Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Makanan kucing jenama Greens

Makanan kucing jenama Greens seberat 8 kilogram boleh dibeli melalui Mudah.com.Ada penjual yang menawarkan harga makanan kucing Greens di antara RM 85 sehingga RM 100, harga asal boleh mencecah RM 110.Khasiat makanan kucing GreensGreens menghasilkan makanan kucing Super Premium untuk semua peringkat kehidupan digubal untuk memenuhi tahap pemakanan yang ditubuhkan oleh profil nutrien AAFCO CAT.Makanan kucing Greens membekalkan nutrien berkualiti tinggi untuk kesihatan dan makanan kucing Greens juga mesra alam sekitar. Kalau tak mesra alam sekitar, gila nak bagi kucing makan? Mengarut juga iklan mereka ni.Makanan kucing jenama Green juga mengandungi Taurine untuk menjaga kesihatan jantung dan penglihatan kucing.Ia kaya dengan asid linoleik dan Omega 3 & 6 untuk bulu dan kulit kucing kesayangan anda.Makanan kucing jenama Greens juga ada formula Yucca untuk mengurangkan bau najis kucing di samping mengawal PH air kencing kucing.Ia diperakui dengan piawaian ISO9001 dan turut disahkan d…

Perabot Kayu di Chatuchak

Gambar pada jam 14:31 dan bertarikh 27 November 2016 di bawah ini adalah 3 keping gambar yang Tedi sempat ambil semasa kami mengejar teksi untuk pulang ke kawasan hotel setelah membeli-belah dan menjelajah Pasar Minggu Chatuchak di bandaraya Bangkok di negara Thailand.Gambar meja bar kayu ini diambil di sebuah kedai di seberang jalan bertentangan dengan Chatuchak JJ Mall.Hajatnya, Mommy berkenan nak tempah perabot seperti ini untuk diletakkan di dapur supaya ada tempat untuk kami duduk makan jika tidak ramai orang di rumah.Selain itu ia sesuai menjadi tempat duduk untuk bergosip di dapur.Master sudah bertanya kepada kawannya jika perabot sebegini boleh ditempah. Suami kawan Master tu bersedia menerima tempahan dan akan mengemukakan rekaan, ukuran dan sebut harga tidak lama lagi.

Huawei P10 tiru Galaxy S7 Edge?

Manusia sering berkata, meniru adalah satu bentuk pujian paling ikhlas.Oleh sebab itu, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung mungkin tidak lama lagi akan berbesar hati dengan Huawei, kerana terdapat khabar angin yang mencadangkan telefon pintar P10 keluaran Huawei akan mempunyai skrin melengkung dan pengimbas cap jari di bahagian depan, sama seperti telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge.Maklumat yang datang dari pembocor maklumat di Weibo, @reviewer_xiaokang, turut menambah bahawa Huawei P10 juga mungkin menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar.Walaupun mereka tidak menyertakan sebarang bukti untuk menyokong hebahan itu, tiada satu pun di antara dua perkara itu sukar untuk dipercayai.Ini adalah kerana cerita sebegini sudah lama didengar dan sudah dapat dilihat pada rekaan Huawei melalui Huawei Mate 9 Porsche Design.Khabar angin dari sumber terawal juga menyatakan Huawei P10 akan menggunakan skrin 5.5 inci pada resolusi 1440 x 2560, menambah keyakinan bahawa ia akan menyerupai Gala…

Cara Tidur Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam

Berapa jam yang diperlukan untuk tidur setiap malam?Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam tidak menyebutkannya secara khusus sebaliknya Baginda sollallahu alaihi wassalam sekadar bersabda:"Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas" - (Hadith riwayat Bukhari-Muslim)Di dalam riwayat yang lain, Baginda sollallahu alaihi wassalam bersabda:"Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk" - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Ini menunjukkan bahawa kadar masa untuk tidur berbeza di antara seseorang manusia dengan manusia yang lain, yang penting tidur itu menghilangkan rasa mengantuk dan mendatangkan kecergasan kepada tubuh badan.Mereka yang mempunyai kepakaran tentang permasalahan tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur adalah tidak sama untuk semua orang. Tidur yang optimum adalah yang tidak mendatangkan mengantuk ketika kita sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap …

Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik

Bagaimana Memilih Kasut Badminton?Ini adalah satu soalan yang sangat baik kerana kasut badminton adalah nadi kepada permainan badminton di samping raket. Ramai orang yang membeli raket yang terbaik untuk bermain badminton tetapi mengabaikan kasut yang mereka pakai di dalam gelanggang badminton.Kasut badminton yang baik akan membantu kita bergerak dengan cekap di dalam gelanggang. Kasut badminton yang baik juga akan mengelakkan kita daripada tergelincir apabila beraksi menentang seteru di dalam gelanggang.Apa yang penting adalah kasut badminton yang kita pakai seharusnya membantu kita bergerak ke mana-mana arah. Tapak Kasut BadmintonPerkara yang paling penting tentang kasut badminton adalah daya tarikan dan cengkaman.Pemilihan tapak kasut badminton yang betul akan bergantung kepada gelanggang yang digunakan. Secara umumnya kita bermain menggunakan gelanggang kayu, PU, dan juga simen.Permainan di gelanggang kayu dan PU memerlukan cengkaman, maka kita memerlukan tapak kasut getah melekit.…

Semak Harga TESCO Bandar Baru Nilai 18 Dis 2016

Petang tadi kami ke TESCO di Bandar Baru Nilai untuk membeli-belah. Ini adalah senarai harga untuk beberapa produk yang menjadi tumpuan kami di sana.Promosi Tesco minggu ini:Harga AVA Aroma Floral 1.8 liter ialah RM 5.55. Hadir bersama teknologi micro burst yang mungkin bermaksud ia akan menghasilkan letupan-letupan kecil semasa anda membasuh kain, hehe.Harga cecair pencuci kain BREEZE Liquid dengan haruman Comfort seberat 4 kilogram ialah RM 19.89 daripada harga asalnya RM 30.59. Wow... penjimatan hampir sebanyak RM 10 di situ!Pelembut fabrik DAIA 1800 mililiter pada harga RM 5.85.Harga pek isian semula untuk pelembut kain Goodmaid Floral 1.8 liter ialah RM 4.99. Letak je lah RM 5... nampak benor bohongnya tu. Kenapa mereka ni gemar benar letak 0.99 sen padahal akan digenapkan menjadi RM 1 juga nanti? Kerana daripada teori pemasaran, pelanggan akan berasakan harga sesuatu produk itu murah apabila bernombor ganjil.Yeah, ramuan penting dalam Jus Alpukat kegemaran Mommy, sirap coklat He…

Cawangan Maybank di Negeri Sembilan

Maybank mempunyai rangkaian 12 cawangan yang kukuh di dalam Negeri Sembilan.Maybank MaxiHome dan MaxiHome-i adalah pinjaman rumah fleksibel dengan pakej yang berbeza yang sesuai dengan keperluan anda.Pilihan-pilihan pembayaran balik yang fleksibel yang mengambil kira keperluan semasa dan masa depan anda dan kelayakan pinjaman yang lebih tinggi sehingga 40% daripada gaji anda.Maybank di Negeri Sembilan juga menawarkan pakej pembiayaan semula dengan kadar faedah yang lebih rendah dan ansuran bulanan yang lebih rendah, bukan sahaja anda akan dapat untuk lebih penjimatan, bahkan anda juga akan mempunyai lebih banyak wang untuk melakukan perkara-perkara yang anda sentiasa mahu lakukan seperti membeli kereta baru atau mengubahsuai rumah anda.Kiriman ini menyenaraikan cawangan Maybank di Negeri Sembilan beserta nombor telefon mereka.Alamat dan Nombor Telefon Maybank Negeri SembilanCawangan Seremban
166 - 169, Jalan Dato' Bandar Tunggal,
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel: 06-762 5242 /…

Masalah Kereta Subaru XV 2015

Ada beberapa orang yang bertanya, "Ada masalah tak Subaru XV STI?"Tak kurang yang bertanya kepada kami tentang kelemahan Subaru XV.Erm.. masalah enjin atau mekanikal tu tiadalah memandangkan kami baru gunakan kereta ini untuk pemanduan sejauh 40000 kilometer.Tapi ada beberapa masalah ketika gunakan Subaru XV yang boleh dijadikan titik hujah jika anda mahu membeli kereta ini. Jika anda cari dalam forum mungkin takkan jumpa kritikan sebegini seperti mana yang Master telah alami.Ini adalah benar-benar komen pengguna Subaru XV, bukan setakat test drive kereta saja sana-sini lepas tu buat video semua puji memanjang, bosan macam tengok rancangan jalan-jalan cari makan semuanya sedap, cukup garam, cukup pedas, cukup gula... apa yang tak cukup?Ini jua komen untuk Subaru XV STI tahun 2015 sahaja, manalah tahu Subaru XV baru mestilah lebih bagus.Eh, melalut pula Tedi, sila baca komen di bawah mana tahu boleh membantu anda agar tidak menyesal di kemudian hari.1. Ruang letak barang yang…

