Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Unit test JUnit4 mock SLF4J logger atau LOG4J guna PowerMockito

Sekarang Tedi cuba menulis beberapa unit test untuk kod-kod legasi dengan pilihan tiada pilihan untuk menukar kod tersebut kepada kod mesra unit test.Salah satu kes apabila menulis unit test untuk kod macam ini ialah nak cover bahagian yang ada log siap ada condition lak tu pada logger tersebut! Terpaksalah Tedi mock logger tersebut di mana bukan mudah nak menjayakannya.Ralat 1: Cannot subclass final classRalat 2: Unable to set internal state on a private fieldRalat 1: Cannot subclass final classKesimpulannya menurut pemahaman Tedi lah kan ada masalah untuk subclass final class tapi punca sebenarnya tu mungkin disebabkan oleh beberapa level class dalam kod kita. Contohnya macam di bawah nanti Tedi nak mock LoggerFactory tapi ada masalah pada Log4jLoggerAdapter.Mesej ralat:java.lang.IllegalArgumentException: Cannot subclass final class class org.slf4j.impl.Log4jLoggerAdapter
at org.mockito.cglib.proxy.Enhancer.generateClass(Enhancer.java:447)
at org.mockito.cglib.core.DefaultGeneratorS…

Pergi Klinik Kesihatan Salak tapi tiada elektrik, maka ke TESCO kita

Sepatutnya pada petang Isnin (25 Feb 2019), Mummy dan Aina ada pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Salak pada jam 2 petang.   Oleh yang demikian, Mummy duduk di rumah bersama Aina, manakala Master pergi bekerja pada waktu pagi dan ambil cuti separuh hari pada waktu petang.   Apabila kami bergerak ke Klinik Kesihatan Salak, kelihatan jalan sesak kerana beberapa lampu trafik tidak menyala di sepanjang jalan. Rupa-rupanya tiada elektrik. Keadaan ini turut melibatkan Klinik Kesihatan Salak, patutlah tempat letak kereta lengang sahaja, selalunya susah nak dapat tempat letak kereta di Klinik Kesihatan Salak.   Temujanji Mummy untuk pemeriksaan kehamilan ditunda kepada pagi hari Rabu (27 Feb 2019).   Kemudian kami ke TESCO untuk membeli-belah. # Aina posing tunjuk mulut comot di TESCO Putra Nilai, belum bayar dah sibuk nak makan roti tawar Gardenia.
# 25 Feb 2019 jam 16:34 hari Isnin
# dirakam kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A, imej color pop dihasilkan oleh Google Photos Assi…

Rekod harga susu Sustagen Junior 1+

Harga susu Nankid Optipro langkah 3 telah naik gila-gila sejak menggunakan pembungkusan baru pada tahun 2019 ini. Beza bungkusan baru susu tepung rumusan Nankid Optipro tu cuma kelihatan pada rupa luarannya sahaja sedangkan berat kandungan susu masih 1.3 kg (kilogram) tetapi kenaikan harganya adalah di antara RM 20 hingga RM 30.Kami telah mencuba susu Sustagen Junior 1+ kepada Aina dan nampaknya Aina sesuai dengan susu Sustagen Junior 1+.Setakat karangan ini dikarang, harganya paling murah ialah RM 49.88 sehingga RM 62.79. Ada beberapa susu yang lebih murah tapi pada masa ini ujikaji ke atas Aina akan dihentikan.Seperti biasa rekod ini diwujudkan sebagai rujukan pada masa akan datang.25 Februari 2019 | 07 Februari 201925 Februari 2019 Sustagen Junior 1+ perisa Asli susu tepung rumusan untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun. Berat bersih 1.2 kg (kilogram). Harga RM 62.79 sekotak.
# 25 Februari 2019 jam 16:48 hari Isnin # 20190225_164823 20190225 201902 # Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi:…

Projek Ganti Bateri Kunci Kereta Proton Persona

Salah satu projek penambahbaikan kereta Proton Persona Elegance keluaran tahun 2009 warna kelabu transmisi manual ialah menggantikan bateri kawalan jauh kunci kereta Proton Persona tersebut.Jika kawan-kawan tak tahu Proton Persona Elegance yang mana ia adalah Proton Persona lama sebelum Proton Persona SV dan boleh dikatakan Proton Persona SV adalah versi ringkas kepada Proton Persona Elegance.Salah satu masalah yang akan timbul jika baterki kunci kereta Proton Persona ni lemah ialah sukar nak kunci dan buka pintu dan jarak dekat diperlukan untuk membuka dan mengunci pintu. Pada mulanya kami sangkakan masalah itu pada butang kunci tu kerana jika ditekan kuat ia akan berfungsi. Tapi setelah menggantikan bateri kunci kereta Proton Persona Elegance kami tu kini ia berfungsi seperti baru.Bateri saiz apakah untuk ganti bateri kunci kereta Proton Persona?Ini adalah persoalan pertama ketika mahu gantikan bateri kunci kereta kerana kami tak tahu saiznya.Namun setelah dikaji, bateri kunci keret…

Harga Nescafé Malaysia

Lompat terus ke: Coretan Tedi pasal NescaféKedai jual Nescafe mahalSejarah Harga Nescafé Dibeli Master, dan Gambar-gambar yang berkenaan dengan harga Nescafe isian semula:.Coretan Tedi pasal Nescafé.Semua rakyat Malaysia mungkin tahu mengenai Nescafé, jenama kopi segera yang menjadi standard de facto di Malaysia.Ia dihidangkan dalam pelbagai rupa seperti Nescaffe O (tambah gula sahaja) panas atau sejuk, Nescafe Tarik (tambah susu dan dikacau serta ditarik), Nescafé Panas (tambah susu tanpa dikacau), dan juga Nescafé Ais.Nescafe Malaysia adalah produk kepada syarikat Nestle (Malaysia) Berhad yang sahamnya pada hari ini ditutup pada harga RM 146.00 seunit saham dengan keuntungan 52% pada tahun ini. Jika ada duit bolehlah beli saham mereka 1000 unit iaitu pada harga MYR 138,400.00. Saham Néstlé Malaysia adalah saham patuh syariah.Tedi tak tahulah apakah urusan Nestlé Products Sdn Bhd dalam Nestlé (Malaysia) Berhad, mungkin ia salah sebuah anak syarikat dengan pengkhususan yang terten…

POSLaju di Pejabat POS Malaysia Bukit Angkasa

Mummy nak kirim alas papan seterika kepada Mak Long Ili yang dibeli daripada kawan Mummy.Masalahnya kawan Mummy ni kalau dia nak pos alas papan seterika yang dibeli oleh para pelanggan, dia akan pos satu-satu. Gila ka apa? Tak mesra pelanggan sungguh! Macam ni lah orang Melayu meniaga, nanti kalau tak sokong kata dengki la apa la....Tedi tak marah pun, sengaja Tedi menambah perkataan supaya cukup 500 perkataan. Biasalah tu kan dalam karangan kita kena merapu nak bagi nampak panjang berjela-jela biarlah cikgu atau kawan-kawan malas nak baca.Mummy cari mana boleh pos alas papan seterika tu gunakan POSLaju Malaysia, satu syarikat penghantaran atau syarikat kurier nasional di Malaysia. Tedi syak ia ada kena mengena dengan POS Malaysia juga, tak tahulah sama ada adik-beradik atau anak-beranak.HQ POSLaju Malaysia iaitu cawangan POSLaju Kuala Lumpur terletak di Brickfields yang pernah kami singgah suatu masa dahulu untuk kutip kiriman yang tidak dapat dihantar. POSLaju Brickfields ni tutup j…

Bina Ayat Bahasa Melayu

Hai kawan Tedi yang dikasihi semua. Terima kasih kerana sudi membaca.Selain sibuk dengan lukisan, Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan-perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti berkelip-kelip, bijirin, dinafikan, mengukus, memasak, menjamu selera, periuk, merebus, merenung, menanak, serangga perosak, suntuk dan tegap.Tedi kadangkala keliru sama ada cikgu Tedi ni cikgu Bahasa Melayu atau cikgu kelas masakan? Atau siang dia ajar Bahasa Melayu dan malam dia buat tuisyen kelas masakan?Tak kisahlah, asalkan kerja sekolah Tedi siap.

Lori Sewa Murah KL Encik Ali di Pantai Permai

Ini adalah gambar sebuah lori sewa berwarna putih yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Angkasapuri.Lori sewa KL ini menarik perhatian Tedi kerana kesungguhan tuan lori sewa ini meletakkannya di tepi jalan yang sibuk dan digantung sepanduk mengiklankan perkhidmatan lori sewa KL untuk kerja pindah rumah, pindah kedai, dan pindah pejabat. Tidak pastilah jika encik Ali hanya menawarkan lori sewa pindah rumah, pindah kedai, dan pindah pejabat sahaja, atau turut menawarkan pekerja untuk memindahkan barang.Kedudukannya di kawasan perumahan kos rendah Pantai Permai memberi bayangan kepada Tedi bahawa lori sewa ini termasuk dalam lori sewa murah KL.Apa-apa pun kepada para pembaca yang berminat untuk melanggan perkhidmatan lori sewa KL ini boleh menghubungi Encik Ali melalui nombor telefon di bawah gambar dan tanya apa yang perlu. 3 Januari 2019 08:39 pagi hari Khamis
# Gambar sebuah lori kotak berwarna putih diletakkan di tepi jalan berhampiran Angkasapuri, Bukit Angkasa, Pantai Permai, Pan…

Tayar Kereta Profil Rendah a.k.a Tayar Kereta Nipis

Karangan kali ini adalah kajian tentang tayar profil rendah bersempena dengan cadangan Master untuk menukar profil tayar kereta Proton Persona Elegance daripada saiz 60 kepada 55.Apakah itu profil tayar?Kelebihan Tayar Kereta Profil RendahKelemahan tayar kereta profil rendahApakah itu profil tayar?Profil tayar adalah ketinggian bahagian tepi tayar kereta, selalunya dikira sebagai peratusan kepada lebar tayar. Tayar profil rendah selalunya bermula dengan saiz 60 dan dikira menurun.Kelebihan Tayar Kereta Profil RendahSelain kelihatan menarik apabila dipasang pada kereta, tayar profil rendah memberikan tahap cengkaman dan kawalan yang lebih baik berbanding tayar kereta biasa, terutamanya pada permukaan jalan kering.Prestasi brek juga lebih bagus kerana lebih banyak permukaan tayar bersentuhan dengan permukaan jalan, memberikan lebih daya seretan berbanding tayar kereta konvensional.Tayar profil rendah juga memberikan pengalaman lebih bagus ketika membelok kerana lebih daya belokan dapat …

Harga Minyak Enjin Kereta Murah

Tadi semasa merayau di Tesco Putra Nilai di Bandar Baru Nilai, Tedi perasan harga minyak enjin kereta murah daripada jenama Shell, sebelum ini pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai ada empat (4) jenis minyak pelincir enjin kereta a.k.a minyak hitam kereta a.k.a minyak enjin kereta di sana daripada jenama Shell, Mobile, dan juga Castrol. Minyak hitam dalam Bahasa Inggeris ialah "engine oil"Kandungan: Harga Minyak Enjin Separuh Sintetik (Semi Synthetic)Harga Minyak Hitam Sintetik Penuh (Fully Synthetic)Minyak enjin kereta pilihan pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra NilaiJenis minyak hitam kereta pilihan, dan Beli minyak enjin kereta di pasaraya berbanding bengkel?Berikut adalah harga minyak-minyak hitam tersebut direkodkan demi panduan pada masa hadapan:Harga Minyak Enjin Separuh Sintetik (Semi Synthetic)Harga Minyak Enjin Shell Helix HX7 10W-40 Semi Synthetic 5 Liter ialah RM 109 pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai.Harga Minyak Hitam kereta Castrol Magnatec 10W-40 Semi Sy…

