Petang tadi kami ke TESCO di Bandar Baru Nilai untuk membeli-belah. Ini adalah senarai harga untuk beberapa produk yang menjadi tumpuan kami di sana.

Promosi Tesco minggu ini:

AVA Aroma floral 1.8 litres promotion price ate RM 5.55.

Harga AVA Aroma Floral 1.8 liter ialah RM 5.55. Hadir bersama teknologi micro burst yang mungkin bermaksud ia akan menghasilkan letupan-letupan kecil semasa anda membasuh kain, hehe.

Breeze liquid with Comfort fragrancew 4 kilogram price was 19.89

Harga cecair pencuci kain BREEZE Liquid dengan haruman Comfort seberat 4 kilogram ialah RM 19.89 daripada harga asalnya RM 30.59. Wow... penjimatan hampir sebanyak RM 10 di situ!

DAIA fabric softener pouch bag 1.8 litres product price

Pelembut fabrik DAIA 1800 mililiter pada harga RM 5.85.

Goodmaid fabric softener price RM 4.99, lasting fragrance, easy ironing, and silky smooth.

Harga pek isian semula untuk pelembut kain Goodmaid Floral 1.8 liter ialah RM 4.99. Letak je lah RM 5... nampak benor bohongnya tu. Kenapa mereka ni gemar benar letak 0.99 sen padahal akan digenapkan menjadi RM 1 juga nanti? Kerana daripada teori pemasaran, pelanggan akan berasakan harga sesuatu produk itu murah apabila bernombor ganjil.

Hershey's Chocolate Syrup 680g promotion price RM 10.99.

Yeah, ramuan penting dalam Jus Alpukat kegemaran Mommy, sirap coklat Hershey's 680g kini dengan harga promosi iaitu RM 10.99. Harga asal sirap coklat Hershey's ini adalah RM 14.19. Penjimatan sebanyak RM 3.20 di situ.

Pensonic Air Fryer promotion price RM 369.

Terkejut Tedi tengok harga PENSONIC Air Fryer PDF-2201 ni dijual pada harga promosi RM 369, iaitu pengurangan sebanyak RM 30 daripada harga asal. Jauh berbeza dengan harga yang kami dapat pada suatu masa dulu iaitu RM 1200 ke atas, tapi jenama Philips lah. Bukan sedap sangat pun masak guna udara panas ni dan boleh jadi masakan anda akan terlampau masin kerana garam dalam bahan makanan tidak keluar ketika dimasak.

PHILIPS Air Fryer promotion sale RM 699 Malaysia.

Inilah air fryer yang kami beli dulu pada harga ribuan ringgit, sekarang harganya dah jadi RM 799, dan dijual pula pada harga promosi RM 699. Dah agak dah kami beli awal sangat iaitu pada kemunculan pertama air fryer di Malaysia.

Tedi agak keliru kenapa namanya Softlan Pink 3 liter? Tak kisahlah pink ka, biru ka... asalkan jalan. Harga promosi Softlan Tesco di Bandar Baru Nilai ialah RM 8.99.

list of product price for Softlan Ecopack Refill Floral Phantasy in Malaysia.

Pek isian semula ekonomi Softlan Ecopack Floral Fantasy 500 mL ini harganya cuma RM 6.55 di Tesco Bandar Baru Nilai. Anda perlu ada botol Softlan 2 liter untuk gunakannya. Isikannya ke dalam botol itu, tambah air, dan goncang. Tak perlu masukkan gula kerana manis tidak bagus untuk kesihatan.

price for Softlan anti wrinkles Lavender softener refill in Malaysia was RM 6.29.

Lagi satu isian semula daripada Softlan, kali ini dengan wangian berperisa Lavender. Harga cecair isian semula ini ialah RM 6.29.

promotion price for Sunlight dish wash liquid 750 ml and 1000 litres.

Wow, harga Sunlight dan Sunlight anti bakteria kini cuma RM 4.89 daripada harga asalnya RM 6.59. Kedua-duanya dalam kuantiti 750 liter dan 1000 liter.

Pak Lang Epul kata elok gunakan Sunlight ni untuk basuh kereta... ermmmm.... boleh cubalah nanti.

TST baked beans price at RM 2.69.

Wah, inilah produk terakhir yang Tedi sempat intai, mengantuk benar dah mata ini tapi Tedi bersengkang-mata kerana Tedi dah janji nak siapkan minimum 1 kiriman sehari. Kacang panggang TST ini dijual pada harga promosi RM 2.69 berbanding harga asal RM 2.89.

Okaylah... Tedi tak larat dan tiba masanya untuk Tedi tidur dulu.

Sekian untuk risikan harga promosi Tesco Bandar Baru Nilai.