Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Korea Selatan punyai internet terlaju di dunia

Korea Selatan mengekalkan kedudukan mereka sebagai negara dengan kelajuan internet purata paling laju di dunia.Setakat suku 2016, purata kelajuan internet mereka adalah 29 Mbps.Pencapaian itu dilaporkan oleh Akamai melalui laporan mereka yang bertajuk "State of Internet".Norway menduduki tempat kedua, manakala Sweden di tempat ketiga.United Kingdom pula menduduki tempat pertama dalam kategori kelajuan purata internet mobile iaitu pada kelajuan 27.9 Mbps.Singapura pula mengekalkan kedudukannya sebagai negara dengan kelajuan capaian puncak purata tertinggi iaitu pada kelajuan 146.9 Mbps.Prestasi Malaysia pula agak menyedihkan dengan purata kelajuan internet purata hanya 6 Mbps sahaja.

Planet Pluto dinamakan oleh gadis 11 tahun

AMARAN!!! Ini adalah bacaan untuk orang dewasa sahaja, diharap kanak-kanak atau para remaja mendapatkan bimbingan orang dewasa. Planet Pluto dinamakan oleh seorang gadis berusia 11 tahun dan hanya ia satu-satunya planet yang dinamakan oleh seorang kanak-kanak.Venetia Burney dari Oxford, England mencadangkan kepada datuknya pada tahun 1930 agar planet baru ditemui itu dinamakan sempena nama dewa Rom di alam bawah tanah.Datuknya menyampaikan cadangan itu kepada institut kajian Lowell Observatory dan nama itu terpilih.Nama bulan-bulan yang mengelilingi Pluto juga mengambil nama makhluk-makhluk bawah tanah. Charon mengambil nama seekor makhluk pendayung bot yang mengangkut roh di alam bawah tanah. Ia juga tanda hormat kepada isteri James Christy (Sharon) si penemu Charon.Nix pula nama ibu Charon yang juga dewi kegelapan dan malam.Hydra adalah nama ular berkepala 9 yang mengawal dunia bawah tanah.Kerberos dinamakan sempena nama anjing berkepala tiga daripada mitos Greek.Styx pula adalah nam…

Baki Kuota Semasa Reset SAM

Alhamdulillah, hari ini berjaya siapkan laporan pertama menggunakan itext dan juga web services.Web services yang digunakan adalah framework WCF, Windows Communication Framework.Juga buat pertama kalinya Tedi gunakan stored procedure untuk dapatkan data daripada pangkalan data.Best juga guna stored procedure dengan Windows Communication Framework tu sebabnya dia terus jana complex type, jadi Tedi tidak perlu membina model untuknya secara manual.Tapi masalahnya pula untuk kontrak data, kena juga buat manual. Tadi ada jumpa juga manusia yang buat data contract tu secara automatik dengan menukar beberapa konfigurasi, tapi ada pendapat yang kata lebih bagus untuk pisahkan entity dengan data contract kerana mereka adalah dua perkara yang berbeza.Jadi laporan permo "Baki Kuota semasa reset SAM" sudah beres, sebenarnya belum selesai pun sebab masih ada beberapa field yang gunakan value hexadecimal yang sepatutnya ditukar dahulu kepada ASCII.alamak, Tedi dah mengantuk... selamat mal…

Kanak-kanak Miskin Mati 2 Kali Ganda Berbanding Kawan Mereka Yang Kaya

NEW YORK (Thomson Reuters Foundation) - Bilangan kanak-kanak tidak berpelajaran meningkat, perkahwinan kanak-kanak takkan turun selama berdekad-dekad, dan jutaan kanak-kanak akan mati kebanyakannya disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah menjelang 2030 jika kemiskinan global tidak dibanteras - lapor UNICEF. Laporan tahunan UNICEF itu menyatakan bahawa bilangan kanak-kanak miskin akan mati pada umur sebelum 5 tahun adalah 2 kali ganda berbanding kanak-kanak kaya, dan bilangan gadis miskin yang menjadi pengantin muda akan meningkat dua kali ganda, sebagai tanda masalah ketidaksetaraan dalam masyarakat.Laporan itu juga menunjukkan bahawa usaha mengurangkan kematian kanak-kanak bawah 5 tahun sejak 1990 dan juga usaha mengimbangkan bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan ke sekolah rendah di 129 buah negara tidak menunjukkan perkembangan yang bagus.Masalah pelarian dan tebusan dikaitkan dengan ketidakseimbangan dalam masyarakat dan juga masalah kemiskinan. Pengurangan jarak perbezaan …

Mata Buntal 28-06-2016

Pelik sungguh, tak dapat Tedi lelapkan mata pada ketika ini, berbeza dengan suasana Maghrib tadi di mana Tedi mudah saja terlelap.Mungkin ini penangan kafein yang ada dalam secangkir kopi yang Tedi minum semasa moreh tadi. Rasanya ini adalah kali ketiga Tedi ambil kafein dalam bulan puasa ini, menjauhi sasaran sifar kafein yang Master cuba terapkan pada diri Tedi.Rasanya okay juga Tedi tidak minum minuman berkafein kerana ia elakkan Tedi daripada dahaga pada siang hari puasa. Tadi Tedi cuba hantar kiriman baru ke interpretZZ, sempat siapkan satu sahaja, sedangkan Master nasihatkan Tedi supaya siapkan 10 kiriman sehari. Tujuannya ialah supaya kalau setiap kiriman tu dapat 7 pageviews, maka kalau 10 dah dapat 70.. hehe..Tapi tak mampulah Tedi, asalkan dapat hantar satu post pun dah cukuplah buat diri Tedi ini.Tambahan tiada apa nak dicoretkan.Tapi alasan itu takkan pernah menjadi makanan Master. Katanya apa yang Tedi lakukan setiap hari boleh dijadikan sebuah cerita. Mungkin cerita itu b…

Sakinah buat Biskut Dahlia

29 September 2016Gambar kakak Sakinah sedang membuat kuih raya iaitu biskut dahlia atau biskut daisy. Biskut dahlia ni Tedi tak berapa suka sebab ada ceri walaupun sebenarnya ia sama sahaja dengan kuih semperit yang menjadi kesukaan Tedi.Beza kuih dahlia dan kuih semperit cuma dari segi rupanya sahaja dan juga kehadiran aksesori tambahan pada kuih dahlia atau kuih daisy.Kejap dahlia kejap daisy, Tedi pun tak tahulah...

Kaca Yang Berdebu

Lirik nasyid "Kaca Yang Berdebu" Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu keras membersihkannya
Nanti ia mudah retak dan pecah

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu lembut membersihkannya
Nanti ia mudah keruh dan ternoda

Ia bagai permata keindahan
Sentuhlah hatinya dengan kelembutan
Ia sehalus sutera di awan
Jagalah hatinya dengan kesabaran

Lemah-lembutlah kepadanya
Namun jangan terlalu memanjakannya
Tegurlah bila ia tersalah
Namun janganlah lukai hatinya

Bersabarlah bila menghadapinya
Terimalah ia dengan keikhlasan
Karena ia kaca yang berdebu
Semoga kau temukan dirinya
Bercahayakan iman
Album : Bahasa JiwaMunsyid : MaidanyTonton di YouTube: Kaca Yang Berdebu Maidany with Lirik NasyidKomentar tentang nasyid "Kaca Yang Berdebu"Nasyid ini boleh dikatakan mengenai anak atau seorang wanita, kerana mendidik seorang anak/wanita itu perlu dengan teknik dan taktik yang betul.Rasanya lagu ini khusus buat anak namun kaum wanita yang mendengarnya berasa te…

Jalan Alternatif ke Kelantan sempena raya

PANDUAN DAN JALAN ALTERNATIF MENUJU KE KELANTAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFIRI 2016.
BAHAGIAN 1 ( KUALA LUMPUR KE KELANTAN)- Sebarkan kepada perantauan.1) Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Lebuhraya Karak, Bentong, Raub, K.ipis, Gua Musang.→ Sebagai laluan utama dengan jarak 456KM.→Sangat sesak pada musim perayaan.→Alternatif ialah :● Bypass Bandar Bentong – Selepas Tol Bentong, jangan exit ke Bentong Barat, sebaliknya teruskan ke Kg Sertik, Kg Cinta Manis atau Mempaga.●Ambil susur keluar ke kiri dan teruskan perjalanan melalui Felda Mempaga, Kg Lebu dan tembus semula ke jalan utama Bentong-Raub.●Bypass Bandar Bentong dan Raub-Selepas melepasi Felda Mempaga, susur ke kanan melalui papan tanda ‘Jalan Alternatif ke Gua Musang’.→ Anda akan merentasi Felda Krau, Felda Lembah Klau, dan Ulu Gali.→Akhir sekali, anda akan keluar di sebelah Sek Men Sains Tengku Abdullah(SEMESTA) dan masuk ke laluan utama Raub-Lipis.●Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan→selepas memasuki bandar, pilih …

Step Up

Dahsyatnya hari ni.Guru kelas tak datang.Ketua kelas pun cuti panjang jadi terpaksa ganti ketua kelas follow up kerja rumah kawan-kawan.Patutnya hal pertama yang patut dibereskan adalah pergi jumpa Cikgu Azhar untuk set satu mesyuarat bagi Projek KeMaS RaFID. Tetapi tiba-tiba kawan kata Tedi kena temani dia masuk mesyuarat dengan supplier projek KeMaS RaFID tersebut.Pening dah Tedi dalam mesyuarat tersebut. Tambahan ada cikgu yang suruh Tedi step up dan ambil alih projek dengan seganas mungkin. Hadoila...Pada waktu petang pula Tedi sambung urusan pergi setup meeting bersama kelas Cikgu Azhar. Esok meeting tapi terpaksa join meeting yang dianjirkan oleh Si Untouchable kerana Cikgu Azhar nak buat sekaligus.Petang ni sehari suntuk cuba setup linked server pada local machine namun menemui jalan buntu. Takkanlah susah sangat nak setup? 😭Pagi esok kalau tak silap STIX ada temujanji servis 5000 kilometer, nampaknya malam ni kena bawa ia keluar untuk diisi minyak.Peninglah nak ambil alih tam…

Yee Mee Kari di Mydin USJ

21-Jun-2016 19:19Hari ni singgah berbuka di Mydin Mall USJ.  Makanan kegemaran Tedi di sini adalah Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge.Panjang kan nama resepi kegemaran Tedi ni?Selain itu ada juga Yee Mee Sizzling tapi di gerai lain di medan selera ni.Harga Yee Mee Kari ni dalam MYR 7.90.Hari ni makcik tu letak dalam dua bekas sebab dia takut yee mee ni kembang kalau rendam lama dalam kari sementara tunggu waktu berbuka puasa.Selepas berbuka puasa mungkin Tedi ikut Mommy pergi beli baju raya pula.Selepas tu baru kami pergi jemput Sakinah di Puchong Kenanga. Harap-harapnya dia nak ikutlah.Mommy pula ambil set Bawal Goreng Berempah dengan harga MYR 10.90.

Best sangat ka pau cendawan Putrajaya ni?

26-Jun-2016 17:43Tengah beratur nak beli pau cendawan di Bazaar Ramadhan Putrajaya.Punyalah ramai manusia beratur nak beli pau cendawan ni, Tedi tak tahulah berapa ratus meter kami kena beratur.Ini sebab Mommy nak rasa pau cendawan yang heboh di media sosial tu. Kalau ikutkan Tedi, sesedap mana pun kalau kena beratur macam ni,  rela Tedi tak rasa. Tak rugi pun tak rasa sebab kita takkan pernah tau rasanya,  jadi tidaklah rasa rugi sangat.Baru sahaja tokay pau cendawan tu darang,  dia kira ada berapa orang tengah beratur dalam barisan yang macam ular keba palu ni. Dia kata terhad 3 biji pau untuk sekeluarga, dan Tedi termasuk dalam mereka yang boleh dapat pau cendawan tu untuk petang ni.Nak cerita panjangnya barisan ni,  ia melangkau 3 deretan gerai.  Tak boleh nak ceritalah,  kalau rakam video baru nampak kot.Harga Pau Cendawan PutrajayaTak tahulah berapa harga pau cendawan 3 biji tu,  tapi kalau setakat untuk benda yang boleh ditelan tak sampai 5 minit mungkin tak berbaloilah beratur…

Kesulitan Yang Dipermudahkan

Daripada Ibnu Abbas radiallahu anha berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wassalam bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksakan atas mereka."

Riwayat Ibnu Majah nombor 2043, al-Baihaqi (10/60), al-Tabarani nombor 765, al-Daraqutni (VII/170) dan al-Hakim (11/198)Huraian dan intipati:Ibnu Hajar al-Haitami berkata: "Hadis ini mempunyai manfaat yang menyeluruh kerana terdapat 3 perkara yang dibicarakan hadis ini terdapat dalam semua masalah fiqah."Bahkan hadis ini boleh dikatakan setengah daripada syariat.Semua perbuatan tidak terlepas daripada dua keadaan:sengajatidak sengaja merangkumi kekeliruan, lupa, dan dipaksaHadis ini menjelaskan perbuatan manusia yang dilakukan dengan tidak sengaja tidak mendapat dosa. Perbuatan manusia yang dilakukan dengan sengaja akan diberikan hukuman. Hadis ini juga disebut dalam tafsir ayat 284, Surah al-Baqarah maksudnya:"…

Tak Hairan UK Tinggalkan Eropah

Semalam dalam pengundian referendum, United Kingdom memilih untuk tinggalkan Kesatuan Eropah selepas 40 tahun menyertainya. Tentunya khabar ini meletakkan para pelabur saham dan orang ramai di seluruh dunia dalam keadaan cemas. Tiadalah Tedi punyai pengetahuan mendalam mengenai ekonomi jadi tidak perluah Tedi sentuh apakah kesan undian tersebut kepada ekonomi global. Cuma Tedi nak katakan di sini bahawa Tedi tak terkejut langsung dengan langkah United Kingdom memilih untuk "Brexit."Apa yang mengejutkan adalah penyertaaan mereka ke dalam blok Kesatuan Eropah tersebut. Sebenarnya Tedi agak prejudis bahawa Kesatuan Eropah ini akan berjaya kerana mereka punyai konflik di dalam benua mereka sendiri.Mereka tidak pernah ada kesatuan, sebaliknya dengan kewujudan banyak kumpulan etnik, Eropah adalah sekumpulan manusia daripada pelbagai budaya dan juga pelbagai bahasa yang bekerja dengan tujuan yang saling bertentangan atau bersilangan di antara satu sama lain.Hasilnya mereka selalu t…

Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak.Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan.

Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka.

Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu.

Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah.Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu.Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman?
Soalan ini susah untuk dijawab.Kereta kebal Jerman punyai tre…

Berapa hampirkah Newcastle dengan pembelian pertama mereka?

Newcastle United masih berharap memperolehi sekurang-kurangnya seorang pemain baru dalam skuad utama mereka untuk perlawanan pertama pra-musim menentang Bohemian FC di Ireland nanti.Rafa Benitez telah menjelaskan dua posisi yang ingin diisi pada musim panas ini dan beberapa orang pemain baru dijangka akan dibawa masuk menjelang permulaan musim baru Championship.Benites mahukan seorang penyerang berpengalaman dan seorang pemain yang boleh memimpin pasukan untuk dibawa masuk ke dalam skuad utama.“Kami telah bersedia untuk 3 atau 4 perkara"“Cuma kami perlu mulakan dengan yang pertama, dan kemudian kedua dan ketiga, yang mana saya fikir boleh diselesaikan dalam masa seminggu."“Kepada para penyokong Newcastle United, kami sedang bekerja keras. Ia tidak mudah kerana harga pasaran sungguh tinggi tapi kita dalam keadaan baik-baik sahaja."“Jika kami boleh mula berurusniaga, kami telah persiapkan 2 atau tiga perkara. Apabila saya katakan ia hampir sedia, bermakna ia benar-benar h…

