Tak habis lagi rupanya cerita mengenai sarang kelulut ni.

Sebelum ini Tedi menampilkan gambar sarang kelulut yang comel itu, kali ini Tedi sertakan foto sarang kelulut yang telah dibongkar dek beruang.

Gamaknya selagi kerja sekolah Tedi tak siap maka Tedi akan hanya merapu upload gambar semata.

Sehari sekeping gambor pun cukuplah kan sebagai kenangan?

Sementara itu kerja sekolah Tedi hari ini agak perlahan apabila selepas berjaya gunakan AJAX, tetiba sahaja dapat error kerana ada validation semasa post back... adus lah, kenapa complicated sangat?

 

Gambar pokok sarang kelulut dibongkar oleh beruang di Taman Negara Kuala Tahan di Malaysia

 

Gambar sebatang pokok yang ada madu sarang kelulut dicakar beruang untuk dapatkan madu kelulut