Tidak dapat dinafikan bahawa add-on SportsDevil adalah add-on yang paling Tedi gemari untuk menonton siaran langsung bolasepak England dan antarabangsa menggunakan aplikasi Kodi.

Sebabnya SportsDevil ni senaraikan semua perlawanan secara langsung dalam satu senarai jadi kita tak perlu cari ikut saluran TV satu-persatu. Lagi satu ada 2 channel yang Tedi suka iaitu dimsum dan firstrowsports.eu yang agak stabil siaran live streaming mereka.

Cara pasang install addon SportsDevil dalam KODI 17 Jarvis untuk tonton live streaming sukan bolasepak antarabangsa dunia Eropah, Liga Perdana England

Malangnya add-on SportsDevil adalah dari sumber luar maka kita kena tanggung sendiri sebarang risiko kerugian akibat penggunaan add-on tersebut.

Di bawah adalah langkah-langkah untuk pasang SportsDevil pada Kodi 17.3:

  1. Klik ikon Settings di sebelah kiri atas kodi.
  2. Pergi ke System Settings -> Addons.
  3. Pastikan pilihan ‘Unknown Sources’ telah dipilih. Tanpanya kita takkan dapat install add-on daripada pihak ketiga.
  4. Apabila ada pop-up amaran yang menyatakan kita kena tanggung jika ada apa-apa berlaku seperti kecurian data, klik ‘Yes’.
  5. Pergi ke skrin utama Kodi dan klik ikon ‘Settings’.
  6. Pergi ke File Manager -> Add Source.
  7. Tambah sumber dan masukkan alamat ini: https://cazwall.com/repo/
  8. Anda boleh namakannya sebagai “Cazwall”.
  9. Selepas ia telah siap dipasang, kembali ke menu utama KODI.
  10. Klik pada Package Installer Icon di sebelah kiri atas.
  11. Pilih ‘Install from Zip file’.
  12. Pilih Cazwall’ -> Repository ->v7 -> addons'.
  13. Kemudian install repository.simplycaz-1.0.1.zip
  14. Tunggu sehingga makluman add-on enabled dipaparkan.
  15. Pilih Install from repository.
  16. Pilih Simply Caz repository untuk membukanya.
  17. Klik pada Video Add-ons –> Sportsdevil dan pilih install.
  18. Tunggu sehingga makluman Sportsdevil Addon Enabled dipaparkan.
  19. Pergi ke skrin utama Kodi dan pilih tab ‘Addons’ tab daripada kolum di sebelah kiri.
  20. Semua video addons yang telah dipasang termasuklah Sportsdevil, akan dipaparkan di situ.

20171002