Sidang pemilik Subaru XV TMB

Pada malam kami berbuka di Amber Chinese Muslim Restaurant di Bangi beberapa hari yang lalu, Master sempat bersidang dengan pemilik XV yang lain.Ketika kami sampai ke rumah dah jam 10 lebih. Master dah terlelap dalam kereta sementara tunggu Mommy bukakan pintu pagar rumah apabila ada seorang pakcik yang juga pemilik XV mengetuk tingkap pemandu kereta Proton SAGA BLM kami. "Jom check gear knob kereta aku. Tak sempat nak ambil gambar", kata pakcik yang menjadi peneraju XV TMB.Persidangan itu lebih menjurus kepada gear knob STI untuk XV STI yang kami dapati sama sahaja seperti XV premium cuma ada logo STI plastik ditampal pada gear. Main tampal saja, kelakar sungguh, padahal kalau diikutkan gear STI memang lawa dengan kemasan hitam.Kemudian persidangan mereka bersambung kepada beberapa hal lain.1. Stereng kereta yang beratMelalui perbincangan mereka, dipersetujui bahawa stereng XV memang berat dan itu menjadi kelebihan buatnya apabila dipandu laju... err... dipandu sangat laju, …

Beli Buku dengan Ann Wan Seng

Tengahari semalam pakcik Ann Wan Seng datang ke pejabat Master beri ceramah.Sayangnya Tedi sangat mengantuk semalam sampai tersengguk-sengguk dalam ceramah tu. Rasanya dia cerita pasal Rahmat Allah subhanahu wa ta'ala.Di hujung ceramahnya dia jual 2 buah buku yang salah sebuah daripadanya adalah penulisannya.Master belikan kedua-dua buah buku itu dengan harga MYR 37.Satu bertajuk Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah tulisan Dzul Khairi Mohd Noor, dan yang kedua bertajuk Wahyu dan Sahabat Nabi sollallahu alaihi wassalam karya Ann Wan Seng sendiri.Buku yang pertama membetulkan Kisah-kisah tidak sahih yang sering tersebar di sekitar masjid dan surau, manakala buku yang kedua menyentuh tentang kisah para sahabat di sebalik turunnya wahyu.

Tak Larat Tidur Atas Lantai

Malam ni Sakinah datang rumah. Resam kalau dia datang mesti tidur di ruang tamu di hadapan tv, di atas lantai berhamparkan toto.Tapi Master tetap cari katil juga untuk tidur, jadi tinggal Mommy sahajalah temani Sakinah tidur di bawah.Master hairan juga tengok mereka tidur di atas lantai, tidak kesejukankah?Walaupun beralaskan toto Master tetap berasa dingin lantai marmar menyerap ke dalam tulang belulang beliau. Paling teruk apabila bangun esok hari Master berasa seolah-olah paru-paru beliau dipenuhi cecair disertai hidung yang tersumbat dengan mukus.Master hanya boleh tidur di lantai jika permaidani tebal yang keras menjadi alasnya.Apakah tidur atas lantai ada kesan buruknya? Sampai sekarang Tedi belum ketemui jawapan saintifiknya. Belum lagi Tedi berkesempatan mengkaji permasalahan ini.

Menu Sahur Corn Flake dengan Madu

Adus... tak larat rasanya perut Tedi ni untuk sahur sebab buka puasa makan banyak gila.Berbuka di Amber Chinese Muslim Restaurant Sumber gambar: AMBER Chinese Muslim Restaurant Ramadan Buffet @ Nexus Bangsar South Semalam kami berbuka puasa di Amber Chinese Muslim Restaurant [lokasi] di Nexus Bangsar South. Tedi bantai makan macam-macam sebab nak jadikan harga RM 34 untuk sajian buffet tu berbaloi buat Tedi.Tedi makanlah kebab daging, sotong bakar, cendawan sedap, udang goreng, dan yang paling banyak Tedi bantai ialah Mi Tarik sebab tak pernah makan. mang sedap Mi Tarik di sana tapi ia ada banyak jenis, yang satu jenis tu Tedi tak gemar sangat sebab kuah dia macam sup. Mi Tarik yang Tedi gemar tu kuahnya pekat.Akibat dek perbuatan Tedi yang semberono itu kesannya masih terasa sampai ke sahur pagi ni. Sendawa pun masih ada kesan rempah-ratus Mi Tarik semalam.Hakikatnya Tedi adalah di antara puak yang memboikot berbuka puasa secara buffet ni tapi semalam ada function dengan kawan pejabat …

Peti Sejuk Magnetik Pertama Dunia Dilancarkan

Sebuah firma dari Perancis, Cooltech Application telah melancarkan peti sejuk yang mereka dakwa sebagai peti sejuk menggunakan sistem magnetik komersial yang pertama di dunia.Sistem penyejukannya menggunakan konsep pengaliran air coolant melalui bahan magnetocaloric dalam ulangan kitaran magnet-nyahmagnet.Sistem itu beroperasi tanpa menggunakan sebarang gas pendingin, menjadikan peti sejuk itu lebih mesra alam sekitar berbanding peti sejuk konvensional.

Bagaimana kilat terjadi pada awan volkanik

Para penyelidik Jepun telah menemui jawapan bagaimana petir boleh terhasil pada awanan debu Gunung berapi.Melalui penggunaan kamera berkelajuan tinggi dan alatan penderia akustik, mereka mendapati bahawa petir awan volkanik hanya terdapat berdekatan lohong kawah gunung berapi sahaja.Ini adalah kerana apabila debu volkanik itu dilepaskan, lahar gunung berapi (magma) akan mencaskan cas elektrostatik pada debu itu.Apabila debu itu menjauhi lohong gunung berapi tersebut, cas elektrostatik yang terkumpul pada debu itu akan mengalami proses nyah-cas melalui penghasilan petir.

Tukarkan Plastik Kepada Minyak

Para penyelidik telah menemui kaedah terbaru untuk menukarkan barangan plastik terbuang menjadi minyak menggunakan kaedah dwi-catalyst.Plastik terdiri daripada rantaian panjang atom-atom hidrogen dan karbon. Dalam proses itu, catalyst pertama akan singkirkan hidrogen daripada ikatan dengan karbon, menyebabkan dua atom karbon membentuk dua ikatan lemah.Catalyst kedua pula akan singkirkan dua ikatan lemah itu sekaligus hasilkan rantaian pendek atom karbon yang boleh digunakan sebagai minyak (bahan api).Seingat Tedi, ada cerita pasal warga Palestin yang ekstrak minyak daripada plastik dek kesukaran mereka untuk mendapatkan bahan bakar itu. Nampaknya itu bukan omongan kosong belaka. Cuma mungkin kaedah yang mereka gunakan berbeza.Sesungguhnya kesukaran akan diikuti dengan kemudahan, dan kesukaran akan diikuti kemudahan, itulah janji Allah. Mereka yang berjaya selalunya adalah mereka yang pernah bergelut dengan kesukaran sehingga mendesak mereka untuk mendaki puncak kejayaan.Nampaknya kepun…

Penyelidik Bangunkan Cip Pemproses 1000 Teras

Para penyelidik di University of California telah membangunkan satu cip pemproses (processor chip) dengan 1000 teras (core).Cip yang dinamakan KiloCore itu punyai 1000 teras yang setiap satunya boleh diprogram secara berasingan.Ia mempunyai 621 juta perintang dan mampu memproses 178 trillion arahan sesaat.Setiap teras menjalankan program mereka masing-masing secara berasingan menjadikannya 100 kali ganda lebih jimat tenaga berbanding cip pemproses yang terdapat pada komputer riba.Komputer sekolah Tedi pun baru guna cip pemproses 4 teras, itu pun harganya dah cecah RM 3 ribu, kalau KiloCore ni mahu makan ratusan ribu Ringgit Malaysia?Tedi tak dapat nak bayangkan bagaimana mereka boleh hasilkan cip dengan 621 juta perintang (transistor) di dalamnya. Sehalus manakah perintang-perintang itu?Indahnya hidup jika Tedi berpeluang bekerja kaji atau buat cip pemproses (processor chip) komputer ni. 😞

Pasar Ramadhan Kerayong Bera

18:36Di Pasar Ramadhan di Jalan Kerayong 1 di Bera.Tedi tiada apa nak beli dan tak terliur pun.Apa yang nampak menarik cuma Puyuh Goreng Berempah, Puyuh KFC, dan Murtabak Daging.Minuman pula yang agak menyelerakan ialah Teh Peng Pekat, Carrot Susu, dan Air Kelapa Laut.Puyuh tu memang nampak sedap tapi nanti mesti tak lalu nak makan punya.Liputan telekomunikasi webe di sini di sekitar Bera agak mengecewakan sebab tiada data, Tedi tak cuba tukar webe atas Celcom, mungkin okay sebab Celcom yang Tedi gunakan nampak sangat bagus liputannya.

Guna Inhaler Semasa Puasa

Saya mempunyai penyakit lelah dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma.Jika saya berpuasa, jika saya berpuasa, adakah puasa saya sah?Azie, Jasin. Jawapan daripada Ustaz Haslin Baharim:Walaupun memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga ternuka yang dalam membatalkan puasa, namun penggunaan inhaler adalah perkara yang darurat dan tidak dapat dielakkan.Selain itu penggunaannya terlalu sedikit dan tidak sehingga membatalkan puasa.Ulama terkini sepakat dengan menyatakan penggunaan alat inhaler secara tidak melampau dan mengikut keperluan, ia tidak membatalkan puasa.Ia diqiaskan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung yang dibolehkan ketika berpuasa.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sempurnakan wudhu dan selatu di antara jari-jemari serta bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke hidung (istinsyaq) kecuali saat engkau sedang berpuasa." - Muttafaqun Alaih.Perbuatan berkumur sudah pasti meninggalkan kesan lebihan air dalam m…

Hidup Ini Pilihan

Selepas tamat latihan bola sepak, semua pelajar duduk melepaskan lelah di bawah sebatang pokok di tepi padang sambil menunggu guru pengajar membawa minuman.Lima minit kemudian, si guru tiba membawa air sirap yang dibelinya. Berebutlah pelajar-pelajar tadi mengambil air sirap yang dibungkus dalam plastik. Mereka yang dalam kehausan terus minum.Sang guru hanya memerhati kerenah anak muridnya meminum air sirap mereka dengan kerenah pelbagai ragam.Ada yang membuka ikatan mati bungkusan air tadi lalu memasukkan straw sebelum menyedut. Bagi pelajar yang gagal membuka ikatan mati bungkusan air pula, menebuk satu lubang kecil dan memasukkan straw melaluinya.Sesetengah pelajar yang tidak mendapat straw pula, menebuk lubang kecil di bahagian bawah dan minum air melaluinya.Melihat situasi itu, si guru meminta semua murid berhenti minum. Ada sesuatu yang mahu disampaikannya. Gambar seorang nenek tua yang memilih untuk bersusah-payah menjual penyapu lidi demi sesuap rezeki berbanding dengan hanya d…