Tukar minyak gear dan baiki brek Proton SAGA BLM

Sepatutnya kereta Proton SAGA BLM milik Mommy diservis major pada hari ini.
Tapi sampai di bengkel sana mereka suruh tunggu sampai  perbatuan kereta itu cecah perbatuan minyak hitam yang baru ditukar iaitu 5000 kilometer.

Tapi Master suruh tukar minyak gear juga sebab dah lama tak tukar.

Selain itu mereka turut periksa masalah brek yang Master ajukan. Selepas diperiksa mereka mendapati macam-macam masalah pada brek, patutlah Master kata kereta tu macam susah nak berhenti.

Masalah yang wujud adalah:Pam brek belakang sudah rosak.Dram brek belakang calar, perlu dilicinkan (skim)Bearing perlu ditukar sepasang kerana semasa skim brek, bearing terpaksa dibuka, jika dipasang semula takut rosak.Cakera brek depan sebelah kanan juga perlu dilicinkan.Selepas melalui proses perbincangan yang panjang, dapatlah harga RM 750 (tujuh ratus lima puluh ringgit sahaja). Master tak pandai menawar, tapi muka Master yang kelat itu mungkin menyebabkan si tauke tu berasa kasihan.Ini adalah harga yang Master t…

Singgah di POSLAJU Brickfields

Kiriman sebelum ini: Pos Malaysia perkenal perkhidmatan baharu EziDrive-Thru dan Kenapalah Pejabat POS Salak Tinggi tak dibuka pada hari minggu? .Balik dari sekolah hari Jumaat lalu, Mommy ajak ke POSLAJU Brickfields.Mommy mahu mengutip bungkusan di sana setelah bungkusan yang dikirim Tok Abah tidak dapat dihantar kepada Mommy kerana si penghantar tidak ketemui Mommy yang sedang bermesyuarat.Setelah beberapa hari, akhirnya POSLAJU meminta Mommy mengutip bungkusan itu di pejabat mereka di Brickfields atau lebih tepat di Jalan Tun Sambathan.Pejabat itu betul-betul selepas simpang masuk ke KL Sentral.Nasib baiklah ada juga POS Laju di sekitar KL Sentral yang buka pada waktu malam, kalau tidak jenuh jugalah nak mengambil barangan tersebut.Alamat POS Laju Brickfields: Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurNombor Telefon POSLaju Brickfields: 03-2263 2626
Waktu Urusniaga POSLAJU Brickfields (POSLAJU Brickfields operating hours)
Isnin sehingga Sabtu - 8 pagi …

Review tayar Viking CityTech CT5

Kiriman kali ini Tedi sediakan khusus untuk tidak menghampakan permintaan beberapa kenalan yang mahukan Tedi memberikan komen atau review berkenaan tayar Viking CityTech CT5 yang kami gunakan sejak bulan Mei 2016 yang lalu.Bagi mereka yang belum tahu, tayar Viking CityTech CT5 tersebut kami beli dari Lim Tayar cawangan Bangsar.Harga tayar Viking CityTech CT5 bersaiz 185/60R14 itu kami beli pada harga RM 170 sebiji bagi menggantikan tayar Michelin Energy XM2 yang digunakan pada kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual. Harga tayar Viking di Malaysia untuk tahun 2017 boleh disemak di sini.Jadi review Tedi kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami menggunakan kedua-dua tayar, bukan nak membandingkan, cuma sebagai ukuran sahaja.Pengalaman menggunakan tayar Viking CityTech CT5:Ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding Michelin Energy XM2, mungkin kerana bunganya yang lebih lebat. Tapi bunyi itu tidak ketara jika kereta dipandu laju dan radio dipasang. Cuma pada masa mula-…