Mengkaji Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun

Sebagai pecutan terakhir sebelum membeli tayar kereta baru saiz 195/60/R15 untuk kereta Proton Persona transmisi manual kami, Tedi akan mengkaji mengenai salah satu calon tayar kereta saiz 15 baru itu iaitu tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun Malaysia untuk memastikan tayar Falken bagus tak.Pengenalan kepada Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRunTayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun adalah tayar kereta kategori Premium Touring Summer direka untuk kegunaan kereta penumpang.Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun menggantikan tayar Falken ZE914.Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun telah digantikan oleh tayar Falken ZIEX ZE310 EcoRun.Posisi tayar Falken ZIEX ZE914 dalam beberapa jenis ujian:2017 Auto Express Summer Tyre Test - kedudukan ke 7 dari 11 tayar.2017 AZ Summer Tyre Test - kedudukan ke 10 dari 10 tayar.2016 AMS SUV / 4x4 Tyre Test - kedudukan ke 5 dari 9 tayar.Harga tayar kereta Falken ZIEX ZE914 EcoRun saiz 15 di Malaysia
195/50/R15 : RM 154 hingga RM 162
195/50/R15 : RM 149 hingga RM 155Kelebihan Tayar Falken ZIE…

Warung Jenderam Impian

Gambar warung yang kami singgah pada waktu pagi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Makanannya sedap dan tidak membosankan.
# Warung Jenderam Impian
# sarapan pagi : nasi lemak berlauk, mee goreng, bihun goreng, lontong, kuih-muih
# sedia menerima tempahan, no telefon 016-7660420
# mee sup utara, bihun sup utara, nasi ayam penyet
# gambar dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A pada 14 Feb 2019 jam 08:02 pagi hari Khamis
# 20190214-080251 # 20190214 # 201902

Nasihat Jujur Beli Kereta

Pada suatu hari ketika satu majlis makan-makan di rumah kami bersama kawan-kawan program diet yang disertai Mommy, Tedi terdengar seorang pakcik bertanya kepada seorang pakcik yang lain.Pertanyaannya adalah untuk meminta pandangan kereta apa yang patut dibelinya.Tedi dah terdetik dalam hati dan ingin tahu, kereta apa yang akan dicadangkan, sebab selalunya manusia ni akan mencadangakan dan memuji kereta-kereta yang mereka suka. Tedi percaya bahawa pakcik yang ditanya itu akan mencadangkan mana-mana jenama kereta.Belilah kereta apa pun, asalkan...Belilah apa kereta kau nak beli, asalkan kereta automatik.Terkejut beruang juga Tedi mendengar nasihat itu. Benar sungguh pandangan pakcik yang ditanya itu, belilah kereta automatik.Secara jujurnya itu adalah nasihat yang paling jujur Tedi pernah dengar. Secara jujurnya juga Tedi akui bahawa Tedi tak pasti jika kereta manual masih dijual di Malaysia?Kereta automatik atau kereta gear auto adalah kereta yang akan tukar gear secara automatik apabi…

Harga Tayar Rim 15 inci

Nampaknya dah kena tukar tayar kereta Proton Persona 2009. Kereta Proton Persona menggunakan tayar 15 inci.Kandungan karangan ini # Saiz Tayar Kereta Proton Persona Elegance # Harga Tayar Kereta 195/55/R15 Malaysia # Harga Tayar Kereta 195/60/R15 MalaysiaSudah tentulah Master nak menggunakan tayar murah tetapi berkualiti di Malaysia ni. Sebelum ni kami sudah menggunakan tayar Michelin, tayar Viking, dan tayar Continental sebagai tayar kereta kepada kereta Proton SAGA BLM dan Proton Persona.Tayar Continental mungkin takkan kami pertimbangkan untuk digunakan lagi kali ini, begitu juga dengan tayar Michelin, kerana kedua-duanya cepat haus kerana materialnya lebih kepada keselesaan dan cengkaman jalan basah. Semakin lembut tayar kereta lebih bagus tayar mencengkam permukaan jalan.Pak Lang Epul mencadangkan agar kami gunakan tayar Falken untuk menggantikan tayar Continental yang digunakan pada kereta Proton Persona kami sekarang.Saiz Tayar Kereta Proton Persona ElegancePak Lang kata saiz t…

Tukar Tayar Kereta di Hotel Dashbox Cyberjaya

Semalam Mummy pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan susulan. Mummy pergi naik GRAB kereta Proton Persona pada waktu makan tengahari.Aina pula tinggal di rumah pengasuh, jadi semalam sebaik sahaja Master habis kerja, Master terus pergi jemput Aina di rumah pengasuh.Mummy pula menanti ketibaan kawan beliau yang bekerja di Cyberjaya menjemputnya untuk makan malam. Tempat mereka makan malam ialah di Dashbox Hotel Cyberjaya.Aina nak keluar dari car seatLaluan yang Master ambil kali ini adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya atau lebih dikenali dengan Maju Expressway atau MEX. Pemanduan agak lancar, kami berhenti sebentar di hentian RNR Seri Kembangan untuk membetulkan posisi duduk Aina yang mula meronta nak keluar daripada car seat.Tetapi sebenarnya ini adalah satu pencapaian yang agak mengkagumkan di mana Master berjaya travel bersama Aina tanpa kehadiran Mummy. # Aina mula nak keluar dari car seat baby. Tangan dah berjaya dilepaskan dari belt car seat. Singgah di RNR …

Solat hajat sempena keselamatan Mummy dan adik Aina

Alhamdulillah, selepas Maghrib tadi selesai satu majlis solat hajat untuk mendoakan keselamatan Mummy dan adik Aina.Master beli 20 bungkus nasi ayam di Restoran Sukamari, nampak tak cukup, tapi dah tawakkal kepada Allah. Mula-mula takut tak habis, mujur ramai juga kanak-kanak yang datang.Malangnya berlaku satu kesilapan dek terlepas pandang, kami tak sediakan air minuman. Maklum sahajalah ini kali pertama anjurkan solat hajat di surau. Master nak bancuh air di surau pun dia tak fasih di mana tersimpannya semua perkakasan. Nampaknya lepas ini Master kena rajin-rajinkan diri untuk membantu apa-apa persiapan membancuh air di surau.Selepas Isya, master pergi beli jarum (lancet) untuk Mummy gunakan bersama peralatan Accu-Chek FastClix yang digunakan untuk mengukur kadar gula dalam darah. 1 drum ada 6 jarum, dan harga 1 drum ialah RM 3. Jika beli sekotak iaitu 102 jarum harganya RM 51 (lima puluh satu Ringgit Malaysia sahaja). Master beli lancets tersebut di sebuah farmasi di TESCO Putra Ni…

Ajak-ajak Ayam

Maksud "ajak-ajak ayam" | Mummy beli baju saiz besar # Animasi Aina ajak-ajak ayam pelawa makan Baby Guide perisa sayur ketika di AEON Mall Nilai.
# 2019-02-05 jam 22:09 hari Selasa. Maksud "ajak-ajak ayam"Ajak-ajak ayam bermaksud sesuatu pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh, mungkin metafora daripada perbuatan seseorang memanggil ayam untuk diberi makan, tak perlu bersungguh-sungguh kerana ayam akan datang berkejaran.Tak kisahlah ayam tu nak datang makan atau tidak, dedak sudah ditabur, dan ayam telah dipanggil, pandai-pandailah nak makan ataupun tidak.Jika digunapakai pada manusia pula tentunya untuk menunjukkan seseorang yang mempelawa untuk menyedapkan hati atau sebagai budi-bahasa, jika undangannya diterima, dia akan meraikan tetamunya itu, tetapi jika undangannya tidak diterima, tidak pula dia bersungguh-sungguh mengajak... mungkin mengucapkan alhamdulillah di dalam hati.Tetapi lain pula dengan Aina ni, bukan tahap ajak-ajak ayam dah ni, sebab apabila orang te…

