Ketika kami berkira-kira untuk melancong ke negara Thailand yang juga dikenali dengan negara Gajah Putih itu, perkara pertama yang bermain di benak fikiran adalah di manakah harus kami tukarkan matawang Malaysia kepada duit Thailand Baht.

Ringgit Malaysia semakin menjunam pada masa itu. Kami terfikir, adakah lebih bagus jika kami tukarkan matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Thailand Baht (THB) di Malaysia, atau sebaliknya?

Pengalaman kami ketika melancong ke Vietnam pada suatu masa dahulu mengajar kami adalah lebih baik untuk kami menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada matawang Vietnam di negara Vietnam sahaja. Malahan peniaga Vietnam turut menerima matawang Ringgit Malaysia dalam urusan jual beli.

Tapi kini, adakah formula yang sama terpakai untuk matawang Thailand? Lebih-lebih lagi pada saat matawang negara Malaysia jatuh merudum?

Tedi mendapatkan beberapa pendapat, di antaranya:

  1. Lebih baik tukarkan Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di Malaysia kerana nilainya lebih mahal.
  2. Nilai Ringgit Malaysia (MYR) di Thailand adalah lebih rendah.
  3. Jika ada Dollar Amerika ($USD), lebih baik ditukarkan di Thailand.
  4. Tidak berbaloi tukar Ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika Syarikat, dan kemudian tukar semula kepada Thailand Baht kerana ada caj pertukaran wang.

Tukar duit Thailand Baht di Malaysia

Berbekalkan kepada kesemua pendapat di atas, kami memilih untuk menukar duit Malaysia kepada Thailand siap-siap di Malaysia. Kami melakukan pertukaran itu di Midvalley Megamall yang terkenal mempunyai banyak agensi pengurup wang pada kadar paling murah di Malaysia. Malahan ada kawan Mommy yang di Sabah meminta pertolongan Mommy untuk menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) di Midvalley.

Setelah lama memerhatikan jatuh naik kadar matawang Ringgit Malaysia, kami akhirnya melakukan transaksi pertukaran matawang itu pada hari bekerja, paling lewat hari Rabu, kerana mengikut spekulasi kami, kadar matawang Thailand Baht menjadi mahal pada hari minggu.

Tukar duit di Thailand

gambar kadar tukaran matawang asing di Bangkok Thailand, tukar dari Ringgit Malaysia kepada Baht Thailand. bokep gadis Thailand cun seksi gadis melentik.

Tamat cerita di Malaysia, kami menjejakkan kaki ke bumi Thailand. Memang murah kadar matawang Ringgit Malaysia di sana di mana RM 10 bersamaan dengan THB 70++ manakala di Malaysia nilainya adalah bersamaan THB 80++.

Tetapi bekalan wang Thailand Baht kami rupanya tidak mencukupi, maka kami terpaksa menukar juga Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di sana. Cukuplah Tedi katakan bahawa jika anda mahu tukar Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di bumi Thailand, kena rajinkan diri mencari Exchange yang menawarkan kadar tukaran terbaik.

Ketika kami merayau di sana, dalam satu hari, ada Exchange yang menawarkan kadar THB 73 untuk RM 10, dan ada pula yang tawarkan THB 79. Selalunya yang menawarkan kadar tukaran terbaik adalah di exchange yang terperuk, manakala yang tidak berapa baik tawarannya adalah di bank-bank dan juga di lapangan terbang.

Label:

  1. duit thailand tukar duit malaysia
  2. duit malaysia tukar thailand
  3. duit malaysia tukar duit thailand
  4. duit Thailand tukar Malaysia
  5. convert duit malaysia ke thailand
  6. Malaysia duit tukar Thailand
  7. tukar duit malaysia ke thailand
  8. tukar duit Thailand ke Malaysia
  9. tukar mata wang Malaysia ke Thailand
  10. tukar mata wang Thailand ke Malaysia
  11. tukaran matawang Thailand
  12. tukaran matawang Malaysia ke Thailand
  13. pertukaran duit malaysia ke thailand

20161130