Hari ini sepatutnya Tedi bersekolah petang, dan pada waktu paginya Tedi temani Master ambil kereta di bengkel.

 

 

  • Kereta yang mana? Proton SAGA BLM 1.3 MT tu lah.
  • Master hantar kereta tu pada Sabtu lalu kerana nak tukar cakera klac.
  • Setelah ambil kereta pada jam 11 pagi, kami bergegas ke Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Tapi kami mula mengalami masalah setelah tiba di bandar tersebut apabila kereta kami tiba-tiba mati.
  • Matinya tiadalah tersengguk-sengguk, tapi apabila perlahan di satu-satu tempat, tiba-tiba sahaja ia senyap, rupa-rupanya enjin mati.
  • Nasib baik ia tidak berlaku semasa dipandu laju.
  • Oleh sebab itu. Master mengambil keputusan untuk berpatah balik sejauh 50 kilometer dari Bangsar semata-mata untuk menghantar kereta itu ke bengkel kereta yang terletak di Salak Tinggi semula.
  • Bayangkan kami mengembara sejauh 100 kilometer hari ini semata-mata pergi dan pulang, tak sempat melaksanakan apa-apa urusan,
  • Setibanya kami di bengkel, si mekanik pada mulanya menguji Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM itu menggunakan satu alat elektronik.
  • Alat itu menyatakan tiada sebarang masalah.
  • Selepas itu dia pandu uji kereta tersebut, dan barulah dia periksa enjin.
Bersih Electronic Throttle Body Proton Saga BLM Cara Koman
  • Rupa-rupanya throttle body kereta Mommy itu terlalu kotor dan perlu dibersihkan.
  • Kenapa sebelum ini okay sahaja? - Master bertanya.
  • Mekanik itu kata sebab enjin kereta baru ditukar nada (tuning), jadi iramanya berubah, jadi ia dah tak serasi dengan kekotoran throttle body tersebut.
  • Nasib baik percuma sahaja dia bersihkan throttle body tersebut, tak rasa sakit hati sangat.
  • Tadi dah okay, nanti kita cuba lagi bagaimana keadaan kereta itu.
  • Harapan kami semuanya okay kerana kereta itu sahaja alat pengangkutan yang kami ada pada zaman harga minyak mahal ni.