Tedi sebenarnya malas nak mengarang atau kirim sesuatu pasal keburukan perkhidmatan sesiapa, tapi tak patut kalau ada orang lain menjadi mangsa seperti kami. Orang ramai di Malaysia patut tahu kehodohan sikap para penunda kereta yang menjadi panel insurans ni. Dia sanggup buat kami menunggu berjam-jam lamanya, malahan tidur dalam kereta di luar balai polis demi nafsu tamak dia.

Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah peribahasa paling sesuai untuk menjelaskan keadaan Master.

Sudahlah kemalangan pada 21 Disember 2017 lalu, anak isteri masuk wad kecemasan, kemudian baby Aina dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan plastik pada 22 Disember.

Master tidak mengikut ke HKL kerana beliau mahu menyelesaikan urusan menarik kereta Proton Saga BLM yang tersangkut di pembahagi jalan Cyberjaya susur keluar ke Dengkil.

Master telah menghubungi E-Ikhlas di bawah Takaful Ikhlas untuk mendapatkan bantuan. Tidak beberapa lama selepas itu Master dihubungi si penunda kereta dari nombor telefon bimbit 019-2003022. Beliau memaklumkan bahawa lori penunda beliau bernombor NCR 7775. Tak tahulah jika benar itu lori beliau.

gambar tow truck yang mengenakan kami
Gambar daripada Google.

Jika di-Google, maklumat beliau adalah: [30/04 05:07] 1MTT&CC REGISTER: Pesanan: #89
Cetak
Maklumat
Tarikh: 29. Dis, 2015
Bayaran: Diterima 2. Jan, 2016
Penghantaran: Dihantar 22. Mac, 2016
Batalkan Pesanan Anda
Pelanggan
Nama: Ahmad Nazir b Othman
Syarikat: RRES MOTOR SERVICE
Alamat: No23 Jln Seri Putra 1/2 Bdr Seri Putra
Zip - Bandar: 43000 Kajang
Negeri: Selangor
Negara: MY
Telefon: 0192003022
E-mel: pnatowing7@gmail.com

Beliau sangat peramah bermulut manis. Beliau dan kawan-kawannya telah berusaha menunda kereta Proton Saga BLM kami yang tersangkut di pembahagi jalan yang memerlukan pembahagi jalan itu dibuka. Satu usaha yang bagus.

Master dan Tok Abah meninggalkan mereka untuk menunaikan solat Jumaat setelah bertanya sama ada mereka boleh teruskan sendiri tanpa kehadiran kami. Si penunda kata jumpa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Selepas solat Jumaat, Master hubungi si penunda dan bertanya di manakah beliau, dia kata di di Dengkil. Master maklumkan yang kami akan ke IPD Sepang dan jumpa di sana.

Sampai di IPD Sepang tiada kelibat lori tunda dan kereta Proton Saga BLM kami. Master call si penunda dan beliau suruh kami buat report dahulu. Master ambil nombor giliran dan bila tiba giliran Master, kereta kami masih belum muncul.

Pakcik polis tanya mana kereta? Master maklumkan kereta tak sampai.

Pakcik polis kata tak boleh buat laporan tanpa kereta, atau laporan akan nyatakan tiada kereta semasa laporan dibuat. Master tak berapa faham, so Master okay saja untuk proceed. Pakcik polis akhirnya suruh Master bertemu sarjan.

Sampai di bilik sarjan, Master dileteri sebab kereta tak ada. Master ditanya kenapa tukang towing tak mahu bawa kereta ke balai?
Master kata tak tahu.

Sarjan: inilah perangai tukang tunda. Mereka tak mahu bawa kereta ke balai tapi claim dengan syarikat insurans kereta telah dibawa ke balai. Macam mana saya nak siasat?

Master hanya anggukan kepala. Master tengah fikirkan nasib Aina yang akan dibedah pada masa itu. Jika boleh Master nak semuanya selesai dan terus ke HKL.

Sarjan minta nombor tukang tunda daripada Master setelah Master tidak boleh menjawab siapa nama penunda, apa nama syarikat dan macam-macam lagi berkenaan tukang towing tersebut. Master rasa sungguh bodoh kenapa Master tak minta maklumat si penunda? Sebabnya Master ingatkan mereka akan bertemu di balai. Tak sangka pula panel insurans Takaful Ikhlas ni sungguh tak jujur dan profesional.

Sarjan: saya taknak pening kepala, encik buat saja laporan kereta tidak dibawa ke balai.

Master menurut dan mula membuat laporan.

Tetapi pakcik polis di kaunter berasa tidak sedap hati semasa laporan dibuat dan meminta Master jumpa Sarjan semula.

Master pun jumpa Sarjan semula dan Sarjan akhirnya memutuskan bahawa Master perlu memastikan kereta dibawa ke balai. Master call lagi si penunda bernama Nazir, dia kata dia ada urusan bawa kereta ke balai dan akan

bawa kereta kami ke IPD Sepang selepas itu.

Akhirnya setelah hampir 3 jam, Sarjan suruh kami uruskan hal Aina di HKL dahulu. Sarjan akan panjangkan tempoh laporan sebab dia tahu masalah yang kami hadapi.

Kami ke HKL dan sampai di sana hampir jam 8 malam.

