بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Hari ini 20201028 adalah hari temujanji Aina dengan Klinik Kardiologi Pediatrik Hospital Serdang.

Akhirnya setelah ditunda kerana ancaman Covid-19, temujanji kali ini diteruskan.

 

Sekatan jalan oleh Polis di tengah perjalanan

Kami menuju ke Hospital Serdang melalui jalan di hadapan Alamanda dan sebaik sahaja ambil susur keluar ke E26 ada sekatan jalan dilakukan pihak polis sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Terdapat label yang memerintahkan kami menunjukkan surat kebenaran pergerakan. Alhamdulillah kami dibenarkan meneruskan perjalanan.

Kami sangka suasana akan lengang di Hospital Serdang tetapi rupanya tidak. Kereta penuh di tepi jalan dan tengah jalan di sekitar kawasan Hospital Serdang.

Master hantar Mummy dan Aina di lobi utama. Lobi Klinik Pakar pula ditutup mungkin sebagai SOP pada musim Covid-19 ni, atau mungkin kerana kerja-kerja pembinaan berhampiran kawasan itu.

Kemudian Master pun bawa Aidan beredar tanpa hala tuju sehinggalah termasuk ke Kompleks Pertanian Serdang, siap ada label "Kawasan persendirian, kenderaan awam dilarang masuk".

Master membuat pusingan U di sana sebelum kembali mengambil jalan yang sama dan kemudiannya masuk ke kawasan MAEPS Serdang.

Gambar Aina bermain papan gelongsor di Klinik Pediatrik Hospital Serdang semasa menunggu giliran diperiksa doktor.
Aina bermain papan gelongsor di Klinik Pediatrik Hospital Serdang semasa menunggu giliran diperiksa doktor.
# Wednesday, 28 October 2020, 10:25 # COLOR_POP.jpg # OPPO OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/offP2S9sdRPa46cy8 #

Menunggu di MAEPS Serdang

Master masuk ke suatu kawasan meletak kereta yang lengang. Berhampiran kawasan letak kereta tersebut ada litar go-kart.

Master meletakkan kereta Subaru XV STI di bawah bayang-bayang pokok.

Aidan pada masa itu leka menonton kartun Alif dan Sofia melalui sistem infotainment. Gelak terkekek-kekek juga dia.

Tidak lama kemudian Aidan mula menggosok-gosok mata menandakan dia sudah mengantuk. Master membawa Aidan ke tempat duduk belakang kereta Subaru XV STI itu dan meletakkanya di atas tempat duduk bayi. Master pun sempat juga melelapkan mata selama satu jam.

Apabila Aidan terjaga, Master berikan bubur yang dibekalkan Mummy. Sambil itu Master sempat berbual dalam telefon dengan Penganalisis Sistem yang baru sahaja berhenti kerja. Sengaja Master tanya khabar setelah melihat nama Penganalisis Sistem itu dibuang daripada kumpulan Whatsapp tanpa sebarang ucapan selamat jalan ke apa.

Selesai makan bubur Aidan bermain di luar kereta. Main ayun kayu sahaja. Kadangkala dia duduk di dinding pembahagi jalan sambil melihat semut menghurungi makanan yang dia campak ke tanah.

Animasi si Aidan sedang bermain kayu semasa di MAEPS Serdang
Animasi si Aidan sedang bermain kayu semasa menunggu kakaknya si Aina diperiksa keadaan jantungnya di Hospital Serdang. Masa ini COVID-19 sedang menyerang seluruh dunia menyebabkan tidak selamat untuk berada di tempat sesak seperti hospital. Umur Aidan pada masa ini ialah 1 tahun 5 bulan. Aidan memakai baju t-shirt dengan kartun Mickey Mouse serta sepasang seluar denim biru untuk kanak-kanak.
# Wednesday, 28 October 2020, 12:38 # 20201028 # IMG_20201028_123830-ANIMATION.gif # Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/ovJEpASKp8qHfwnK6 #

Aina memberikan kerjasama yang baik

Sementara itu di Hospital Serdang, Mummy melaporkan bahawa Aina memberikan kerjasama yang memberangsangkan sekaligus memudahkan kerja-kerja memeriksa jantungnya. Jika tidak Aina perlu diberi ubat tidur sedangkan ramai kanak-kanak menanti giliran untuk diberi ubat tidur.

Mummy kata Aina kelihatan matang cuma perlu dirasuah telefon pintar. Dia juga ditinggalkan bersendirian ketika Mummy ke tandas dua kali. Aina serahkan kembali telefon pintar sebaik sahaja Mummy kembali dari tandas.

Ini agak berbeza dengan keadaannya di rumah. Asyik menjerit, menangis, dan merengek. Kadangkala sahaja ditunjukkan perangai ke-kakak

Lubang pada jantungnya masih ada tidak tertutup. Doktor kata hanya 1 per sepuluh orang pesakit sahaja yang akan tertutup lubang pada jantung mereka. Erm, rasa sebelum ni doktor tu sebut lain.. 1 per seribu?

Doktor kata tiada apa perlu dirisaukan cuma perlu pastikan kesihatan gigi Aina kerana kuman pada jangkitan gigi boleh merebak ke jantung. Ini konsisten dengan kenyataannya sebelum ini.

Jam 1 petang Mummy telefon kata urusan dah beres. Tapi Aidan pula berak. Terpaksalah Master mencari stesen minyak Petronas yang berdekatan

 

Singgah ke Nasi Ayam Cincang AJ

Sepertin biasa apabila balik dari Hospital Serdang kami akan singgah ke kedai makan Nasi AJ.


~20201028~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm