Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Newcastle United cuba sambung kontrak Benitez

Menurut satu laporan oleh Newcastle Chronicle, Newcastle United sedang mencuba untuk menyambung kontrak pengurus Rafa Benitez sebelum kontrak Rafa Benitez tamat pada penghujung bulan Jun nanti. Newcastle United menolak sebarang hubungan daripada pihak-pihak yang berminat untuk menggantikan Rafa Benitez sebagai satu tanda hormat kepada pengurus tersebut. Laporan itu menyatakan bahawa hubungan terbaru adalah daripada bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann, tetapi Newcastle United kononnya telah menolak kerana mahukan Rafael Benitez menyambung kontrak beliau. Laporan Newcastle Chronicle itu hadir setelah France Football melaporkan hal yang sama.Pengarah sukan Newcastle United, Lee Charnley dikhabarkan telah mencuba mendapatkan tandatangan Rafa Benitez sejak dua tahun lalu namun pengurus asal Sepanyol itu dilaporkan telah menolak sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun perbincangan mengenai sambungan kontrak Rafa Benitez itu telah dimulakan semula setel…

Kerja Kosong di sekeliling Tedi

Berikut adalah iklan-iklan kerja kosong yang Tedi sempat snap semasa berjalan-jalan.Kiriman ini akan sentiasa Tedi kemaskini dengan iklan terbaru yang Tedi nampak dan akan dipadam iklan-iklan lama jika Tedi rasa dah tak berguna.Kerja Kosong Secret Recipe, Salak Tinggi, 27 April 2019Kerja kosong HANZO, AEON Mall Nilai, 16 Feb 2019Kerja kosong SeoulGarden dan SeoulGarden Hotpot, AEON Mall Nilai, 16 Feb 2019Kerja Kosong Pembantu Trak Makanan, Taman Seroja, 30 Januari 2019Kerja kosong Sushi King cawangan baru AEON Nilai, 13 Januari 2019Kerja kosong di Restoran KFC, 9 Avenue, Bandar Baru Nilai, 13 Januari 2019Royal Sporting House, seluruh Malaysia, 6 November 2018PETS.21, 9 Avenue Nilai, 6 November 2018Mr DIY, 9 Avenue Nilai, 6-November-2018Kerja kosong di Pusat Pakaian Hari-Hari, 9 Avenue, Bandar Baru Nilai, 06-Nov-2018Kerja Kosong Secret Recipe, Salak Tinggi, 27 April 2019 Iklan jawatan kosong Secret Recipe Salak Tinggi untuk jawatan Cafe Manager, Supervisor, Assistant Supervisor, Servic…

Siam Di Tella 1500

Siam Di Tella adalah sebuah syarikat pengilang Argentina.Nama "Siam" merupakan singkatan akronim kepada Sección Industrial Amasadoras Mecánicas.Siam Di Tella bukanlah syarikat fokus kepada pengeluaran kereta tetapi telah menghasilkan 5 model kereta iaitu Di Tella 1500 (Sedan) (1959–66) sebanyak 45,785 buah.Di Tella Traveller (Station wagon) (1963–66) sebanyak 1,915 buah.Di Tella Argenta First series (Pickup) (1961–63) dan Di Tella Argenta Second series (Pickup) (1963–66) sebanyak 11,113 buah.Siam Magnette 1622 (1964–66) sebanyak 2,664 buah.

Motosikal Hijau Cool ...

Jarang Tedi terjumpa motosikal yang diubahsuai sebegini di Malaysia. Gambar sebuah motosikal diubahsuai berwarna hijau tentera ala Harley Davidson di tempat letak motosikal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.
# 03 Aug 2011 09:37 # 20110803 # 
Jadi bila Tedi terserempak dengan motosikal ni, apa lagi, snap je la apa yang patut. Tapi sekali je la, lebih-lebih nanti mau kena serbu dengan pemilik motosikal ini ataupun pakcik pengawal keselamatan. Tambahan pula di UIAM Gombak ni sering berlaku kecurian topi keledar, terutamanya pada hari Jumaat.Nak buat macam mana ya tak, kompleks pengajian tinggi ni luas nak mengawalnya agak sukar, takkan nak amalkan polisi pintu pagar tertutup pula kan? Pandai-pandailah jaga harta benda sendiri.Motosikal ni ada beberapa ciri yang tak sesuai pada pandangan mata bulat Tedi ni:Tiada penangkis lumpur (mud guard) di bahagian hadapan, sedangkan Malaysia ni meriah dengan hujan dan lopak di tengah jalan.Mud guard) belakang tak cukup panjang. Percayalah…

Janji PM untuk rakyat Kelantan (untuk Tedi takde ker?)