Semasa melawat Aina, Master hubungi Nazir towing tu dan beliau masih belum menarik kereta ke balai, alasannya ada kereta lain perlu diuruskan.

Master dah anggap itu satu dalih. Kenapa dia nak uruskan kereta lain dahulu? Padahal kereta kami yang dia angkut naik lori terlebih dahulu...

Master call Takaful Ikhlas buat kali keempat dan mengadu pasal kereta yang tidak sampai ke balai. Si penjawab sekali lagi berkata, "biar saya semak dahulu, nanti saya hubungi encik". Master balas dengan menyatakan

bahawa dia adalah pegawai takaful ikhlas ke-4 berkata sedemikian tapi sudahnya tidah telefon balik.

Si penjawab berkata, "Saya akan tolong encik. Nama saya Hafizul, saya supervisor di sini."

Master meletakkan telefon dan benarlah encik Hafizul dari Takaful Ikhlas telah menelefon Master semula. Dia memaklumkan bahawa kereta Master telah dibawa ke bengkel bernama Lam Koong Sum... ia agak berbeza dengan jawapan petang tadi bahawa kereta diuruskan oleh panel bernama Permata Teguh. Tapi jawapan tu sebenarnya tidak bercanggah sebab nama panel dan nama bengkel mungkin lain-lain.

Alamat bengkel Lam Koong Sum yang diberikan adalah Lot 11536 Persiaran Ehsan 1, Taman Impian Ehsan Kajang. Bila Master minta nombor telefon, encik Hafizul tampak macam berikan nombor daripada Google, tak kisahlah, terima kasih kepada beliau kerana berusaha memberikan jawapan.

Encik Hafizul juga cuba memastikan benarkah laporan tidak dibuat sedangkan si penarik kereta kata kereta telah dibawa ke balai polis dan laporan polis telah dibuat tapi pemilik tiada dan kereta dibawa ke bengkel.

Master jawab, kalau saya tiada macam mana laporan dibuat? Saya tak buat laporan lagi sebab sarjan taknak terima jika tiada kereta.

Master hubungi encik Nazir dan sekali lagi dia berjanji akan bawa kereta ke balai. Katanya abang jangan risau, saya akan tolong bereskan hal kereta abang, abang bereskan hal di hospital dahulu.

Master dan Tok Abah bergerak menuju ke IPD Sepang. Dalam perjalanan beberapa kali Master salah masuk simpang sebab mengantuk. Sepatutnya Master masuk Sungai Besi tapi termasuk Serdang, dan sepatutnya

Master masuh PLUS dari Serdang tetapi termasuk pula ke Bandar Seri Kembangan.

Akhirnya Master berjaya masuk ke PLUS dan berhenti rehat di RNR Nilai. Sempatlah Master lelapkan mata sebentar. Sekitar jam 1 pagi, kami tiba di IPD Sepang. Encik Nazir towing kata dia dalam perjalanan.

Kami tunggu lagi sambil tidur depan balai, dalam 30 minit Tok Abah call encik Nazir, dia kata dia sedang naikkan kereta.

Tok Abah call Sarjan dan disuruh menemuinya dalam balai.

Sarjan beritahu kami bahawa kereta tu takkan sampai sebab bengkel takkan benarkan kereta keluar malam. Jika kami tak percaya kami boleh cuba hubungi encik Nazir, kali ini ternyata jawapan encik Nazir ialah "Sarjan kata tak perlu bawa kereta". Tok Abah suruh Nazir tu call Sarjan ,tapi Sarjan tu tak terima apa-apa panggilan pun.

Sarjan tanya sama ada kami tahu di mana kereta tu berada? Master pun berikan alamat bengkel Lam Koong Sum tersebut.

Tetapi ternyata polis lebih cekap bertindak. Sarjan itu sebenarnya sudah menemui kereta kami dan menunjukkan kepada kami gambar kereta Proton Saga BLM yang hancur remuk tersebut. Sarjan kata dia dah minta bantuan towing lain tolong tarik kereta tu ke balai.

Sarjan benarkan kami buat laporan polis tapi meminta bantuan kami untuk mengadu hal towing tersebut kerana menyusahkan ramai orang. Sarjan tampak benar-benar marah.

Tedi pun tak faham apa tujuan towing tu buat kami macam tu sekali. Tiada perikemanusiaan langsung. Walaupun sama bangsa, kami dikencing hidup-hidup.

Dekat jam 3 pagi urusan kami selesai dan kami pulang ke rumah. Hanya disebabkan oleh perangai jelik tukang towing.

Jadi kepada sesiapa yang berurusan dengan towing boleh amibil pengajaran:

  1. Tak payahlah berurusan dengan 0192003022 yang celaka tu. Bodoh tak kesian kepada bangsa sendiri. Orang tengah dalam kesusahan dia ambil kesempatan.
  2. Minta kad niaga (business card) towing tu semasa berurusan.
  3. Minta salinan dokumen yang ditandatangani.
  4. Tangkap gambar semua yang terlibat.
  5. Ikut kereta ke balai, jangan percaya dengan towing.
  6. Towing yang di tepi jalan lebih baik berbanding towing panel insurans sebab panel insurans ni selalu menyusahkan. Lebih baik upah towing ke balai sebelum hubungi insurans.

Terima kasih kepada pihak polis yang bertungkus lumus membantu kami di sepanjang proses ini.