بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Jam 12 malam, berasa sedikit lapar maka Master memutuskan untuk keluar mencari burger di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi Sepang Selangor Malaysia. Memandangkan kereta Proton Persona sudah agak beberapa hari tidak dihidupkan (mungkin seminggu), Master bercadang memandu kereta Proton Persona tersebut, tambahan keesokannya Master akan memandunya ke pejabat. Malangnya kereta Proton Persona itu tak dapat dihidupkan. Melalui pengalaman daripada Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak, Master menggunakan jumper untuk hidupkan kereta Proton Persona tersebut. Kereta berhasil dihidupkan, nampaknya duit bakal keluar untuk menggantikan bateri kereta Proton Persona ini.

Bila?  Wednesday 24 January 2024, 01:02
Kamera Xiaomi M2101K7BG
Gambar IMG_20240124_010257
Lokasi Rumah BBST

Enjin Tak Boleh Hidup Semula

Master berjaya hidupkan enjin kereta Proton Persona itu dan kemudian membiarkannya hidup selama 1 jam kerana tempoh masa minimum 30 minit diperlukan untuk caj sepenuhnya bateri kereta yang telah mati.

Malangnya sekitar jam 7 pagi semasa Master mahu  bertolak ke pejabat, enjin kereta Proton Persona itu tidak mahu hidup lagi sekali. Terpaksalah Master memandu kereta Subaru XV STI ke pejabat.

Master ambil cuti separuh hari kerana mahu pergi ke bengkel untuk menukar bateri kereta Proton Persona. Esok Thaipusam, jadi Master takut jika bengkel tutup tetapi rupa-rupanya bengkel tidak ditutup, maka rugilah Master cuti separuh hari.

Resit Tukar Bateri DIN55R

Master memilih untuk kekal bersama bateri kereta Century DIN55R di atas kecemerlangannya berkhidmat selama ini. Harga yang diberikan ialah RM 350 sebelum ditolak RM 20 untuk bateri lama.

Keterangan  Gambar resit penggantian bateri kereta Proton Persona
Bila?  Wednesday 24 January 2024, 14:52
Kamera Xiaomi M2101K7BG
Gambar IMG_20240124_145259
Lokasi Sham Tyres and Car Services, No. 16 Jalan 8, Kosmpleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia 
Teks DIN55R, credit, Sub Total RM 330.

 


~20240124~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih