Tiba-tiba sahaja Aidan meniarap di depan kami dan melakukan aksi berenang kuak kupu-kupu.

Sebenarnya Aidan telah beberapa kali meniarap tapi selalunya tak lama dan bukan atas tilam yang landai. Hari ini dia meniarap atas tilam landai yang menyukarkan bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari tu menggolekkan badannya. Aidan juga mengangkat kepala dan buat aksi nak merangkak.

Ini adalah kali pertama kami dapat rakam aksi beliau begini.

Gambar animasi aksi bayi lelaki 4 bulan mula meniarap.
Perkembangan bayi si Aidan ni pada usia 4 bulan 13 hari telah menunjukkan usaha untuk bergolek dan meniarap. Aidan juga telah mengangkat kepalanya semasa meniarap sekaligus mengelakkannya daripada lemas. Harus diperhatikan bahawa bayi yang baru belajar meniarap mungkin akan kepenatan dan kelemasan terutama di atas alas yang lembut.
Gambar perkembangan bayi lelaki mula belajar meniarap
Kolaj jujukan gambar perkembangan bayi dengan aksi Aidan mula meniarap. Ketika ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari.
Thursday, 10 October 2019, 21:53 # IMG_20191010_215344-COLLAGE # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #