Kiriman kali ini Tedi sediakan khusus untuk tidak menghampakan permintaan beberapa kenalan yang mahukan Tedi memberikan komen atau review berkenaan tayar Viking CityTech CT5 yang kami gunakan sejak bulan Mei 2016 yang lalu.

Bagi mereka yang belum tahu, tayar Viking CityTech CT5 tersebut kami beli dari Lim Tayar cawangan Bangsar.

Harga tayar Viking CityTech CT5 bersaiz 185/60R14 itu kami beli pada harga RM 170 sebiji bagi menggantikan tayar Michelin Energy XM2 yang digunakan pada kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual. Harga tayar Viking di Malaysia untuk tahun 2017 boleh disemak di sini.

Gambar susunan dan corak bunga tayar Viking CityTech CT5 yang berharga RM 170 di Bangsar, Malaysia

Jadi review Tedi kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami menggunakan kedua-dua tayar, bukan nak membandingkan, cuma sebagai ukuran sahaja.

Pengalaman menggunakan tayar Viking CityTech CT5:

  1. Ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding Michelin Energy XM2, mungkin kerana bunganya yang lebih lebat. Tapi bunyi itu tidak ketara jika kereta dipandu laju dan radio dipasang. Cuma pada masa mula-mula beralih daripada Michelin Energy XM2 kepada Viiking CityTech CT5, rasa macam terlalu bising, tapi kini tidak lagi... hehehe...
  2. Cengkaman hebat di jalan kering dan basah. Tak tahulah nak cerita, memang kena pandu uji sendirilah. Kedai tayar patut sediakan perkhidmatan pandu uji tayar pula.... hehe. Ketika jalan banyak air pun Master tidak berasa cuak memandu, mungkin inilah hikmah tayar itu berbunyi bising, kerana kehadiran bunga dan longkang tayar yang lebih besar.
  3. Tayar terasa tidak tegap dan "melebar" di jalanan. Ini jika dibandingkan dengan Michelin Energy XM2 lah. Semasa guna Michelin kita rasa macam tayar tu tegap, tapi tayar CityTech ni terasa macam beradaptasi pula dengan bentuk jalan. Jadi semasa ambil selekoh, kita terasa tayar kanan dan kiri tu lain bentuknya. Nak kata tak best tu tidaklah, cuma cuak jugalah semasa awal-awal menggunakannya, tapi lama kelamaan terasa best sebab macam tayar tu betul-betul mengembang mencengkam jalan.
  4. Master selalunya pam tayar Michelin Energy XM2 dengan tekanan 33 PSI, tapi pada tayar Viking CityTech CT5 ni, nampak gaya ia tetap mahukan tekanan 32 PSI, jika pam lebih, bila diperiksa semula, tekanan itu turun kepada 32 PSI... erm... bolehlah...

Dipendekkan cerita, kami berpuas hati dengan tayar tersebut. Tambahan pula dikatakan ia lebih keras berbanding tayar Michelin Energy XM2 185/60 R14 yang lebih dikenali sebagai tayar lembut, jadi diharapkan ia akan tahan lebih lama.

Itu sahaja komen Tedi, semoga bermanfaat.

 Ini adalah artikel bagi menjawab pertanyaan kepada persoalan # tayar Viking review # tayar Viking harga # pada pendapat Tedi tayar Viking ok tak? # tayar Viking Malaysia # pendapat peribadi Tedi tentang kebaikan tayar Viking # harga tayar Viking 2016 yang kami beli # tayar Viking bagus ke mengikut pendapat Tedi