Hari ini Master mengarut, entah apa yang dikarutkannya (karut, bukan carut), Tedi pun tak tau.

Rupa-rupanya pasal 7 janji PM kepada rakyat Kelantan.

Master dengki la tu sebab bila pilihanraya jer, rakyat Kelantan ditaburkan macam-macam, daripada mentol lampu motor percuma sehinggalah masjid terbesar. Jambatan yang belum siap tu takde lak kedengaran bila nak disiapkan sedangkan nyata terang-lagi-bersuluh itu projek Kerajaan Persekutuan. Tarikh siap pun dah berapa kali ubah, Tedi pun tak tau.

Master pun satu la, memangla takde janji tapi diorang bagi jugak kan macam-macam?
Apa? Takde? Yang nampak cuma jalan yang dibaiki lepas tu tak sampai sebulan dah jahanam?
Silap master jugak sebab mintak jalan takde tol, cuba ada tol, mesti ok punya.

Dah lah master, itu rezeki orang Kelantan. Orang negeri lain boleh pakat tengok je lah. Kalau nak macam rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Penang silalah undi parti pembangkang, melainkan kalau master duduk di Sabah dan Sarawak. 26 Januari 2013

Beli Baju Adik di Midvalley

Kami ke Midvalley pada hari Sabtu lalu untuk mencari barangan bayi buat si adik yang bakal lahir nanti.Tetapi tempat letak kereta penuh, mungkin kerana ada Baby Fair di Midvalley Mall, maka kami meletakkan kereta di Menara TM sebelum memanggil perkhidmatan GRAB. Tunggu pemandu GRAB datang menjemput kami di Menara TM. Destinasi kami ialah Midvalley. Tambang yang dikenakan ialah RM 7 (tujuh Ringgit Malaysia sahaja). Kami tumpang letak kereta di sini kerana tempat letak kereta Midvalley penuh.
# Saturday, 6 April 2019, 14:55 # IMG_20190406_145541 # 20190406 # Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Aina lena tertidur dalam stroller di lobi Menara TM sementara menanti ketibaan pemandu GRAB yang akan membawa kami ke Midvalley.
# Saturday, 6 April 2019, 14:57 # IMG_20190406_145712 # 20190406 # Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Gambar Aina sedang bermain belon semasa menunggu Mummy pilih baju adik di AEON Mid Valley Megamall.
# Saturday, 6 April 2019, 16:14 # IMG_20190406_161430 # 20190406 # IMG_20190…

Koleksi kolaj Sundal

Kolaj adalah satu teknik menghasilkan karya seni terutamanya dalam seni visual, di mana hasil seni tersebut dihasilkan daripada susunan pelbagai bahan dan bentuk berlainan, menghasilkan satu karya baru.Secara ringkasnya kolaj bermaksud tampal dan gam, di mana teknik kolaj dipercayai mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Kolaj dua ekor ayam jantan sedang bertenggek atas sesuatu. Kolaj merupakan hasil seni yang dihasilkan dari cebisan-cebisan kertas yang ditampal atas sesuatu.Tak semestinya kertas sahaja kerana pada zaman ini sudah ada yang menampal kepingan kaca atau batu marmar untuk dijadikan kolaj,Ini merupakan sebahagian koleksi daripada seniman Atelier Sundal. Kolaj seekor burung berwarna hitam yang Tedi percaya adalah seekor burung gagak sedang mematuk sesuatu, lokasinya macam di sebelah tong sampah. Ada kolaj yang Tedi jumpa berharga mahal menggunakan kertas berwarna-warni yang dipotong cantik petak-petak, bukannya menggunakan cebisan kertas yang dicarik-carik.Conto…

How to think, not what to think!