Kelebihan Derma Darah

Malam ini Tedi mahu berkongsi faedah jika manusia menderma darah kepada manusia yang lain melalui tabung darah atau bank darah. Jika di Malaysia pastinya menerusi Pusat Darah Negara.1. Pemeriksaan fizikal mini percuma.Sebelum menderma darah, tahap hemoglobin anda akan diuji. Jika ia adalah rendah, maka anda tidak akan dibenarkan untuk menderma darah. Selain hemoglobin, tahap tekanan darah dan berat badan juga akan diperiksa.Di samping itu, darah anda juga akan diperiksa untuk mengesan kehadiran lima penyakit, iaitu, hepatitis B, hepatitis C, Sifilis, HIV / AIDS dan malaria. Jika anda tidak mengalami penyakit-penyakit ini, barulah anda akan dibenarkan untuk menderma darah anda.2. Kemungkinan penyakit jantung dan angin ahmar adalah 30% lebih rendah pada manusia yang menderma darah secara tetap.3. Mengurangkan tekanan darah.4. Membuang zat besi yang meningkatkan risiko penyakit jantung jika berlebihan.Zat besi mengoksidakan kolesterol sekaligus berbahaya untuk arteri. Hemochromatosis ada…

Mandi Air Sejuk di Kali

Tedi kalau mengisahkan suasana kampung dalam karangan Bahasa Melayu, pasti Tedi akan selitkan perihal kesejukan air di kali.Kali adalah nama lain bagi perigi. Jika ditulis "sejuknya air di kali" akan tampak lebih sastera berbanding "sejuknya air di perigi" atau "sejuknya air di telaga".Selalunya Tedi akan gunakan pula perkataan "dingin" untuk menggantikan "sejuk" hingga menjadi "dinginnya air di kali", kerana perkataan dingin itu tampak macam sejenis kesejukan yang menyegarkan dan tidak menyeksakan.Tapi hakikatnya kesejukan air di kampung memang menyeksakan, sehingga menggigil satu badan dibuatnya. Terkadang ia membuatkan Tedi liat untuk mandi pada awal pagi.Entah faktor apa yang menyebabkan air di Felda Sungai Lui ini begitu sejuk?Tapi kali ini Tedi mula menghargai kesejukan air yang menyirami tubuh, terasa haba terbebas meninggalkan badan, seolah-olah Tedi sedang demam.Mungkin sahaja Tedi demam tapi tidak menyedarinya?Apaka…

Review Petronas Syntium 7000

Erm... lama juga Tedi ambil keputusan untuk mencoretkan kiriman kali ini.Mungkin kawan-kawan ada membaca beberapa kiriman Tedi sebelum ini yang bercerita tentang pengalaman kami dengan pelbagai jenis minyak pelincir enjin Petronas berjenama Syntium keluaran syarikat Petronas dari Malaysia.Kali ini Tedi ingin tahu pasal Syntium 7000 pula, kerana ada kawan yang bertanya pasal minyak enjin tersebut. Secara jujurnya Tedi menyatakan bahawa Tedi sekeluarga tidak pernah menggunakan minyak enjin tersebut. Tak pernah nampak pun di bengkel-bengkel yang kami singgah.Mungkinkah kerana harganya mahal? Harga Petronas Syntium 7000 4 literMengikut hasil carian Google, harga Petronas Syntium 7000 4 liter di Malaysia adalah RM 250, tetapi itu pada tahun 2014 lah, tahun 2016 Tedi tidak jumpa pula harganya.Berita Harian pula melaporkan dalam berita mereka pada tahun 2015, harga Petronas Syntium 7000 adalah RM 260, sudah naik RM 10 lah.... tahun ini mungkin naik lagi... tahun depan turun kot?Jika itu harga…

Bina Ayat daripada Periuk

Hasil daripada kiriman Tedi perihal pengalaman kami menjamu selera di "Chef Belanga Merecik", hadir pula seorang kawan bertanya contoh ayat yang boleh dibina daripada perkataan "periuk".Apa punya soalankah itu? Hehe...Namun setelah lama berfikir, merenung... Tedi terpanggil untuk menjawab soalan itu. Semoga ada betul pandangan Tedi ni, dan jangan ditiru bulat-bulat lah ya.Sumber gambar: Petua Cuci Kuali dan PeriukMari Tedi simpulkan perihal periuk ni.Periuk amat sinonim dengan perbuatan memasak. Tapi bukan semua perbuatan memasak itu sesuai menggunakan periuk.Periuk sesuai digunakan untuk memasak sesuatu yang berkuah atau menggunakan air iaitu sama ada melalui cara "menanak", "merebus", dan juga "mengukus".Menanak secara umumnya bermaksud "memasak nasi (dalam periuk, dengan direbus saja tidak dikukus)". Ia memang digunakan untuk memasak nasi, dan Tedi tak pernah jumpa pula penggunaan kata kerja "menanak" untuk bahan…

ZZZ Hotel, Plaza Mahkota, Melaka

Sampai di Melaka hampir jam 2 pagiEpisod terjah Melaka pada jam 2 pagi dari Johor Premium Outlets.Sampai sahaja di sana kami melilau cari hotel. Nasib baik ada beberapa hotel bajet di sekitar bandar Melaka.Hotel yang nampak menarik pada kami pada masa itu adalah ZZZ Hotel. Alamatnya adalah No 21, Jalan Plaza Mahkota 5, Plaza Mahkota, Bandar Melaka, Malaysia.Ia adalah hotel dengan kategori hotel bilik, menawarkan harga murah untuk disewa. Ia menyediakan sarapan pagi berupa hidangan ringan seperti roti bakar dan kuih-muih. Ia mempunyai wifi, air-cond, dan juga TV.ZZZ Hotel turut menyediakan wifi percuma kepada para pelanggannya.ZZZ Hotel adalah sebahagian daripada NIDA Rooms yang sediakan aplikasi mobile untuk kita. Ia adalah jaringan hotel bilik di Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Filipina.Perkakasan yang disediakan dalam ZZZ Hotel boleh diambil sebagai cenderahati (souvenir), tapi kena bayarlah ya... hehe..Gambar peta bandar Melaka dalam konsep minimalistmenunjukkan lokasi menarik d…

Kedah masih intai dua pemain import

ALOR SETAR: Kedah sedang menguji serang pemain pertahanan dari Korea Selatan, Kim Sung Hyun yang tiba di di Alor Setar pada 7 Disember lalu.Kedah yang sebelum ini mengikat Akram Mahinan dari Johor Darul Takzim II (JDT II) dan Fitri Omar dari pasukan Pulau Pinang, kini menumpukan perhatian bagi pemilihan pemain bersesuaian untuk menggantikan Bang Seung Hwan di posisi pertahanan dan Shane Edward Smeltz di bahagian serangan. KIM Sung Hyun hadir pada latihan pertama di Stadium Mini Peremba. - Foto ihsan Facebook Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Setakat ini, pemain import bahagian tengah iaitu Sandro Da Silva dari Brazil dan Liridon Krasniqi dari Kosovo terus kekal bersama Kedah untuk musim 2017.Maklumat dari media FB Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), pemain berkenaan diuji untuk mengisi kekosongan posisi pertahanan Bang Swung Hwan yang dikhabarkan tidak dilanjutkan kontrak untuk musim depan.Kelibat pemain import berusia 23 yang sebelum ini beraksi untuk Suwon FC di Liga Korea ini dapat diliha…

Cara Kalahkan Formasi 5-4-1

Melawan formasi 5-4-1 adalah satu tugasan yang agak menyeksakan Tedi. Agak sukar untuk menentang formasi 4-5-1 ini apabila Tedi menggunakan formasi 4-1-2-3.Kebelakangan ini ramai pula yang menggunakan formasi ini sehingga Tedi terpaksa memilih untuk mencari formasi dan taktikal yang sesuai untuk mengalahkan formasi 4-5-1 ini.Bukanlah sukar sangat untuk menembusi 5 pemain pertahanan. Masalahnya ialah dengan susunan taktikal pemain tengah. Kebiasaannya mereka yang menggunakan formasi 5-4-1 ini akan menggunakan strategi bertahan atau strategi ultra-defensive.Formasi 5-4-1 tipikal hadir dalam dua susunan.Susunan pertama adalah dengan menggunakan CDM, CAM dan 2 wide midfielder.Susunan kedua adalah dengan menggantikan CDM dan CAM dengan CM.Kedua-dua susunan ini sama tahap kepayahannya.Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah kita memerlukan formasi menyerang atau mentaliti menyerang. Tidak kisah bagaimana teruknya pertahanan kita jika kita dapat megelakkan pertahanan kita daripada…

Kiriman Berkaitan