Kisah Nabi Zakaria lewat dapat anak dalam Al-Quran

Salah satu kisah Nabi yang mengharukan Tedi ialah kisah Nabi Zakaria alaihissalam. Sebab apa? Sebab baginda adalah seorang Nabi Allah tapi baginda tidak dikurniakan anak sehinggalah baginda sudah tua. Anak baginda adalah Nabi Yahya alaihissalam yang Tedi pernah baca bermaksud hidup kerana lewatnya Nabi Zakaria alaihissalam mendapat anak. Seorang Nabi lewat menerima anak, bersabar dan berdoa, redha dengan rezeki diberi Allah - supaya kisah ini menjadi panduan kepada kita semua. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam lewat dapat anak ini diungkapkan beberapa kali melalui beberapa surah dalam al-Quran. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Cerita bermula dengan Nabi Zakaria alaihissalam menyediakan tempat untuk Mariam mengabdikan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala termasuklah membawa makanan kepada Mariam di dalam satu tempat terasing dipanggil Mihrab. Mihrab ni direka supaya tiada siapa boleh masuk dengan mudah, tapi apabila Nabi Zakaria pergi menjenguk Mar…

Kenapa tandas wanita di belakang?

Burrp..  Alhamdulillah...Kekenyangan Tedi dibuatnya setelah menelan Buah Melaka, Bubur Tepung,  dan Badak Berendam.Itu baru Badak Berendam tu,  belum lagi Tedi telan Paus Biru atau Gajah Putih.Tadi sebelum sampai ke Sungai Lui kami singgah di Masjid Kariah Felda Lui Barat untuk menunaikan solat Asar.

KeMaS CTU membakar diriku

Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe..Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses.Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta database daripada beliau, kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID.KeMaS CTU tu pun sebenarnya setelah Tedi periksa statusnya masih ada yang belum siap iaitu bahagian laporan. Tedi tanya dia sama ada dia dah bersedia biarkan Tedi ambil alih sistemnya itu, dan dia kata dia gembira berbuat demikian. Kalau Tedi lah kan, macam payah je Tedi nak bagi orang sambung bangunkan sistem yang Tedi mulakan. Sebab tu lah Tedi susah nak tukar sekolah... huhu.Transisi ini macam bertukar sekolah juga kepada diri Tedi kerana ia bagi Tedi peluang untuk mengekod semula. Tedi bukan beruang yang suka menghadap dokumen... bosan... Tedi bosan...Tadi tak sempat install pangkalan data versi 2014... u…

Kepupusan Pertama Mammalia kerana Perubahan Iklim

Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini pupus angkara perubahan iklim yang dihasilkan manusia.Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009. Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil dan ditemui pada 1845 oleh orang Eropah yang ketika itu menjadikan aktiviti menembak haiwan Melomy rubicola itu sebagai satu bentuk sukan. Kali terakhir ia dilihat adalah pada 2009 oleh seorang nelayan profesional.Seorang penyelidik menyatakan bahawa punca utama kepupusan itu berlaku adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut seperti yang dilaporkan kajian oleh kerajaan negeri Queensland dan University of Queensland tersebut.Usaha menjejaki haiwan tersebut adalah melalui pelbagai kaedah seperti memasang perangkap, penggunaan kamera dan pencarian yang ternyata tidak membuahkan hasil.Spesies itu bagaimanapun diharapkan dapat d…

Miss Sahur... KeMaS... Ebit Lew... Gerbang Selatan

Pagi tadi boleh pula terlajak tidur, terjaga hanya apabila bilal mengalunkan azan Subuh. Mujur juga dah minum banyak air malam semalam. Suasana agak sejuk sepanjang hari dek penangan penghawa dingin dan rintikan hujan di luar turut membantu mengurangkan dahaga.Selepas mesyuarat berdiri, Mr R tunjukkan sistem KeMaS RaFID yang bakal diambil alih Tedi tidak lama lagi. Dapatlah faham sedikit apa yang beliau ajari, tapi tak tahulah semasa proses pengkodan nanti Tedi akan hadapi masalah.Ejen Hilang FailUsai proses pengalihan ilmu, Tedi membantu seorang kawan menyiasat satu isu berkenaan ejen kami di Kempas 04P86 yang tidak menghantar sebarang khabar berita sejak 2 April 2016. Kami mendapati bahawa ejen kami kehilangan akses ke atas fail sistem, sesuatu yang memeningkan kepala kerana ejen-ejen lain tidak menghadapi masalah yang sama.Ceramah Ebit LewJam 13:00, pergi ke ceramah yang disampaikan oleh Ebit Lew yang memiliki Paramount Café yang kami pernah kunjungi di Bangi Sentral suatu masa dul…

Qanaah - kecukupan

Petang tadi Ustaz Uda Kassim datang berceramah sempena Ramadhan di sekolah Tedi.Ceramahnya adalah berkaitan dengan qanaah ataupun dalam Bahasa Melayu maksudnya kecukupan.Tedi main catit sahaja apa yang Ustaz Uda Kassim sebut jadi maaflah jika kandungannya tunggang terbalik.Lawan bagi miskin adalah mencukupi.
Miskin adalah musuh keimanan sebab itu tidak disebut miskin sebaliknya mencukupi.Ada 2 jenis orang susah,
1. makin susah makin kufur
2. Makin susah makin berimanSyaidina Ali - hampirlah kemiskinan itu menjadi punca kepada kufur.Dan orang tua-tua pernah berkata bahawa kerana miskin tergadai agama. Jadi tidak hairanlah suatu ketika dahulu ada isu ibu tunggal yang miskin didapati berada di gereja kerana gereja membantu mereka dari segi kewangan.Tapi bukan kerana miskin sahaja seseorang boleh jadi kufur, sebaliknya seorang yang miskin dan berasa tidak mencukupi yang mendorong kepada kekufuran.Begitu juga si kaya yang tidak berasa berkecukupan, turut diheret ke lembah kekufuran.Miskin …

