM 65 sahaja (enam puluh lima Ringgit Malaysia sahaja).
  • Jumlah kos keseluruhan termasuk tukar 1 mentol belakang, 2 mentol lampu brek belakang, dan 2 mentol undur ialah RM 85 (lapan puluh lima Ringgit Malaysia).
  • Master turut menanyakan harga handle pintu kereta Proton Persona dan harga set handle pintu Proton Persona berwarna hitam termasuk pemasangan ialah RM 35 (tiga puluh lima Ringgit Malaysia sahaja), dan RM 55 (lima puluh lima Ringgit Malaysia) untuk set berwarna silver.
gambar belakang kereta Proton Persona ELegance
Tukar mentol lampu belakang, lampu undur, dan lampu brek belakang kereta Proton Persona Elegance. Tukar juga suis sensor undur dengan harga RM 65. Entah macam mana tinggal 1 mentol lampu belakang dan lampu brek ketiga sahaja berfungsi? Agak mencurigakan.
# 9 Mac 2019 jam 12:34 tengahari hari Sabtu # IMG_20190309_123416.jpg 20190309 201903 # Xiaomi Redmi Note 5A # Car Room Auto Part & Accessories, Jalan 1, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Malaysia.

Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona

Master terus bertanya kepada Pak Lang Epul berapakah harga pemegang pintu kereta Proton Perdana dan jawapannya ialah RM 60 untuk 4 set tetapi warna hitam. Master akhirnya meminta Pak Lang Epul untuk menggantikan pemegang pintu kereta tersebut.

Proses penukaran pemegang pintu kereta Proton Persona oleh Pak Lang Epul. Harga satu set berwarna hitam, tidak dicat ialah RM 15. Jika di kedai aksesori harganya ialah RM 35 satu set untuk yang tidak bercat dan RM 55 untuk yang dicat warna perak. Bermaksud kos untuk satu pemegang pintu berwarna perak itu hampir sama dengan kos tukar keempat-empat pemegang pintu berwarna hitam jika dilakukan oleh Pak Lang Epul.
# WRM 41 LATCH FR RHD RH 1FM0091-0513RH PW 836150 PASSED #
# Saturday, 9 March 2019, 18:59 # IMG_20190309_185952 # Xiaomi Redmi Note 5A # Rumah BBST #