gambar animasi budak perempuan 3 tahun sedang menjemur dan mengangkat kain
    Hari Ahad pertama setelah seluruh Malaysia disuruh berkurung duduk dalam rumah kerana Covid-19. Aina membantu Master mengangkat kain di jemuran. Kasihan dia tidak dapat keluar rumah. Keluar angkat kain pun cukuplah. Pada mulanya Master melarang Aina daripada melakukannya kerana Aina ni jenis ganas main tarik je pakaian tu semua habis dengan penyidai pun kalau tak nak tumbang, mahu nak patah dibuatnya.
   Tetapi setelah teringat kisah Dr Bruce Banner (Incredible Hulk) dalam filem Avengers: End Game yang menyatakan bertahun-tahun dia (Dr Bruce Banner) mengambil masa melawan Incredible Hulk, kenapa dia tidak menyatukan sahaja dirinya (bijak) dengan Incredible Hulk (gagah)?
    Maka Master pun berkatalah kepada dirinya, daripada Master melarang Aina daripada melakukan sesuatu yang mahu dilakukannya (kerana takut Aina timbulkan masalah), lebih baik Master ajar Aina melakukannya dengan betul!
Ternyata tak sampai beberapa helai kain, Aina dah berhenti pergi main benda lain pula. Aina ni mungkin jenis suka mencuba dan cepat bosan.
    Pada hari ini juga bermulanya episod baru dalam usaha menentang Covid-19 ni apabila Angkatan Tentera Malaysia turun padang membantu Polis Di-Raja Malaysia memantau aktiviti masyarakat Malaysia.

# Umur Aina: 3 tahun 1 bulan 2 hari
# Sunday, 22 March 2020, 13:48 # VID_20200322_134649-ANIMATION.gif # 20200322 #