Melawan formasi 5-4-1 adalah satu tugasan yang agak menyeksakan Tedi. Agak sukar untuk menentang formasi 4-5-1 ini apabila Tedi menggunakan formasi 4-1-2-3.

Kebelakangan ini ramai pula yang menggunakan formasi ini sehingga Tedi terpaksa memilih untuk mencari formasi dan taktikal yang sesuai untuk mengalahkan formasi 4-5-1 ini.

Bukanlah sukar sangat untuk menembusi 5 pemain pertahanan. Masalahnya ialah dengan susunan taktikal pemain tengah. Kebiasaannya mereka yang menggunakan formasi 5-4-1 ini akan menggunakan strategi bertahan atau strategi ultra-defensive.

Formasi 5-4-1 tipikal hadir dalam dua susunan.

Susunan pertama adalah dengan menggunakan CDM, CAM dan 2 wide midfielder.

formasi 5-4-1 Top Eleven ... Winning Eleven ... Pro Evolution Soccer

Susunan kedua adalah dengan menggantikan CDM dan CAM dengan CM.

formasi 5-4-1 Football Manager ... Championship Manager

Kedua-dua susunan ini sama tahap kepayahannya.

Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah kita memerlukan formasi menyerang atau mentaliti menyerang. Tidak kisah bagaimana teruknya pertahanan kita jika kita dapat megelakkan pertahanan kita daripada diserang bertubi-tubi.

Formasi yang Tedi pertaruhkan untuk mengalahkan formasi 5-4-1 adalah dengan menggunakan formasi 4-1-2-1-2 atau formasi 3-5-2.

Formasi 4-1-2-1-2 adalah formasi seimbang dengan 2 wide midfielders, 2 penyerang, dan 1 CAM.

Formasi 3-5-2 pula kelihatan terlalu gila menyerang atau sangat rapuh bertahan, tetapi ia lebih seimbang daripada apa yang orang ramai selalu fikirkan.

Kedua-dua formasi itu akan sesuai dengan taktikal yang Tedi akan terangkan, jadi pilihlah yang mana kekawan suka.

 

Strategi 1: Tabah Menyerang Balas

Strategi ini sesuai dengan namanya memerlukan ketabahan, jadi jangan gusar jika anda masih belum menjaringkan gol dalam masa 60 minit.

Keperluan utama ialah menetapkan taktik pasukan untuk melakukan serangan balas. Tujuan utama kita adalah untuk menarik pasukan lawan melakukan serangan.

Jangan risau kerana bilangan penyerang mereka tidak ramai, jadi pemain pertahanan anda takkan hebat ditekan. Mereka akan kekurangan pemain di bahagian pertahanan dan pada masa itulah kita boleh menyerang.

Kita perlu melakukan serangan balas dengan menggunakan hantaran jauh kerana bahagian tengah dipenuhi pemain. Hantaran cepat dan pantas kepada penyerang akan memulakan serangan kerana pasukan kita dalam mod serangan balas yang bermakna ahli pasukan yang lain akan turut menyertai serangan dengan segera.

Ketika ini pasukan lawan akan terpaksa bertahan dengan pemain pertahanan yang masih tinggal sekaligus membantu kita mencipta peluang.

Apa yang penting pasukan anda mempunyai penyerang yang bagus.

Taktik ini berisiko tinggi namun berkesan.

Strategi 2: Serangan Sayap

Serangan ini kurang berisiko kerana kita tidak menjemput lawan untuk menyerang,

Secara teorinya, menyerang melalui kawasan tengah adalah tidak berkesan ke atas formasi 5-4-1 kerana ada ramai pemain di sana, jadi kita lakukan serangan melalui kedua-dua bahagian sayap.

Mulakan serangan dengan pemain sayap dan juga pemain pertahanan sayap. Mereka boleh bekerjasama jadi pemain yang boleh melakukan overlap sangat diperlukan.

Lakukan hantaran silang dari tepi padang, jadi anda akan perlukan penyerang yang bagus di udara. Pemain pertahanan mereka takkan punyai banyak perlindungan, jadi lebih banyak peluang mampu dihasilkan.

Kesimpulan

Kedua-dua taktik di atas boleh digunakan secara berasingan untuk menewaskan formasi 5-4-1, namun ia boleh juga digabungkan, walaupun sukar untuk gunakan dua taktik dalam satu perlawanan.