Itulah kata-kata Master kepada beberapa budak-budak yang ikut bermain badminton bersamanya pada malam itu.

Kanak-kanak anak-anak jiran Master sibuk berkata kepadanya nak tukar tali raket badminton mereka supaya lebih tegang.

Tapi Master kata, tidak semestinya pukulan bulu tangkis akan jadi lebih kuat jika kita gunakan tali badminton yang lebih tegang.

gambar raket badminton vintaj terbaik di dunia

Jika kita adalah pemain badminton biasa-biasa, tali badminton yang kurang tegang adalah lebih baik kerana ia akan bertindak sebagai spring yang melantunkan semula bulu tangkis, sekaligus membantu menjadikan pukulan kita lebih kuat atau laju semasa bermain badminton.

Tetapi jika kita adalah pemain badminton yang hebat, dan mempunyai kekuatan pergelangan tangan yang hebat juga, maka kita boleh gunakan penyesuaian tali raket badminton yang lebih tegang.

Apabila ditanya apakah logiknya tali tegang tak hasilkan pukulan lebih laju?

Master kata, bandingkan pukul shuttlecock dengan gunakan raket dan gunakan papan, yang manakah lebih jauh perginya? Tali yang terlalu tegang akan jadi seperti papan yang tidak melantunkan semula bulu tangkis.

Betul juga hujah Master tersebut.

Apa-apa pun masa nak pasang tali tu, boleh tanya kepada tukang pasang tali raket apa setting yang sesuai.