Rozita Che Wan di Tesco

Ada pula koleksi Rozita Che Wan di Tesco Bandar Baru Nilai ni dengan harga mahal gila RM 300 sepasang.Koleksi ini adalah koleksi eksklusif Rozita Che Wan untuk Tesco.Tapi yang Tedi musykil ada pula yang design nak sama dengan koleksi Razman (atau Rizman?) pada tahun lepas yang turut bekerjasama dengan Tesco.Tedi rasakan mereka ini cari koleksi baju mana-mana lepas tu tepek (tampal) label Rozita Che Wan lepas tu bolehlah jual mahal.Tedi tengok ada je baju yang tampalannya dah tercabut pun. Zaman sekarang kan banyak design baju ditampal bunga.Apa-apalah, siapa yang mampu bolehlah beli koleksi ini di Tesco ya...

Mahal Sangat Kena Pulau

Semalam pakcik-pakcik di taman perumahan kami sibuk berbual mengenai sebuah kedai makan yang berhampiran.Kedai makan itu menjadi tempat mereka selalu singgah minum pada malam hari.Pada suatu masa dulu ia menjadi tempat persinggahan utama tapi kebelakangan ini ia dipulaukan dan mereka mula beralih ke kedai mamak yang berhampiran pula.Sebab dipulaukan?  Harga yang dikenakan agak mahal sebagai contoh telur separuh masak sebiji adalah RM 1.50. Apa yang Tedi perasan adalah kedai itu tidak menyediakan menu dan harga makanan yang dijual.  Ia menyebabkan para pelanggan tidak dapat bandingkan harga.Tedi melihat adalah satu kerugian bagi kedai itu apabila mereka melaksanakan polisi sedemikian.  Masakan mereka bukannya tidak sedap,  tapi kalaulah pelanggan sampai lari ke kedai mamak,  itu maksudnya apa? Sedangkan harga di kedai mamak Tedi rasakan mahal.Di kawasan kami ini ramai pelajar kolej dan universiti yang menyewa. Sepatutnya peniaga di kedai makan itu sedar bahawa mereka perlu tambat para p…

KeMaS vs PosBO2

Letih sangat hari ini,  selepas Maghrib terus lentok diulit mimpi. Bangun-bangun saja jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Terpaksalah Tedi bangun malam membersihkan diri sebelum solat Isyak. Sepatutnya malam ini Tedi kena ulangkaji Spesifikasi Fungsi yang kawan Tedi sediakan sebagai persediaan mengambil alih projek IT beliau.  Tak lama lagi beliau akan berpindah ke sekolah lain. Ketua projek IT beliau telah melantik Tedi untuk mengambil alih projek tersebut mungkin kerana Tedi mempunyai kepakaran dalam bahasa yang digunakan,  atau mungkin juga kerana Tedi sahaja yang kelihatan tiada projek untuk diuruskan. Tidaklah Tedi tahu sama ada Tedi akan pegang projek ini sementara sahaja atau secara kekal. Projek Tedi pula dikatakan akan diketepikan dahulu kerana tiada urgency berbanding projek IT si R. Esok telah diaturkan Tedi akan berbincang dengan beberapa orang teman sekolah dan juga guru-guru untuk projek PosBO2 yang Tedi kendalikan. Semoga semuanya berjalan lancar dengan perolehan input …

Lori Muatan Kereta Honda Terbalik di Lebuhraya PLUS

Berita yang agak mengejutkan apabila sebuah lori muatan kereta terbalik di Lebuhraya PLUS. Kedua-dua hala terhalang apabila lori itu langgar pembahagi jalan dan terbalik di jalan sebelah. Tiada korban jiwa dilaporkan pada waktu Maghrib tadi. Tedi tertanya-tanya apalah nasib pemandu lori tu nanti? Adakah dia akan dibuang kerja? Adakah dia perlu ganti kereta dan lori yang jahanam?
Tedi tertanya-tanya juga, siapalah pembeli kereta yang tercampak di Lebuhraya PLUS itu? Berapa lamakah mereka perlu tunggu untuk terima kereta baru?
Tedi tertanya-tanya juga, bagaimana lori itu boleh langgar pembahagi jalan? Sedangkan sepatutnya lori berada di lorong kiri... sejujurnya Tedi perhatikan lori-lori di PLUS utara memang laju gila babi. Lori potong lori dah jadi pemandangan biasa...Apa-apa pun rasanya Tedi takkan dapat jawapan kepada semua persoalan itu. Harap-harapnya kemalangan itu disebablan oleh masalah teknikal dan bukannya kecuaian manusia.Ini laporan yang dikirim kawan Master.7 Jun 2016: 12.20p…

Ibadah yang utama di bulan puasa

Kuliah oleh USTAZ FAKHURRAZI berkenaan ibadah yang patut diutamakan dalam bulan Ramadhan.Seperti biasa Tedi catit mana yang sempat sahaja. 1 - SolatFardhuApabila tidak menunaikan solat fardhu, kebajikan yang lain tak diterima termasuklah puasa.Tunaikan solat berjemaah pada awal waktu kerana dalam al-Quran diceritakan ada neraka Wail disediakan bagi mereka yang menunaikan solat tapi tak khusyu dan lalai.Solat yang dilakukan pada lewat waktu adalah diterima tapi di dalam kemurkaan Allah2 - Sedeqah wajib iaitu zakat dan nafkah. Sumber: Dahsyatnya Pahala Mencari Nafkah Zakat ada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah.Perintah solat selalu diiringi dengan perintah zakat.Perempuan boleh bayar zakat fitrah.Syarat wajib zakat: Islam,merdeka,harta sempurna milik,cukup haul (setahun),cukup nisab (nilai 85g emas setahun).Zakat afdhal bayar dulu kepada ahli keluarga yang bukan tanggungan tapi dibahagikan kepada 3 pihak atau asnaf.Nafkah suami kepada ibu bapa, dan anak isteri.Nafkah anak lelaki kepa…

Diari Mata Layu

Tedi berbaring di atas perbaringan sambil melunjurkan kaki menghadap jendela dengan tirainya tersingkap luas. Kelihatan di seberang jalan sana hutan nan menghijau dengan bumbung beberapa blok bangunan yang terbengkalai, tewas dilingkari alam semulajadi. Nasib baiklah bangunan-bangunan itu tidak menggunakan bumbung asbestos yang pastinya akan mereput ditelan masa.Kedengaran siulan burung yang Tedi tidak kenali spesisnya. Ia bersiul sendiri tanpa ditemani teman atau keluarga. Tidak Tedi tahu sama ada ia memang bersendirian.

Buka puasa di RnR Seri Kembangan

Kepada para pengguna Maju Expressway (MEX) atau Lebuhraya KL Putrajaya yang dalam perjalanan pulang kerja dari Kuala Lumpur ke Putrajaya boleh menarik nafas lega kerana ada kedai masakan Pantai Timur yang menyediakan tempahan makanan pada bulan puasa 2016 nanti. Tempahan boleh dibuat melalui nombor telefon 013-3212244 (puan Majdiah) dan 013-6785060 (Encik Zailani).Kedai masakan Pantai Timur yang tiada berpapan tanda itu akan mula beroperasi jam 3:00 petang pada bulan Ramadhan 2016 nanti.Tedi sudah beberapa kali singgah makan di sini dan mereka ada sediakan makanan yang menjadi kegemaran orang Pantai Timur seperti nasi dagang, masak tempoyak, dan tidak lupa juga gulai kawah. Rasanya nasi kerabu ada juga cuma Tedi tidak pernah memesannya.Nasi dagang di sini cuma RM 6.00 sahaja.Tidaklah Tedi tahu sampai jam berapa kedai ini akan beroperasi pada bulan puasa nanti.Kedai ini terletak di sebelah kiri sekali di belakang Pondok BIT Polis Bantuan MEX Highway.

Deruman Gemuruh Subaru 2.5 liter

Tanpa ragu-ragu lagi Tedi akui yang Tedi pernah dengar bunyi deruman yang sungguh ketara, dan apabila Tedi palingkan kepala kelihatan Subaru di kejauhan.Ia adalah bunyi deruman enjin yang sungguh bergemuruh dan Tedi tahu maksudnya, sebuah enjin boxer 4-flat 2.5 liter sedang menghala ke arah Tedi, dan kebisingan derumannya itu bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga Tedi ini.Tapi kenapa bunyi enjin boxer 2.5 liter Subaru amat berbeza dengan bunyi enjin-enjin lain di jalanan? Nasib baik ada kawan Tedi dari Engineering Explained yang sudi menjelaskan berkenaan fenomena ini.Enjin boxer Subaru adalah enjin rata melintang-bersetentang di mana silinder-silinder omboh enjinnya disusun secara melintang melawan satu sama lain. Susunan itu menghasilkan enjin yang tidak berapa tinggi, sekaligus membenarkan kereta-kereta Subaru lebih rapat ke tanah.Rekabentuk itu sahaja sudah cukup untuk memberikan enjin boxer Subaru bunyi yang berlainan, namun enjin 2.5 liter mempunyai satu lagi ciri yang menyu…

NUFC: Bakal leburkan rekod 42 tahun MU?

Manchester United mungkin akan kehilangan rekod zaman bolasepak moden England yang mereka pegang selama 42 tahun.Para penyokong muda Newcastle United mungkin tidak pernah tahu bahawa Manchester United pernah tersingkir daripada liga utama England iaitu pada 1970-an.Pada musim 1973/74 dalam Divisyen Satu (sekarang Liga Perdana), Manchester United menduduki tangga 21 daripada 22 kelab dan tersingkir bersama Norwich (tangga terakhir) dan Southampton (tangga 20). Ketika itu perbezaan mata di antara Manchester United dan Birmingham yang berada di atas sempadan penyingkiran adalah 5 mata di mana pada masa itu hanya 2 mata diberikan untuk setiap kemenangan.Pada musim 1973/74 tersebut, Newcastle United berada di tangga ke-15, ketika Leeds United menjuarai liga dengan perbezaan 5 mata di hadapan Liverpool. Derby county dan Ipswich pula mengisi 4 tempat teratas, ini bermakna 3 daripada 4 pasukan yang berada dalam kelompok yang kini digelar slot ‘Liga Juara-juara’ kini hanya bermain di dalam Liga…

Kiriman Berkaitan