Kanak-kanak sepatutnya diajar BAGAIMANA untuk berfikir, bukan APA untuk difikirkan!Mendidik anak bukannya mudah terutama yang masih kanak-kanak dan sibuk meligat. Kita mungkin selalu lupa bahawa kanak-kanak itu baru nak memahami dunia.Mendidik anak untuk tahu bagaimana untuk berfikirr mungkin lebih mencabar dengan memberi mereja ujian berbanding hanya menyuap apa yang kita mahu mereka tahu, 5 jun 2012

Tawar RM1.6 bilion beli Newcastle

LONDON: Seorang ahli perniagaan British sudah membuat tawaran rasmi sekitar £300 juta (RM1.647 bilion) untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United, menurut laporan media British hari ini.Jika berita ini benar maka ia adalah berita gembira bagi para penyokong Newcastle United yang telah muak dengan pengurusan Mike Ashley.Beberapa media termasuk BBC, berkata firma kewangan milik Amanda Staveley, PCP Capital Partners sudah membuat tawaran kepada pemilik Newcastle, Mike Ashley (gambar). Newcastle masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung laporan berkenaan.PCP Capital Partners dipercayai sedang mengadakan perbincangan dengan Newcastle mengenai potensi pengambilalihan sejak beberapa minggu lalu.Usahawan pakaian sukan, Ashley mengumumkan dia mahu menjual kelab itu pada Oktober selepas 10 tahun mengetuainya, membayar £134.4 juta pound (RM738.03 juta) untuk membeli Newcastle pada 2007.Jutawan berusia 53 tahun dari London itu membuktikan dia adalah individu yang sentiasa t…

Aina Panjat Rak TESCO Putra Nilai

Mula-mula elok je budak kenit ni duduk atas bangku kanak-kanak berwarna pink tu, sopan macam anak dara.
Aina duduk atas kerusi (bangku) kanak-kanak berwarna pink di TESCO Nilai.
# Sunday, 25 November 2018, 11:37 # 201811251137 # 20181125 # IMG_20181125_113756 # XiaomiR Redmi Note 5A # Tesco Putra Nilai # RQ8Q+4W Nilai, Negeri Sembilan # Tengok perangai budak perempuan seorang ni. Kita suruh dia cuba duduk atas bangku kanak-kanak berwarna pink (merah jambu) di TEsco Putra Nilai, dia sibuk pula memanjat rak barang di TESCO tu, kalah budak-budak lelaki ni.Kerja sambilan di TESCO agaknya? Aina duk memanjat rak di pusat membeli-belah TESCO. Umur Aina pada masa ini 1 tahun 9 bulan 5 hari.
# Sunday, 25 November 2018, 11:38 # 20181125 # IMG_20181125_113854 # XiaomiR Redmi Note 5A # Tesco Putra Nilai # Persiaran Utama Bbn, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan # RQ8Q+4W Nilai, Negeri Sembilan # baju oren #

Aina Pandu Bas di AEON Mall

Sudah beberapa hari Aina ajak pergi ke taman, setiap hari ketika ke rumah pengasuh duk ajak pergi taman.Taman bagi Aina cukuplah jika ada tempat untuk kanak-kanak berusia dua tahun tu berlari-lari, dan jika ada gelongsor untuk dia panjat dan turun adalah lebih baik lagi.Hari hujan, maka untuk ke taman permainan kanak-kanak adalah mustahil, jadi taman yang sesuai untuk Aina adalah taman indoor di mana jika di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi ini kami selalu tuju ke Giant Nilai.  Animasi Aina memandu sebuah bas di AEON Mall Nilai.
# Teks: Delicacy Dining Car. # Sunday, 7 April 2019, 19:08 # VID_20190407_190750-ANIMATION # AEON Mall Nilai. No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tetapi petang tersebut kami ke AEON Mall Nilai sebab Mummy nak jemput gelang tangan yang ditempah di sana hujung minggu lalu di kedai emas Habib Jewels yang terletak di tingkat tanah AEON Mall.Selesai ambil gelang tangan Mummy k…

Kedah benam TFC 3-0

KEDAH kembali memberi cabaran kepada kelompok atasan Liga Super 2019 kekal di tangga ketiga apabila membenam Terengganu FC (TFC) 3-0 pada perlawanan kesembilan di Stadium Darul Aman sebentar tadi.Gol pertama Kedah muncul pada minit ke-24 menerusi Jobathan Bauman selepas Farhan Roslan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan TFC, Nasrullah Haniff Johan di dalam kotak penalti. Lang Merah menambah koleksi gol kedua pada perlawanan malam ini menerusi Zaquan Adha Abd Razak yang bijak menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Suffian Ab Rahman hasil kesilapan pertahanan mereka pada minit ke-32 untuk kedudukan semasa Kedah di hadapan 2-0.Bagaimanapun TFC cuba bangkit menerusi pemain importnya, Sanjar Shaakhmedov yang cuba melakukan percubaan dari jauh namun tepat ke dakapan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-33.Separuh masa kedua bermula, TFC meningkatkan serangan ke kubu tuan rumah untuk merapatkan jurang jaringan namun pertahanan Lang Merah berjaya menyerap asakan …

Apa ada dengan Iron Man?