Joget Bola bersama Aina, tersepit di kereta sport

Koleksi animasi dan gambar ketika kami ke rumah Mak Lang Yan di Taman Melor, Nilai. Kami nak hantar coklat dan baju yang dibeli Mummy di Langkawi, selain ambil buah jambu batu yang Tok Mak belikan. Ketika ini Tok Mak dan balik ke Negeri Sembilan, manakala Pak Cik Judin masih ada di rumah Mak Lang Yan.Aina berjoget? atau senamrobik?Tersepit celah kereta sportHijack lori trailerIkhwan membawa diri"Joget" dalam ejaan jawiMaksud perkataan "joget".Aina berjoget? atau senamrobik? Perkara: Animasi Aina menunjukkan cara bersenam menggunakan bola menurut irama muzik dari basikal abang Irfan semasa kami ke rumah Mak Lang Yan untuk menghantar coklat dan mengambil buah jambu batu. Tak pastilah sama ada Aina berjoget atau bersenam?
Bila: 2019-02-06 jam 21:40 hari Rabu Tersepit celah kereta sport # Budak kecil Aina ni banyak akal pula. Selain duk joget apabila mendengar muzik basikal abang Irfan, dia juga menyelit masuk nak naik kereta sport abang Irfan. Hasilnya macam ni …

Kereta Sewa Langkawi

# melancong ke Langkawi tahun 2019
# kereta sewa Myvi RM 70 semalam yang kami gunakan selama 3 hari di Pulau Langkawi diletakkan di tempat letak kereta Langkawi International Airport untuk diambil pemiliknya # sewa kereta Perodua MYVI ni memang susah nak muatkan banyak barang, nasib baik tempat duduk penumpang belakang boleh direbahkan. Berjalan 3 hari habis juga RM 30 buat isi minyak kereta, tidaklah rasa jimat sangat guna MYVI ni. Bagusnya kereta MYVI yang kami sewa ni ada kamera undur dengan pembaris jadi mudah sungguh nak reverse.
# kereta sewa Langkawi, harga kereta sewa, kereta sewa murah
# 2019-02-02 jam 19:13 hari Sabtu
# kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Langkawi International Airport

Aina tunggu pesawat AK6312 ke Pulau Langkawi

# Peristiwa: Aina sedang menunggu untuk berlepas ke Pulau Langkawi di Balai Berlepas J20 menaiki kapal terbang AirAsia AK6312 yang dijangka berlepas pada jam 07:05 pagi dan tiba di Pulau Langkawi pada jam 08:20 pagi. Aina sibuk nak tengok kapal terbang AirAsia yang berhenti di tepi balai berlepas dan menangis setiap kali tak nampak kapal terbang AirAsia di jendela setiap balai berlepas yang kami lewati. # Gambar: kapal terbang AirAsia, lapangan terbang, suasana pagi.
# Bila: 2019-01-31 jam 06:44 pagi hari Khamis
# Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang di Selangor di Malaysia.
# Kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.

Kadar Teksi KLIA2 ke Bandar Baru Salak Tinggi

Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315.Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 8:20 malam.Setibanya di KLIA2 perkara pertama yang kami risaukan sebaik sahaja keluar dari Balai Ketibaan adalah bagaimana untuk pulang ke kediaman kami di Bandar Baru Salak Tinggi.Mummy menyemak kadar GRAB untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi, kosnya ialah RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer sahaja. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat teksi bermeter di KLIA2 untuk pulang ke rumah.Perkara pertama yang menjadi tanda tanya ialah berapakah kadar teksi bermeter KLIA2?Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak TinggiTambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRABKenapa takut naik teksi bermeter KLIA2?PenafianG…

Kiriman Berkaitan