Kawan2 Tedi di sekolah sibuk dengan filem Iron Man 3.Kononnya filem itu adalah sequel Iron Man terhebat di maya pada ini.Apalah nak dihairankan sangat dengan Iron Man tu? Tiap-tiap pagi Tedi tengok Iron Man. Sebab tiap-tiap pagi Master kena iron baju kerja dia.Jadi, masih kagum dengan Iron Man? Hentikan la. Kalau Master adalah Iron Man, maka Tedi lak Iron Tedi.Kiriman ini pertama kali dikirim pada 5 Ogos 2013.

Aina 1 bulan 14 hari

Tup-tup dah 2 tahun umur si Aina. Masa bayi dulu dia ni kecil je sebab lahir tak cukup bulan (bayi pramatang). Nak beli pampers Aina masa dia bayi pun memang susah sebab saiznya yang kecil itu. Hal ini pernah dibicarakan dalam kiriman bertajuk "Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan (20170410)". Master nak pegang dia pun tak berani.Ini gambar semasa Aina merupakan seorang bayi perempuan berusia 1 bulan 14 hari. Memang tak pernah upload gambar dia semasa bayi, maklumlah kami sekeluarga sibuk melayan kerenah dia, bayi pertama dalam keluarga kecil kami.Gambar ini dikomen Tok Mak sebagai sayu dan apalah yang direnung si bayi kecil ini?Sekali lagi interpretZZ mengubah caption gambar, masih tercari-cari standard sesuai untuk dibaca pada masa depan, agak renyah dan ambil masa lama (tunggulah nanti mesti Mummy complaint asyik menghadap komputer je kerja Tedi) tapi puas hati apabila baca kerana unsur sejarahnya yang boleh diimbau dan dihubungkan dengan memorabilia yang Tedi …

Aliya Nasi Kerabu Pohon Celagi Kampung Binjai Pasir Mas

Jarang kami makan di luar sebenarnya jika balik ke Kelantan. Tetapi kebelakangan ini Tok Abah rajin membawa kami ke kedai-kedai makan di sekitar. Kali ini di Pasir Mas pula iaitu di Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi di Kampung Binjai.Kalau ikutkan pengetahuan Tedi kedai makan ni di Pasir Mas, tapi Google kata Kota Bharu. Adakah Pasir Mas ni dalam Kota Bharu?Jika cari dalam Google, terjumpa kedai nasi kerabu ni ada cawangan kedua di bandar Kota Bharu. Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi. Tel: 013-7118145
Menu: Kambing bakar, daging bakar, ayam bakar, nasi berlauk, nasi sup, A.B.C, cendol.
# Thursday, 1 February 2018, 10:30
# DSC_0932.JPG # Telefon pintar Sony G3226
# Al'ya,nasi Kerabu Kambing Bakar, Jalan Kedai Mulong - Pendek, Kampung Binjai, 16010 Kota Bharu, Kelantan Komen interpretZZ mengenai nasi kerabu di sini? memang terbaik. Datang sendirilah cuba makan, Tedi nak puji pun malas. Selain nasi kerabu ada juga kuih-muih tradisional. Gambar nasi kerabu ayam bakar dengan solok lada, keropok, kela…

Terbang ke Kota Medan di Indonesia

Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC.Kami berlepas ke Medan, Indonesia dengan menaiki sebuah pesawat AirAsia. Ketika itu penerbangan tambang murah menggunakan Terminal Pengangkut Kos Rendah (Low Cost Carrier Terminal) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Terminal ini lebih popular dipanggil LCCT. Ketika itu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) masih belum beroperasi. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama
Gambar sebuah kapal terbang AirAsia di Terminal LCC KLIA berlatarbelakang matahari terbit. Ketika ini kami sedang berada dalam perut kapal terbang Air Asia yang akan membawa kami ke Medan.
# 22 Mac 2013 jam 07:55 pagi hari Jumaat
# 20130322-medan (1).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D
# Lokasi: Low Cost Carrier Terminal, Kuala Lumpur International Airport. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama
Gambar sayap kanan kapal terbang AirAsia ke Medan. Ketika ini mungkin kami sedang melintasi Selat Melaka.
# 22 Mac 2019 jam 08:41 pagi hari Jumat
# 20130322-medan (6).JPG
# Canon…

Menginap di Parapat di Danau Toba di Indonesia

Jenuh Tedi nak menyusun gambar kenangan Mommy dan Master bersama Tok Ma dan Maksu serta dua orang kawan Mommy semasa mereka bercuti di Medan.Tambahan pula kamera yang Master gunakan iaitu Cameron EOS 500D tiada GPS jadi kita akan susah nak tahu di manakah gambar itu diambil? Nasib baik Master mempunyai tabiat pelik iaitu suka ambil gambar papan tanda.Cerita kali ini adalah pengalaman mereka berada di Parapat di Danau Toba di Sumatera Utara di Medan di Indonesia, di mana mereka menginap di Siantar Hotel Parapat.Daftar Masuk Siantar Hotel Perapat Gambar: Mula nampak papan tanda Siantar Hotel Parapat.
Kamera: Canon EOS 500D.
Bila: 2013-03-22-17:16 hari Jumaat Sebaik sahaja mendarat dari van yang kami naiki, wow... tak terkata melihat keindahan alam ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala. Pemandangan yang menyambut kami sebaik sahaja tiba di Siantar Hotel Parapat. Beruntung warga Indonesia dikurniakan keindahan alam seperti Danau Toba ini.
# Gambar: tasik, bot laju, masjid
# 22 Mac 2013 jam 17:17…

Prestasi Hafizh Syahrin buat Poncharal berang

Bos pasukan Tech 3 KTM, Herve Poncharal mengakui dia berang dengan prestasi Hafizh Syahrin pada MotoGP Argentina.Syharin mengalami detik sukar beralih daripada motosikal Yamaha M1 yang ditungganginya pada tahun lepas kepada motosikal KTM RC16 yang digunakan pada tahun ini, dibuktikan dengan penampilan buruk dalam aksi pertamanya menunggang motosikal KTM itu di MotoGP Qatar apabila Hafizh Syahrin bukan sahaja menduduki tempat terakhir, tetapi ditinggalkan sejauh 20 saat oleh pelumba di hadapannya.Detik 20 saat adalah satu tempoh yang sangat lama dalam perlumbaan motosikal MotoGP.Pelumba yang berasal dari Malaysia itu mengaku bahawa dia tidak yakin untuk memaksa motosikal KTM RC16 tersebut, menyebabkan Hafizh syahrin menduduki tempat terakhir dalam setiap sesi latihan di Argentina. Berkata kepada MotoGP.com ketika sesi latihan ketiga pada pagi Sabtu, Poncharal yang sebelum ini pernah mengkritik Hafizh Syahrin di Misano pada tahun lepas berkata, "Hafizh, ini adalah sesuatu yang sungg…

Paras Hemoglobin Mummy rendah

Semalam, 1 April 2019, Mummy ke Klinik Kesihatan Salak untuk pemeriksaan kesusulan kehamilan.Mummy ambil cuti sepenuh hari manakala Master pula ambil cuti separuh hari petang.Semalam sebenarnya pas bermusim letak kereta Master dah luput, jadi Master rancang untuk masuk ke medan letak kereta melalui lorong pelawat, tetapi semasa nak ambil tiket, palang penghadang pintu masuk tempat letak kereta pelawat tu terbuka. Ia dapat kesan pas bermusim tempat letak kereta Master menggunakan RFID, walaupun Master dah letakkan dalam wallet. Maka terpaksalah Master masuk dan letak kereta di medan letak kereta bermusim. Pelik sebenarnya sebab sepatutnya penghadang itu tidak terbuka kerana pas bermusim Master dah luput. Tetapi perancangan Allah itu lebih baik.Memandangkan dah letak kereta di medan letak kereta bermusim, dan waktu masih awal di mana pejabat Master masih kosong, dan Master masih belum ada tugasan baru, maka Master pun ambil kesempatan tersebut untuk perbaharui pas letak kereta di pejaba…

Kiriman Berkaitan